Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Thursday, December 30, 2010

dia apex aku acai



masih belum terlmbat bgi shary untuk mengucapkn tahniah dan syabas buat pasukan bola sepak kita,MALAYSIA atas kejayaan mereka merangkul Piala suzuki baru-baru ini.
bangga aku ini atas kejayaan mereka.walalala.mantapla.


yang paling tip top kamu mu tahu siapa? c apex la.siapa lagi.dalam alam blogger terus naik bha nama dia.ceh! cemburu rabun aku.wahha.

tapi aku tetap puji permainan dialah.teruskan perjuangan mu ya.
safee pun apa kurangnya juga.larian yang mantap dan ada tindakan penyudah.tetapi yang perlu dia baiki adalah perlu lebih berkerja keras sikit.ketara sangat banyak berjalan.betul ma>?
buat kuna,ko memang paling fit la bro.larian yang padu,tidak pernah putus berlari.tabik la.!

okla.wahai apex pujaan hati wanita malaya.ini aku si acai pujaan gadis-gadis
borneo.wahaha.betul ka tidak,tanya la si bayau k.

kata hati:teringat sewaktu zaman kegemilangan shary dahulu kala.sudahlah fit,kurus,tegap,dan mcaho sikitla.huhuhuh.shary tetap bersyukur la.

Saturday, December 25, 2010

anakku sazali:adakah bapa yang bersalah?

akhirnya shary dapat menonton cerita ANAKKU SAZALI sehingga tamat ceritanya.Mesej yang ingin di sampaikan melalui wayang itu sungguh jelas,nyata,dan berkesan.

pak cik shary dulu ada bertanyakn sama ada shary habis menonton wayang itu atau tidak dan shary menjawb "gantung" hehe.tapi kali ini sampai habis shary tengok.yang lebih mantap lagi pada slot di mana sazali mengaku tentang perbuatannya itu dan ditampar oleh bapanya.dia mengatakan begini,
"..jika sepuluh tahun dahulu bapa lakukan sedemikian,barangkali sazali boleh jadi baik.."
start dari sinilah shary suka.perrggh! mantap la.hehe.

kasih sayang,didikan anak,kemewahan,kepercayaan
dan banyak lagi persoalan yang diwujudkn.membuatkan kita kembali ke alam yang nyata.siapa dan di mana.

shary pun berfikir,bagaimana,adakah,mungkinkah.

fikirkanlah..

p/s: selamat tinggal bapa sazali....


Monday, December 20, 2010

makan dan gembira

Tidak dinafikan semua orang sangat sukai makan malahan makanan juga merupakan sumber utama bagi kita untuk hidup. Benarkan.wah! macam mahu membuat karangan tingkatan 3 pula.wahahha.

Benar atau tidak apa yang shary katakn? jika ya katakan benar,seandainya tidak katakan tidak.hehe.

sebagai manusia juga kita pasti mempunyai impian untuk sentiasa merasa gembira sahaja kan.tidak kira masa,waktu dan tempat.Shary percaya bahawa tiada manusia yang hidup sangat mengimpikan akan kesedihan keperitan dan segala yang menyusahkan.

jika dahulu bila tiba shary merasakn sangat sedih pasti shary rasa mahu makan puas sepuasnya nie.sampai kenyang.Tidak tahu kenapa begitu tapi realitinya begitulah.
kawan shary juga mempunyai tabiat yang sama.katanya kalau dia merasa sedihkn,dia akan makan puas-puas.

jika shary terus makan saja,pemikiran shary tidak akan memikirkan tentang apa yang berlaku .kita hanya fokus dengan makan yang sedap itu kemudian akan merasa kenyang.

ramai juga para gadis-gadis melakukan sedemikian seprti makan aiskrim,makan snek,makan maggie dan sebagainya lagi.

konklusinya,daripada kita memikirkan tentang kesedihan dan kekecewaan itu adlah lebih baik kita makan saja la.kn best makan ja tanpa memikirkan apa-apa.
cuba kalian lakukan sedemikian,pasti akan gembira itu.\
percayalah.

p/s:selepas makan berabis tue jangan lupa untuk lakukan senaman aa.bakar lemak-lemak yang kesedihan tue.hehe.


Friday, December 17, 2010

seronoknya masa remaja mereka


(lokapku adalah diriku)


shary baru saja tengok gambar-gambar member dalam facebook mereka,seronoknya mereka shary tengok.huh! apa tidak nya seronok kerana enjoy,bebas,dan gembira nie.
Bila shary tengok kn,tidak perlulah dengar cerita daripada mereka kerana hanya melalui gambar itu sahaja menunjukkn segala perasaan merka.wah! sungguh aku mencemburui mereka.

iyala,mereka belajar tinggi-tinggi di menara gading seperti yang diimpikan.Berjumpa lagi dengan kawan baharu,lagi lah banyak cerita kn.hehe.
shary masih ingat lagi suatu ketika dulu keluar sama kawan lama,sungguh romantiknya.wahahaha.Romantik konon,ceh! jiwang kau shary! hah!

ketika ini,shary masih lagi duduk di kerusi yang sama dengan pemandangan yang seringkali dan asyik kali shary pandang ketika boring.OPppss! boring? bosan? tiada ada dalam kehidupanku.yeah!

seiapa tahu nanti shary sudah bergelar Perniagaa yang berjaya,shary akan kejar balik waktu dan detik ketika dahulu bersama kawanku.

alhamdulillah shary bersyukur bahawa hidup ini adalah indah walaupun derita.

ayuh kawan-kawanku,teruskn kegembiraan itu..
jangan sesekali biarkan kesedihan memasuki di ruang kehidupan kita.


herm-erm.
shary ingin katakan di sini bahawa,
shary cemburu dengan kawan shary yang lain.* huhu*




Sunday, December 12, 2010

bacalah untuk pengertian:genapnya sebuah perpisahan

kepada kau yang bernama indah untuk aku kenang,

Seakan aku tidak menyedari akan waktu yang menjenguh di saat aku mulai sedar pada realiti.Aku sedar dan aku akui semuanya masih jelas ada pandangan ini walaupun semua itu hanyalah tinggal kenangan.Masihkah kau simpan kunci hati yang aku berikan kepada diri dahulu ataupun sudah kau biarkan tidak kau endah.Sungguh bermakna pemberian itu bagiku kerana bukan pada nilai harganya tetapi pada makna yang tersimpan disebalik kunci hati itu.Bagaimana aku hendak membuka pintu hati aku untuk mereka yang lain sedangkn kunci hati aku itu ada padamu kekasih.Jiwa ini meronta ingin bertemu dengan kau tetapi apa akan pada daya untuk mengatasinya,aku hormati keputusan kau dengan apa yang kau mahu. Kau punyai hak,aku mencuba menuntut hak aku tetapi hak kau adalah lebih berharga.

Duhai pernah mengetuk jiwa ini,

sungguh indah lagu yang dimainkan tatkala cinta masih indah untuk dirasa.Tiada satu apa perkara yang mampu menghalang kita melainkn ketentuan yang ditetapkn.Aku masih ingat lagi saat kau masuk wad kecemasan dulu,aku sangat takut akan kehilangan kau.Aku sanggup ke hospital untuk bertemu dan melihat kau walaupun hendak ke sana amat payah keadaannya.Aku tidak kisah tentang penat aku yang baharu sahaja habis kerja dari pagi.kerana kau aku sanggup.
waktu itu,aku melihat wajahmu yang menahan kesakitan,aku juga terasa.sungguh aku merasakn jua.lalu aku usap kepalamu dan ku urut jari jemari mu agar kasih yang aku berikan itu mampu
mengatasi sakit itu.aku tidak akan lupa pada waktu itu.

wahai kekasih,

kenapa perlu wujud perpisahan tatakala kita tidak menduganya? adakah ini kau yang merancang semua ini? adakah kau sengaja?
aku tidak dapat menahan semua yang berlaku ketika saat kau memutuskan untuk berpisah.aku menangis.aku menangis.aku menangis.Oh,tergamak aku diperlakukan sedemikian.kenapa sayang? kenapa baby?
aku hampir saja menjadi gila kerana perkara ini.Aku hilang kewarasan.Aku hampir-hampir di hidapi penyakit berbahaya.

awak,
sempena segenap setahun perpisahan,aku masih merasai atas apa yang berlaku antara kita.antara aku dan kau.sungguh indah kenangan itu.walaupun perit aku tetap menerima hakikat dan realiti yang terjadi.
semua apa yang dikatakn dahulu adalah dusta belaka kn.Sampaikn salam sayang buat keluargamu yang sungguh baik.aku anggap mereka juga keluarga aku.terima kasih.aku akan temui kalian nanti untuk bertanyakn khabar kamu itu pasti.aku memohon maaf atas salah aku.dia sudah membuat keputusan dan aku sungguh rasa bersalah dengan kamu.Aku malu atas apa yang berlaku.maafkn aku.semoga suatu masa nanti kita akan bertemu lagi tanpa dia(anakmu)

aku,
akan teruskn menjelajah kehidupan yang pernah di katakan dahulu tiada makna dan tiada apa-apa.aku akan mencari makna yang jelas.aku akan membuktikan segalanya akan baik sahaja jika aku yakin.Allah masih sayang pada aku.
kemaafan tiada pada nama itu.

noktah!

Sunday, December 5, 2010

aku ingin pulang tetapi aku masih di sini

aku ingin pulang,
ke masa-masa yang terdahulunya indah
untuk aku menemui mereka yang aku rindui

aku ingin pulang,
menerobos tingkap masa lampau
mencari kekuatan kebatilan yang dahulunya aku miliki

aku ingin pulang,
seperti mereka yang merindui detik terdahulu
aku juga seperti mereka
berkata banggakn masa yang dulunya itu sungguh indah
senyum senda ketawa gurau
menangis tiada semua itu tersembunyi di sudut masa

aku ingin pulang,
untuk kembalikan kehebatan aku kegemilangan aku
siapa aku
siapa mereka

namun,
aku tetap di sini,
dalam meneruskan kehidupan yang entah apa perjalanan
yang diterusi untuk menelusuri renjau masa hadapan

aku tetap di sini,
dalam memperjudikan tentang kehidupan aku
siapa tahu siapa mahu
terima dengan seadanya
itulah redha

aku tetap di sini,
mencari dan membina kenangan yang baru
tatkala kenangan lampau menjadi igauan dan ingati
akan aku kenang
akan aku ingat
dulu kini dan mungkin selamanya.

Friday, November 26, 2010

aku sangat-sangat tertekan

maafkanlah shary terlebih dahulu untuk membahasakn pada kata kasar.


Aku tidak tahu lagi bagaimana caanya hendak aku lari dari keadaan aku ini.Fikiran aku sangat terganggu.SUNGGUH!

seringkali menjadi pertanyaan dalam fikiran ini adalah KENAPA?.
AKU TERTEKAN DENGAN KEADAAN INI.
sejujurnya aku sangat memerlukn dia saat ini tetapi dia tiada lagi di sisi aku buat selamanya.Aku menjadi buntu! aku sesat dalam pencarian aku yang sebenar.

kawan,
sampaikan salam sayang kepada dia walaupun aku membenci atas apa yang berlaku.Aku tipu pada diri aku,aku bohong pada hati aku.aku sungguh mencintai dia.

aku tidak mahu lagi kehidupan yang sebegini.

keluarkan aku.aku mahukn diri aku yang dahulu yang hebat!
aku mahu menjadi madzuan dahulu.

asyik aku melihat handphone aku seakan-akan menanti mesej dari seseorang.macam orang bodoh! tidakkah bodoh begitu? jika suatu ketika dulu,yang aku tunggu adalah mesej dari dia tetapi kini seakan aku masih mencari mesej dahulu.gila!

apa sudah jadi pada kau ini shary?


konklusinya,
jiwamu kacau.hatimu bergelora.kau tidak tenteram.

kalut malut hancur.

cukup shary,
sudahlah,
pedulikanlah.

macam mana aku mahukan semua itu jika acapkali bayangannya sahaja yang melintas.
terbayang ternyiang!

sabar ya shary,
INGAT! dia sudah ada jalannya sendiri shary.kau ada jalan kau sendiri juga.kata-katanya yang dahulu adalah dusta bahasa.


aaaaarrrgrgggghhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




jangan tolong aku.noktah.

Wednesday, November 24, 2010

mungkin esok aku menjadi siapa?

aku menjadi semakin takut dengan keadaan ini.
seringkali ditanya pada diri,
esok siapa
esok apa
esok bagaimana..
yang dikira buka yang esoknya tetapi masa depan.

erm,
terus aku tertanya.ada sesiapa boleh membantu aku dalam krisis ini.
aku takut.
tolong aku wahai kalian.

Thursday, November 18, 2010

selamat tinggal kawanku

hari ini dalam sejarah!


untuk pengetahuan umum hari ini merupakan hari terakhir bagi murid-murid sekolah rendah bagi sesetengah sekolah la..terutama sekolah rendah.
Nampaknya cuti sekolah kini datang kembali,adakah anda kalian ada perancangan di musim ini,terutama bagi murid sekolah sebabnya para ibu bapa mungkin ada yang sibuk bekerja kn,yang cuti hanya bagi mereka bersekolah dan yang bekerja di sektor pendidikan.Best juga menjadi cikgu ini.Banyak cuti owh!.haahahah..

ALkisah pula kali ini,
shary ini menulis khusus bagi murid tahun 6 sahaja..
masih belum terlambat untuk shary mengucapkan selamat dan tahniah bagi keputusan UPSR yang telah diketahui keputusannya pada beberapa hari yang lalu.Bagi yang berjaya dengan target mereka,tahniah dan teruskan usaha mencapai impian,namun bagi mereka yang kurang berjaya,jangan mudah putus asa yang adik-adik sekalian,tingkatkan lagi usaha.jangan hanya kerana keputusan UPSR yang kamu dapat tidak baik mempengaruhi pemikiran kamu.sesiapa tahu,mungkin yang kamulah bakal mendapat banyak A dalan peperiksaan PMR dan SPM..siapa tahu kn..hehe..

shary tengok kat sekolah,di hari terakhir inilah ramai mereka datang dan berkumpul kerana last sudahkn dapat bersama dan berjumpa sebelum melangkah ke alam tingkatan.ceh! hehehe..
teringat suatu ketika di saat shary tahun 6,stay sama member.tulis biodata diri dalam buku(malu aku eh)hahaaha,jumpa cikgu-cikgu yang mengajar.syok eh..

hari ini kita terpaksa berpisah untuk menjalani perjalanan yang lebih mencabar,betul kah adik-adikku?
mungkin dalam masa 10 tahun akan datang baru kalian akan dapat berjumpa berkumpaul seperti hari ini.Disanalah kamu akan melihat perubahan member-member yang dahulunya hingusan tetapi nanti paling macho dan cantik..wahaahaha!

sungguh ini.kalau tidak percaya tunggu dan lalui lah.ahahhaa

kawan tetap kawan,sekali perkenalan bermula sampai hujung langkah ia berakhir..

Monday, November 15, 2010

lagu itu indah sekali..

salam buat kalian,

sebegitu lama shary tidak menyusun blok-blok kata di sini,terasa rindu ingin berdiskusi dengan kalian.Apa khabarnya teman sekalian,harapnya semuanya baik-baik sahaja ya.

ayuh kita berbicara tentang lagu,

sungguh indah sesebuah lagu itu ada pada barisan lirik dan alunan musik yang disusun.Ya!
sehinggakan lagu yang dimainkan memberikan ingatan kenangan kepada kita kn.Betul atau tidak kataku ini,setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada lagu sebagai temanya.Macam movie atau drama yang ditanyangkn,mesti ada soundtrack kn,ost la lebih senang nak cakap.

Aku ini jenis yang jarang sekali melayan lagu english.hahaha..tapi kalau lagu melayu apa sahaja,lama baru atau dalu-dulu jangan ditanya ya,confirm aku menyanyikannya..wahahahaha..

antara lagu yang sangat berbekas dalam diri shary adala LUCKY,dendangan JASON MARC bersama COLBIE CAILLAT.Pasti kalian tahukn lagunya macam mana...perrrghhh!!!

hendak diceritakan sungguh menyedihkan,mahu dikenangkan sungguh indah..

lagu itua dalah antara aku dan dia yang dahulunya pernah bersama bernyanyi di langit awangan.Sungguh membahagiakan antara aku dan dia.Tetapi....

ok!
bacalah lirik ini dan hayatilah,
Do you hear me?
I'm talking to you
Across the water
Across the deep blue ocean
Under the open sky
Oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you, I promise you I will

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through the trees
Move so pretty, you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohh
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohhohhohhohh

wahai kalian,
kenangan itu indah jika hanya dikenang tetapi jangan diselami kerana akan merana..
sampaikan salam sayang rindu buat yang pernah disayangi..

Thursday, October 7, 2010

suria pagi kota kinabalu terbaik punya la!

salam buat kalian,

apa khabar anda semua? semoga semuanya khabar baik-baik sahaja aa..sebab saya pun baik-baik sahaja.,hahaha..

sebenarnya lama sudah bha shary mahu post tentang SURIA PAGI KINABALU nie.Sememangnya mantap la ini segmen pagi.Apa tidaknya, dikendali oleh DJ radio dari sabah tetapi bersiaran di kuala lumpur kemudian cara pembawaan dorang ini memang sempoi la.Slang orang sabah bha dorang cakap.mantap eh!
Confirm awal pagi anda yang mendengar pagi ceria tersenyum-senyum tersengih-sengih mendengar dorang bercakap.Mahu tahu ka siapa dorang yang dimaksudkan? jeng jeng jeng!

saya shary memperkenalkan:


{sumber dari google image}

DJ Othoe dan Lotter!
aaahhtuuhhkui! duduuu!

siapa yang tidak kenal dorang ini aa? cakap sama sia capat..dulu pada awal siaran,hanya si Othoe sahaja yang bersiaran keseorangan tetapi baru sahaja c lotter,iaitu bekas pelajar rancangan AKaDEMI FANTASIa menjadi teman dia.

Lebih unik kn,dorang hanya bersiaran di sabah berpusat kota kinabalu sahaja.tidak tahu la samada di kawasan lain seperti tawau semporna sampai siaran mereka.
lagu-lagu yang di utamakan adalah penyanyi orang sabah.Mereka mendahulukan komuniti sabah lebih utama.

apa-apa pun,cuba-cuba la dengar suria pagi kinabalu aa..channelya 105.9fm.

ok aa kamurang.

Monday, September 20, 2010

raya oh raya...

salam buat kalian,


apa macam itu suasana raya?

ada ok ka ada baik ka atau banyak tidak ok?
alamak,

shary oh shary,kerjanya menbedal sahaja time raya nie..huhu..kira sia-sia usaha selama bulan puasa tue..aish! susah lor kalau begini..

tapi nasib baik shary sedar awal..hahaha..adakah kalian sedar juga ka? atau terus menerus makan-makan saja. Sedarlah wahai kalian..hehe..

apa cerita raya shary?

raya kali ini aku lebih bersyukur kerana nikmat ramadhan aku dapat rasai sepenuhnya.sungguh aku tidak menyangka,indah sungguh waktu itu..
keluarga sekalian berkumpul...wah! indah..

yang paling menyeronokkan lagi,aku berbelanja menggunakan duit sendiri..!! yeah! best pula kn pakai duit sendiri nie..buat belanja adik-beradik dan famili..wah! best-best..!

ada waktu itu shary juga mencari DIA..Terasa kekosongan juga ketika itu..sungguh! tapi sempena hari raya itu juga tiada maaf bagimu.noktah! aku serahkan kepada KARMA..


apa2 pun,selamat kembali bertugas bersekolah dan belajar buat kalian aa..ingat,tanggungjawab lebih kita juga sebagai insan.

jangan kita melukai hati seseorang kerana karma ada..ingat karma ingat salah kita ya cik puan tuan puan..

bacalah untuk pengertian..

Tuesday, September 7, 2010

aku terjumpa terserempak dengan dia.

salam buat kalian,

Alhamdulillah kini kita masih dalam bulan Ramadhan dan hampir lagi ke bulan Syawal.
wah wah wah! tidak lama lagi syawal menjelma makanya berhari raya la ceritanya kn.Siapa yang tidak seronok bila tiba hari raya......
so,macam mana puasa setakat ini? so far so good or more far not good?
errmm,ingat kalian...jangan kita mensia-siakan Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi ini..


Ok OK oK..
bha,sudah shopping2 ka nie kawan aa? mungkin ada di kalangan kalian sudah membuat persiapa yang rapi serapinya untuk menghadapi hari raya ini kn..eh! ada juga yang belum pula,makanya kepada yang belum kn,shary ingin berpesan nie..berjimat dan berala kadar la ya..hehe..
ahakzs! jangan lupa juga untuk menunaikan zakat fitrah ya Encik Puan sekalian..ingat aaa...


berbalik kepada cerita shopping ini kn,shary baharu sahaja jalan-jalan sama mama, kakak, c bybie(adik lelaki bongsu),dan juga c amoi( kekasih hati intan payung a.k.a adik perempuan yang bongsu).Sesak berabis la kat kota kinabalu..Sampaikan niat shary untuk mencuba seluar pun terbantut gara-gara terlalu panjang Q..HUH! last-last shary tak jadi beli seluar..hahahaha

maka,shary jalan-jalan kat segama tengok-tengok barang kn.Dalam hujan lagi,huh..dugaannya dahsyat eh..

disederhanakan cerita la kn,
dalam shary jalan-jalan kn.tetiba jak shary terserempak dengan seorang kawan lama shary.WAH! sungguh terkejut shary.apa tidaknya ngam-ngam jumpa depan mata..

"eh!...aarrgghh..."

nah! shary buntu..dia pun lagi la terkejut..

"eh! ..hehe.."

shary pun dengan gaya macam ulut bulu yang mengeliat malu-malu..hahaha..terus dia hulurkan tangan bersalam dengan shary,shary pun salam juga la..

wah! wah ! wah!
alangkah indahnya saat itu...

"jalan dulu aa..."

shary berkata sambil senyum...

"ok..hehe.."

dia membalasnya...wah! wah! wah! wAH!...

dari selepas itu,shary asyik senyum sendiri.hati banyak senang oowH!..happy sangat-sangat...

entahlah kenapa kn,mungkin perasaan itu masih ada...
jadinya beginie la..

teringat shary akan makmur yang pernah dia berikan kepada shary dahulu..khas di buat untuk shary tue..wah!

time kami beraya dulu pergi rumah terbuka kawan kami pun,warna baju raya shary iaitu merah-merah gelap gtue sama juga denga baju raya dia..wah! wah! wah!

orang kata,jika ada jodoh tidak lari kemana kn..tetapi shary terbaca kata-kata kekasih dia yang berbunyi,

"jika tidak dengan kehendak-Nya, dia tidak akan di sisiku selama hampir tiga tahun sekarang. Di sini, di hati saya apakah saya pernah mengukir iman saya tumbuh untuk-Nya, dan mungkin itu tidak akan pernah berhenti untuk tumbuh lebih kuat, seperti halnya cinta kami. Di sini, di saat ini cara mencari berkat-berkat-Mu, kalau bukan kerana aku, maka kepada kekasihku..."


shary pun berkata,
siapa percaya dia yakin,siapa yakin dia percaya....

Saturday, August 28, 2010

jalan-jalan Ramadhan...

alhamdulillah sekarang ini dah masuk 18 Ramadhan..apa?! 18 dah,hehe..bha jangan ponteng-ponteng aa..alang-alang juga pun tue..teruskan dan bersabarlah..


hari ini aku membuang dan meluang sedikit masa aku yang ada(sepatutunya rancangan kat rumah jak) untuk berjalan-jalan di bandar kk..bak orang perempuan kata,window shopping..wahahahaa..
tapi tidak lama la,setakat tengok sentuh dan jalan terus,hehehe..shary kali ini tidak berkeseorangan kerana shary jalan bersama kawan shary merangkap pak cik juga la kiranya..tapi walaupun dia aku anggap pak cik,aku rasa macam kawan-kawan jak kami bab dah biasa kn..len cerita la jika jalan sama pak cik-pak cik aku yang lain,huh! haram sepatah kali aku tidak bercakap..bab terlalu janggal bha kalau sama dengan diorang..

ok ok ok..,
memang banyak pilihan lah tadi tapi shary hanya mencari baju melayu warna purple aa..bab tahun ini kakak yang pilih untuk memakai baju raya semua kami sekeluarga sama..adeh! betul juga kata angkol shary tue,dia kata kalau mau2 dekat raya dah nie pilihan sudah terhad..bab orang sudah membeli awal kn..huhuhuuu...

rambang mata juga la kami tadi tengok kopiah,samping..sama awek aa..hehehe..tapi tengok biasa2 jak aa..hahahahha..
dalam jalan-jalan tadi c cangkol sempat lagi membeli minyak wangi untuk anaknya lelaki..bab anaknya minta untuk membelikan jika terjumpa minyak itu..kebetulan dia tanya shary tentang minyak wangi,sekali shary pusing..ada sudah minyak wangi itu dijual...hahah..hebatkn..ceh!

tapi,dalam keseronokkan tadi,shary merasa sungguh sedih seketika tadi kerana apa,sebab shary terpandang baju kurung yang pernah mengamit kenangan shary suatu ketika dahulu..shary sempat lagi memegang baju kurung itu dengna rasa waaarrrggghhhh!! nak nangis pun ada time tue..huhuhuh...


baju kurung oh baju kurung..

Monday, August 23, 2010

kepada wahai hai hati...

kepada sang empunya hati,
ada ketika kau akan merasa sangat sunyi apatah lagi disaat kau meredah waktu yang ada.Namun percayalah waktu itu hanya seketika yang tidak akan memanjang jika kau berganjak dari tempat itu.Berlalulah kau ke langkauan garisan setinggi awan itu.Di sana kau pasti akan melihat bertapa indahnya waktu kesepian itu tatkala mereka tidak mengetahui.Kau nilailah kehidupan dalam kesunyian itu.

wahai sang hati yang berduka,
mungkin lelah itu mereka tidak mengetahui makanya sembunyikanlah kerana siapa yang sudi mendengar keluhanmu itu acap kali kau merasakannya? cukuplah hanya kau seorang sahaja yang tahu dan mencuba untuk memujuk hati yang berduka.Bersabarlah hati,setiap apa yang berlaku hikmahnya sungguh besar,siapa tahu...


hai sang puisi yang indah,
ciptakan alunan puisi-puisi indah untuk menghiburkan si sang hati ini.Bicara dan katakanlah andaikan ada pena dan kalam yang sanggup menerima bingkisan susunan kata puisi,pasti aku akan mencoret renteran kata yang dibiaskan untuk sesiapa sahaja.

Wahai aku mereka dan kalian,
kehidupan aku ini tidak seindah yang disangka,petahan kataku tidak serancak dahulu..maafkanlah kerana aku menjadi bisu tetapi masa akan datang pasti akan aku kembali bersama siapa aku untuk seperti dahulu yang terdahulu bukan selepas dahulu itu....

sampaikan salam buat DIA..

Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan kembali

salam buat kalian,

Apa khabar busku-busku sekalian,lama juga tidak shary mengisi kalam ini..bukan apa la,cuma mau mencari feel untuk mencoret sesuatu itu yang tidak ada dalam diri shary..huhuhu...tapi tidak mengapa,shary datang kembali dengan mood yang baik dan idea yang baik punya..hehe..

Alhamdulillah,kini Ramdhan kembali setelah ianya pergi...wah! hari ini sudah masuk hari ke-8 umat islam seluruh dunia berpuasa,kira-kira ada berapa hari lagi aa?? eh,adakah dihintung hari itu..tak baik tau shary,kira tak ikhlas nie..ermmm...

shary menyambut Ramadhan kali ini dengan suasana yang berbeza,tidak lagi macam dahulu kala..

jika dulu,suasana berbuka kat rumah sungguh meriah kerana adik beradik dah lengkap dengan perangia dan coleteh mereka..gempak beb! tapi kini hanya tinggal aku,mama,bapa,dan amoi..kakak dh masuk hostel ums,adik lelaki bongsu aku kat hostel SMEKK,adik lelakiu kedua aku si akram dah masuk uitm kt sarawak..maka,keriuhan tue sudah tidak adalah macam dulu... bak kata mama..apa boleh buat,semua dah besar...weahahahaha...

bab bersahur pula,aku dah tidak bersahur dengan keluarga seperti dulu..aku bersahur dengan rakan sekerja aku di pondok usang kami.Setiap kali tiba waktu bersahur,akulah orang yang bagi bangun mereka dan sedia juadah untuk bersahur...kadang-kadang terasa rindu pula mahu bersahur denga keluarga.tapi apa kan daya..kecian pengawal~

waaarrggghhhhh!!!!

sejak start puasa ini juga kan aku rasa ada sesuatu perubahan tentang diri aku.Ermm,apa aah?!
oya,shary perhatikan bila time berbuka kan shary tidak sudah main sumbat saja apa yang ada..hehe..dah pandai control mamam aa..hahaha...al-maklumlah,mahu jaga badan katakan..harus berdisiplin ma,,,wahahaha...

ceh!
kau aa shary,ada-ada saja..
apa-apa pun,teruskan berpuasa aa wahai kalian..
kerapkanlah berdoa kepada ALLAH kerana doa orang yang berpuasa dimakbulkn..
jangan lupa tarawih serta solat wajib..lakukan yang wajib baru tunaikan yang sunat...

selamat berpuasa buat kalian,
selamat berbuka puasa,
selamat bertarawih,
selamat bersahur...
apa lagi aa..
segalanya selamat la aa...hehehe..

Sunday, August 8, 2010

08.08.10

salam buat kalian,


sebegitu lama masa berlalu sehingga tidak aku sedari waktu itu tiba menjenguh tatkala rasa itu suam-suam di hujung perasaan.Sedih,kecewa,hampa,kesal,dan semuanya berkumpul mengelilingi saban hari saban waktu.

08.08.08,
sungguh indah turutan hari itu seindah juga perasaan seorang yang bernama HAMBA.Tidak terduga,apa yang di nanti yang dicari datang sendiri menyambut di lurah kehampaan.Lorong kesunyian kekosongan ketika itu menjadi seriuh perasaan kegembiraan,seterang mentari menyuluh jalan kebahagiaan.Maka,terpacaklah satu impian dan satu harapan untuk meniti erti bersama yang buat pertama kalinya ada yang sudi memberi segenap ruang untuk diisi walaupun dalam keadaan seba kekurangan.

hari demi hari,selembar kenangan sebuku cinta dicoretkan dan disematkan pada kalam cinta abadi.Meleret senyuman meresapi keriangan yang sungguh dahsyat kenikmatannya.Akur padanya membiarkan didodoi dengan lagu cinta yang kita dengar bersama.

adapun puisi yang tercipta tidak akan mampu meluahkan perasaan yang dirasa kerana sayang cinta dan kasih itu dari diri diberikan sepenuhnya kepada dia.

Adat dalam kehidupan,hukum realiti kehidupan.Marah,merajuk,dan lain-lain menjadi warna dalam resipi bercinta.Siapa tahu,lain mereka lain caranya..kami dengan cara tersendiri...

08.08.09,
waktu itu,termetranya perjanjian pada kata untuk akan terus menelusuri liku lengkok hidup yang bakal dihadapi demi mencapi cita dan harapan kita ikrarkan.Aku korbankan apa yang aku ada untuk menunaikan impian bersama pada waktu itu dan meraikannya.Sungguh aku berusaha,aku juga gembira...tetapi terharunya biarlah kau..

misi kau kejar masa depan,misi aku meneruskan harapan.Itulah yang kita lakukan tatkala waktu di hujung masa.Menara gading cita-cita kau,mencari makna adalah impian aku..tidak semenah-menah waktu bila misi itu telah berakhir,aku tersentak!

khabarkan hujan tidak berair,siapa sangka aku dan dia telah berpisah pada masa yang sama dan saat itu misi kau telah berakhir.Aku terkejut,aku tidak percaya dengan apa yang berlaku..
apa dan mengapa biar aku yang simpan tiada penjelasan tiada kata akhir..aku hanya redha..
penghujung tahun yang sungguh memilukan tetapi siapa yang mahu semua ini..
aku hampir menjadi gila...

saban hari aku menyoal dan mempersoalkan,siapa dan mengapa..sebab dan haruskah..sehinggakan aku tidak sayang dengan diriku,sakit menyenguh aku,penyakit melangkar diri aku..aku tidak terkejut,aku terima..

semenjak itu,kekuatan pada tanah bumi menguatkan aku untuk berubah..ibu bapa kakak adik sahabat dan diriku,aku masih memiliki mereka.Aku masih punya mereka.Aku mahu berubah,aku ingin berubah..makanya,aku mengubah langkah demi langkah..tidak kebelakang tapi kehadapan.


cerita dan kisah tentang apa yang berlaku biar aku dan diriku sahaja yang lebih mengetahui.

08.08.10,
masih terngian-ngiang lembaran kenangan saat dahulu bersama,mengukir kata coretan bahasa senyuman tidak lekang mengiringi waktu dahulu.Namun,kini aku sendiri pergi tempat yang sama dengan pakaian yang sama berseorangan.Hanya aku sebak berada di tempat itu.KERANA AKU TIDAK LAGI BERSAMA DENGAN DENGANNYA.AKU SENDIRI..........
Janji ditunaikan untuk kali terakhir seperti kata yang lalu,kad ucapan dituliskan tentang kesejahteraan "selamat ulangtahun kita" aku beli di tempat yang sama dan membuangnya pada langit angkasa..biarkan angin yang membacanya..

walau apa pun yang terjadi,teruskan dalam sahaja...
kerana,
kita hidup bukan untuk bersedih tetapi untuk memberi makna dan erti....

mungkin dia tidak sedar dan dia tidak ingat,hari ini hari yang bersejarah buat kami dahulu...kini bagi dia mungkin hari biasa. yang tersisa..

buat temanku sekalian,
kamu ada menanyakan tentang tarikh itu
maka bacalah untuk pengertian..

Thursday, July 22, 2010

surat saya kepada aku

\


/

Kehadapan aku yang selalu bersedih merasa kekosongan dalam kehidupan yang entah di mana indahnya.Tatkala saya menulis warkah ini untukmu,sungguh saya tidak menyangka akan kejatuhan air mata suci ini ketika saya menulisnya.Semoga harimu sentiasa dalam ketabahan dan kecekalan menempuhi benak kehidupan ini.

wahai aku,
saya tahu,sesedih mana pun kau merasa semua ini pasti mereka tidak dapat menduga akan ketabahan dan kecekalan kau untuk menempuh semua ini.Kau tidak kesorangan aku,kau ada saya yang sentiasa menemani dan bersama denganmu walaupun kau tidak menyedari kewujudan saya.Saya tidak terkilan malahan saya amat memahami apa yang berlaku..teguhkan hati mu wahai aku!

wahai aku,
kenapa perlu kau mendengar cemuhan kata yang tidak berbahasa yang dilontarkan kepada kau?
adakah hidup kau adalah untuk mereka? adakah meraka hidup bersama kau?
saya pasti jawapannya tidak kan,maka endahkan mereka wahai aku..biarkan mereka memainkan bahasa yang tidak bermakna.Usah khuatir aku,masa yang ada pasti akan menjenguh dan memperlihatkan semua apa yang seharusnya mereka lihat bukan untuk menilai.

oh aku,
sesungguhnya impian kita adalah harapan kita yang pernah kita termeterai tatkala kejatuhan dan kesungkuran yang telah berlaku.Percayalah,tidak semudah kesenangan untuk kita mengecapi apa yang senang,begitu juga memang sesukar sangat untuk kita menghadapi itu kesusahan.Pegang pada azam dan cita-cita mu wahai aku,matlamat kita adalah satu..untuk masa depan kita...usah berputus asa...

aku,
yang berlalu biarkan berlalu,yang datang kita hadapi.Kita redhailah segalanya itu..kita siapa untuk menidakkan apa yang berlaku.Biarkanlah.....biar karma yang menjadi juri dan masa menjadi hakim...

duhai aku,
sungguh masa mencemburui masa yang ada untuk saya titipkan selembar warkah untuk kau.Khabarkan yang baik-baik untuk kesenangan saya mendengar.Jika ada sedetik waktu dan ruang untuk kita berbicara,lauangkanlah untuk kita mempuisikan rasa yang kita tidak mampu perjelaskan..

salam buat aku daripada saya....

Sunday, July 18, 2010

aku bukan siapa-siapa tetapi aku juga manusia

semuanya berubah apabila masa mentafsir perbuatan
lantas menulusuri sifat dan noktah benci yang tidak pernah wujud
di sebalik benteng yang teguh mengandaikan semua ini tidak berkerana
tetapi realitinya hanya pada soretan kata yang sungguh lemah mengsyahdukan rasa
aku persembahkan rantaian juntai kata makian
cercaan dan salam kelaknatan yang tidak semena-mena aku pernah katakan
untuk siapa kerana apa biar aku yang simpan

pada wajah itu,
tidak layak untuk menerima semua ini apatah lagi untuk menanggungnya
namun,
pada hakikatnya ini cukup memadai tetapi tidak memuaskna rasa ini yang tidak terjangkau kiraannya
sungguh aku daif dan mengasihani empunya wajah
selayaknya dahulu dipuja dijulang
akhirnya madah syair hamunan kasta
setinggi mana angkasa kau pergi tidak akan lekang bibir ini berkumit-kumit menghamun
laknatku pada apa yang terjadi kerana kebencian menjadi mangsa

aku bukan siapa-siapa tetapi aku juga manusia
aku adalah siapa-siapa yang akan melakukan apa sahaja untuk memusnahkan kebencian yang tinggal
mungkin tidak esok,
mungkin tidak ini,
tika dan waktu itu biarlah masa yang menjadi penentunya
yang pasti laungan tiupan sangkakala aku mula berkumandang!

_bacalah untuk pengertian_

aku tidak percaya pada mimpi!

salam buat kalian,

petang yang indah lagi menyenangkan aku dan sungguh aku merindui saat ini waktu yang selalu tenteram..hujung minggu sememangnya waktu untuk kita beristirehat la..hehe..
namun,
aku terganggu seketika dengan mimpi yang tak sudah..aku merehatkan diri dengan tekanan dalam lelah tubuhku dan pemikiranku tetapi aku termimpikan lain..huh! aku kembali bersama dengannya dalam mimpi..kenapa ah?

memang aku akui kerinduan masih terhadap dirinya..namun,kesakitan dan kepedihan aku ada disebalik rindu itu yang membuatkan aku hampir-hampir gila..huh!

dalam mimpi kami ketawa bersama,bercerita tentang segala hal tetapi akhirnya aku dan KAU telah hilang dari lamunan mimpi tatkala aku tersentak memikirkan dengan siapa aku bersama.

ermm..lamunan ku terhenti dengan kenyataan aku sendiri bahawa,

" kenapa perlu aku mengingatkan semua ini tatkala semua ini hampir meragut nyawa aku sendiri?"

maka,aku tidak percaya pada mimpi!

Monday, July 12, 2010

ini hak aku,blog aku!

kata aku adalah hak aku! kalau membaca,bacalah untuk pengertian.

aku sengsara...
aku tertekan...
tidak cukupkah lagi apa yang sudah dilakukan?
mahu tambah? bha!

binalah masa depan yang sudah ada itu,jangan jadi macam aku ini..aku apa ada?
kalau penyakit adalah...nasib tahap pertama...mau kasi up lagi pergi tahap kedua dan seterusnya "GOAL"! bha!

belajarlah baik-baik,dapat kerja yang baik-baik,kemudian dapat bersama orang yang baik-baik..
semuanya baik-baik saja..ok!


kata aku noktah!

Wednesday, June 30, 2010

Buang bayi,sungguh aku marah!

sungguh kejam manusia pada masa ini.Shary terasa amat marah dan sedih atas perbuatan manusia kini.Manusia tidak merujuk kepada semua makhluk yang digelar manusia tetapi manusia yang hina dan entah apa lagi mahu digelar mereka ini.

Siapa tidak marah dan merasa sedih bila mendengar berita dan cerita tentang kes buang bayi ini.Lihatlah,manusia masa kini sudah kembali ke zaman jahilliah yang sangat-sangat jahil dan tidak berperikemanusian.

Inilah zaman jahiliah moden.

di sini shary ini menyuarakan cadangan la,

kalau korang tidak mahu menjaga bayi itu adalah lagi baik korang bagi kat mereka yang mahukan anak.Bayi itu manusia juga bha,makhluk tuhan.Bayi itu tiada dosa pun wei,yang berdosa dan teramat berdosa kamulah(merujuk kepada mereka-mereka yang terlanjur dan mengandung lalu melahirkan anak).Cukuplah dosa yang kamu buat tue dan bertaubatlah wahai manusia bodoh! Biarlah bayi yang dilahirkan itu menjadi manusia yang baik dan hidup sebaik-baiknya.

pesanan shary,
berfikir sebelum melakukan,ingat sebelum dan selepas.

Friday, June 25, 2010

wajah baharu

salam buat kalian,

shary ingin memberitahu nie bahawa blog "bacalah untuk pengertian" telah berwajah baharu.yeah!!

akhirnya shary telah mencapai hajatnya untuk mengubah blog ini setelah sekian lama usang dengan tapuk lama.

shary harap kalian dapat menerima perubahan yang simple ini.Shary juga ingin berubah dan akan berusaha untuk mengubah segalanya.Zaman kegelapan shary sudah tiada,sukuplah apa yang pernah berlaku dan shary ingin melakuka rombakan besar.Doa2kn shary ya..

Monday, June 21, 2010

aku tidak untuk mengiyakan

tolong usirkan kekalutan yang meyilat pada kalis diri ini
tatkala semuanya telah terurai pada leraian yang tidak terjangka
aku memaksa rasaku yang menekankan hati untuk menerima
walhal semua itu pada luarannya tidak seharusnya wujud dalam kehidupan
pada keriuhan yang melimpah aku tetap merasa kosong pada kata
ya tidak adalah jawapan untuk soalan yang diajukan
apatah lagi di saat kesepian kerap kali menyibukkan waktunya untuk menemani aku,
sungguh menghibakan tetapi aku mengawalnya dengan penuh kesabaran
kepetahan aku tiada lagi pada pentas perbicaraan
kegilatan aku pupus di medan teater kehidupan
aku khuatir
aku takut
hanya kerana perasaan ini menhancur waktu yang sepatnya indah untuk aku lalui
sudahlah wahai aku,
percayalah bahawa hidup ini indah hidup ini seharusnya bahagia walaupun tidak sesempurna mereka....

Friday, June 11, 2010

shary ada kasut baharu..hahahaha..

perkenalkan,
ADIDAS BECKHAM DOWERK..Yeah!!!


hahahaha..inilah kasut terbaharu shary,macam mana? smart ka? puji la ckit..heheheh..(malu i tau)..

tapi disebalik kebaharuan kasut ini,ada cerita juga la time shary mahu pergi beli kasut ini.
Dah habis round kat semua kedai,asal ada kasut yang shary minat tidak ada saiz la pula..itu sahaja masalahnya,saiz tidak ada..huhuh...hampa juga la..tetapi shary tekad nak cari kasut baharu nie..
makanya,jumpa la kasut ini..





kisah bermula,time shary tengah try-try la kasut nie kn terus ada suara sumbang dari kawan shary kata
"kasut nie ngam bawa pergi potong rumput kn"...
wei kawan,apa ko fikir ini but getah ka? tiaw Lu..tak cukup ngan potong rumput,dia kata lagi
"...ada lagi,bawa pergi bersawah..."
tup tup tup, terus shary buang muka ambil kasut ini dan bayar kat kaunter..


nasihat shary,kalau mahu bawa kawan pergi shopping atau cari barang kan lebih baik cari kawan yang betul-betul kawan..yala,memanglah bunyi macam bergurau tetapi itu melebih-lebih pula..
Buat kawan tue, last la kau aku bawa beli barang n shopping..tiada guna betul!!


ah apa-apa pun,aku tidak peduli dah katanya itu..bukan aku minta kau bayar kan untuk aku..ini duit aku sendir bha..hasil aku tahan duit aku..len la cerita kalau asyik meminta kat family jak..malu juga kn..tuela,lenkali susun ayat tue baik-baik sebelum berkata-kata...

sekian...

Monday, May 17, 2010

Dengarlah puisi hamba

Perhatian oh Perhatian!!!


shary kini telah menjadi artis..yeah!!..

Sebenarnya shary ingin memberitahu bahawa shary sudah bersuara..kepada kalian semua,dengarlah puisi hamba ya..
untuk pengertian..

maka ini adalah titik mulanya shary untuk terus berkarya,terus bersuara..
buat teman-temanku sekalian,akhirnya tertunai juga apa yang kalian inginkn..
untuk anda,untuk kalian..

Wednesday, May 5, 2010

pesan shary buat peniru sekalian

fuhh!
Alhamdulillah selesai sudah exam aku..wahahaha..syukur aa semua berjalan dengan lancar(padahal hanya Tuhan sahaja yang tahu keadaan aku time tue.huhuhu).Agak lega juga la rasa hati nie setelah mengharungi minggu peperiksaan yang mengerunkan...ceh!

Shary,apa cerita kali ini?..

ermm,nie aku ingin menyatakan apa yang terbuku di hati dan perasaan aku..selama aku exam ini la aa..macam marah jak shary kali ini,bukan marah tetapi agak terkilan..
apa kes ini?

Sudah kita maklum bahawa time examlah saat yang mengerunkan dan menakutkan bagi semua mereka yang bergelar PELAJAR atau lebih dikenali sebagai STUDENT.Maka itulah di saat ini,macam-macam penyakit yang timbul seperti sakit kepala la,stress la,sakit sendi(terlalu lama duduk),tidur tidak cukup la dan banyak lagi la penyakit ini..aku pun tidak ketinggalan mengalami menghidapi penyakit-penyakit yang melanda tetapi masih dalam keadaan terkawal la aa..hehehe...
seperti yang kita sudah tahu la kn,tipulah kalau mana-mana tempat kita belajar tiada peniruan.Kalau nak kata 100% bersih tidak jugalah kerana memang ada juga pelajar yang meniru time exam ini.Orang sabah cakap TEMBIRANG JAK TUE..huh!
(sumber dari google)

Ini aku nak persoalkan kat sini la,adilkah bagi kita atas apa yang mereka lakukan??
adiL?!
sungguh tidak adil bagi aku...
mahu cakap bodoh tidak juga kerana masih waras dan mampu berfikir..aku hanya mampu cakap kat orang yang meniru ini "KECIAN"..
memang sungguh kecian bagi aku,dah takda cara lain untuk mereka lakukan makanya meniru sajalah langkah yang terakhir bagi mereka..bongok!
ada satu prinsip yang dipegang oleh para peniru-peniru,
prinsip mereka adalah:

"jika kedapatan(kantoi la) ketika meniru,orang itu bodoh...
jika tidak kedapatan(tidak kantoi) orang itu pandai la,pandai meniru"

tetapi bagi aku,orang-orang sebegitu memang bodoh! maaflah jika kau cakap terang-terang aa..
sedar-sedar la wei,keberkatan dalam belajar..




Monday, May 3, 2010

kebenaran sungguh aku tidak menyangka

kawan:
" hello bro,apa cerita ko? sihat ka bro.."
shary:
"uit! aku alhamdulillah sahaja nie,ko mcm? kat mana ko sekarang ini? apa cerita lama tidak jumpa nie?.."
cerita punya cerita tentang perkhabaran sahabat kerana lama tidak bertemu lepak sama-sama,tetiba sahaja dia buka cerita...al-ceritanya:

kawan:
"bui,ko masih ingatkah apa ko pernah cakap kat aku hari tue? pasal sebab dia buat begini kat ko..."
shary:
"yang mana aa? oh pasal tue,aku ckp mungkin dia mempergunakan aku untuk menampakkan bahawa dia sudah berubah tidak seperti dulu lagi..kira aku ini dipermainkanlah..kenapa ko nie tiba-tiba sahaja buka cerita ini..buat aku sedih jak ko nie bui.."

kawan:
"bro,ini aku mau kau dengar baik-baik bro,sebenarnya,apa yang ko katakan hari itu semuanya adalah benar kawan.Dia gunakan kau untuk kepentingan dia maz.."
shary:
"ui ko biar betul ini? jangan ko bagi main perasaan aku bha bui.."
kawan:
"iya bha,betul..kan kawan dia adalah gf aku,jadi gf aku gtau semuanya la tentang hal ini..ko memang benar kawan.."
shary:
"ini baru manusia!!!!!..."
"sial babi anjing punya orang,dia ingat aku ini mainan ka aa?bek p matila syaitan!!!!
dan seterusnya aku dengan hati yg sungguh meluak-luak marahnya.....


sungguh aku tidak percaya dengan kenyataan sahabat aku itu,ada juga manusia sebegini di muka bumi ALLAH.
kenapa aku yang menjadi mangsa ko PEREMPUAN!!!
Ko menghancurkan hati aku....
aku tidak akan memaafkan kau...

Monday, April 26, 2010

saat bahagiaku pada malam itu,i love u kawan..ceh!

semalam adalah saat yang sangat berbahagia buat aku dan entahlah kenapa aku merasa ebegitu padahal biasa sahaja..hehe..
wah!! indahnya seri aku semalam bila aku teringat balik..

semalam aku berbicara dengan seorang gadis yang kehadirannya umpama bidadari,masyuknya...hahaha..siapa namanya shary? opps,rahsia la...hahaha..biar aku dan dirinya sahaja tahu..wah,rahsia habis nie tau..hehe..

dia banyak memberi nasihat yang sangat berguna buat aku dan memberi sedikit sinar yang baharu buat aku..selama ini aku tercari cara dan perkara yang harus aku lakukan akhirnya semalam juga aku temui..syukur alhamdulillah..

dalam kami berborak,aku ajukan soalan kepadanya.Soalan yang sangat-sangat aku ingin tanya kepadanya..

"bagaimana caranya hendak melupakan seseorang yang kita pernah sayangi"
jawapannya adalah sungguh mengejutkan aku...

"saya tidak pernah melupakan seseorang yang saya sayangi tapi saya lupakan dia sebagai seorang yang merasa sayang.Lupakan tidak bermaksud terus.Saya masih anggap dia sebagai kawan.Yang penting hati kena kuat.Kena lawan emosi.Biar akal yang memimpin kita bukan hati.Semua orang berhak bahagia.Mengapa tidak saya? mengapa tidak awak?...."

sungguh aku tersentak dengan jawapannya yang sangat-sangat memberi impak buat aku..siapa sangka,inilah realiti kehidupan yang kita harus terima..
bila kau bertanya kepadanya bagaimana dia mampu melakukannya,anggapan sebagai kawan..jawapannya,

"entahlah,saya pun tidak tahu sebenarnya tapi saya memilih untuk memaafkan.Memaafkan seseuatu dendam yang sangat indah.Kita ada pilihan dalam hidup,kita pilihlah yang terbaik.Saya pernah kecewa tapi kekecewaan itu buat saya lebih kuat untuk menghadapinya."

aduh! sungguh aku terpegun dengan kata-katanya yang menyedarkan aku...saat itu aku seakan-akan mahu teriak, i love u!! sebagai kawan la bab dia dah ada teman lelaki yang sangat dia cintai,hampa aku...huhuhu..

pada saat akhir kami bercerita,dia sisipkan banyak nasihat dan semangat buat aku..untuk aku teruskan perjuangan aku..dia tidak mahu aku dalam keadaan sebegini.makanya aku kena berubah..hidup ini indah kan...

Tuesday, April 20, 2010

aku mahu kau baca

salam buat kalian,

semoga kalin berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..
apa cerita shary post kali ini?? mungkin kalian tertanya-tanya kan..(tertanyakah?)hahaha..

Hari ini aku ingin berbicara tentang kenyataan hati..

Entah sehingga saat ini aku masih lagi merasa rindu kat DIA walaupun sudah berapa lama sudah DIA berpergian jauh meninggalkan aku sendiri.Soalan tetap sama,KENAPA DIA PERLAKUKAN SEDEMIKIAN TERHADAP AKU?
Sudah menjadi lumrah kita ingin mengetahui sebab dan alasan atas perbuatan atau sesuatu perkara itu berlaku melainkna kita ini jenis yang tidak kisah punya orang.Betul kata mereka,bahawa kerana mulut badan binasa..tetapi yang binasa adalah diri aku..DIA menduga apa akan aku lakukan bila DIA katakan,
"kita sudah tiada apa-apa lagi,kita break.."

mungkin di benak fikirannya aku akan merayu domba kerana DIA melepaskan kata yang amat sukar bagi aku untuk menerima.Sungguh terkilan aku dan hampa atas kenyataannya yang seakan-akan membunuh aku insan yang biasa.
Tiada sebab dan alasan yang kukuh serta diterima oleh akal DIA berikan kepadaku..BODOH!!!

Jika kau mahu aku putuskan hubungan kita ini,kenapa tidak dari dulu lagi kau lakukan sebegini???
kenapa perlu saat kau tamat exam baru kau lepaskan aku??
dahsyat sungguh kau wahai DIA..
Kau mebuatkan aku tidak percaya pada mereka..mereka yang mahu mendekati aku,aku takut..aku risau..aku tidak mahu..
aku tahulah kau tue kira dikatakan budak pandai dan berjaya..aku sudah nampak masa hadapan kau tetapi sama aku apa ada? hanya berbekalkan ayat-ayat rasa yang bagi kau amat menakutkan dan kau tidak suka..aku sungguh terkilan..
andai kau tahu,

aku rindu untuk panggil kau baBy..
aku rindukan ucapan "selamat pagi cyg"
aku rindukan ucapan "selamat malam cyg"
aku nantikan "i luv u cyg" "i miss U cyg"

aku rindukan semuanya tentang kita
aku rindukan semuanya tentang kau..

buat kalian,
tolong sampaikan kepada DIA..
Bahawa,aku akan tetap di sini menanti DIA..
katakan padanya,aku merinduinya..aku sayang sama DIA..

Monday, April 12, 2010

hari itu akan tiba..

yeah! hari kian menghampiri,kian memuncak..waahhhh!!
nampaknya tak lama lagi exam la..relax madzuan..huhu..gelisah dan mengelabah aku asal sahaja mahu exam...adeh..sebenarnya aku sekarang nie tidak risaukan soalan exam tue cuma aku risaukan jawapan exam yang akan aku tulis nanti.Apalah ayat aku mahu pakai untuk menjawab nanti aa?? huhuhu..sudhalah tahap bahasa ENGLISH aku nie dahsyat sangat(maksudnya teruk la tue),mahu menjawab pun kena pakai bahasa itu..kan elok kalau bahasa MELAYU saja..berbunga-bunga lagi aku bagi jawapan.hahaha...buat masa ini aku kurangkan aktivit kuat tidur aku,menghasilkan karya puitis,dan perkara yang kerap aku lakukan..mahu fokus sedikit kat exam ini...aduh!

buat teman kalian,doakan untuk shary ya..






tolong sampaikan pesanan,


Shary masih merindui Dia.

Saturday, April 3, 2010

katak memanggil hujan

akhirnya tanah airku kembali basah!! yeah!! itu yang dinanti selama ini.Alhamdulillah atas kurnia-NYA..tapi malangnya aku semenjak hujan yang turun ini aku tidak dapat menikmati hujan tersebut..huhu..jangan salah sangka,maksud aku menikmati hujan bukan mandi hujan seperti time dulu-dulu tapi mahu tidur aa..nyamannya jika dapat tidur time hujan nie..aarrggghhh!!! asal hujan ada jak kelas aku..mau tidur kat kelas tk selesa n tak baik pula..adeh! akan aku tunggu waktu mu hujan turun..hahahaha..
syukurlah stakat ini aku sudah mampu membiasakan diri dengan keadaan kerjaya aku sebagai Pak Guard..yeah! ..teruskan perjuangan kerana belum selesai aa shary(semangat ini)..heheh..apa-apa pun teruskan kan senyuman anda keran itu lebih bermakna~

Monday, March 29, 2010

aku juga mahu seperti kamu!!

Alhamdulillah akhirnya hujan yang di tunggu di nanti selama ini turun jua..wahhh!!! mantap..seperti salju ianya turun,perrgghh! tapi malangnya aku tidak dapat menikmati sepuasnya kerana aku ada kuLiah!!!

Tadi petang kat kelas ada group presentation..memang mantap la para pelajar kelas aku..lagak sebagai lecturer memang tercungkil habis tadi..hahaha...

Ketika kumpulan 2 membentangkan hasil mereka,aku sangat terpegun dengan cara penyampai budak tue..frankie ka kalau tidak silap namanya.Cara dia bercakap sangat menyakinkan dan penggunaan Englishnya sangat-sangat simple tetapi tersusun dan rapi..dahsyat! dan seterusnya kumpulan aku lagi..aku bukan asyik memahami apa yang di bentangkan tetapi aku asyik dengan ENGLISH mereka..cemburunya aku!!!!

Aku juga mahu seperti mereka mampu berucap dengan penuh keyakinan serta pengunaan bahasa yang baik.Alangkah bestnya jika aku seperti mereka...buang ke mana pun masih boleh hidup..
errrrrmmmm....aku mahu seperti mereka.......!!!

Sunday, March 28, 2010

~Hari Ini Hari Minggu~

amatlah sukar bg kita untuk melupakan seseorang yang pernah kita cintai dan kita sayangi.Jika dahulu,aku mampu mengubahkan segalanya ini hanya seketika tetapi kini payah wei..sengsara..pada permulaaan aku laluinya dengan tenang dan teguh hati namun waktu ini.
aduh!!

DALAM LAMUNANKU TERSENTAK!

sejenak aku mulai termenung pada satu khayalan
entah bagaimana izinkan kau datang mengunjungi sepiku
aku menjadi runsing kerana itu
hati mulai sedih merayap pada nada
hatta aku arahkan kau untuk pergi
semakin oh semakin kau datang seakan ingin memelukku
aku termangu
aku tidak terdaya menahan sebak suatu yang aku rindui
aduhai hati aku mengeluh
kau kata kuat kau menahan semua itu
hakikatnya kau lemah dalam dakapan kenangan
tidak!
tidak!
tidak!
aku tidak mahu semua ini membelungi diriku
aku mahu bebas dari cengkaman perasaan


uh!uh!!!
sekarang,aku giat menulis untuk menyuarakan kata hati rasa perasaan~ jika ada diantara kalian yang mengenali si DIA,tolong khabarkan puisi-puisiku kepada DIRInya agar DIA tahu insan yang DIA tinggalkan kini sengsara~



Monday, March 22, 2010

cerita hari ini sungguh aku tidak menduga

Sungguh aku tidak menyangka akan terserempak dengan KAU tatkala aku masih merasa bahang kesakitan digulungi lilitan sayang dan rindu.Perasaan aku semakin menjadi-jadi sehinggakan aku sendiri tidak tahu apa DIA pada aku saat ini.Waktu itu,aku tidak sedar bahawa mereka yang berada dalam kenderaan itu melibatkan KAU!..aku tersentak seketika mencari arah untuk menyenbunyikan diriku daripada kau,tetapi mataku terus hanya pada KAU.

Aku lihat mata KAU dengan sejelas-jelasnya,membuatkan aku tertanya maksud pada pandangan KAU itu.Hatiku menjadi sayu wahai KAU..KAU tahukah betapa apa yang aku lalui semenjak peristiwa itu??
saat aku melihatnya,leretan kenangan mengimbaukan kembali waktu KITA bersama,saat duka,saat gembira,saat kita ketawa,saat kita berjalan-jalan,saat kita bercerita,saat mata memandang mata,saat segala saat..hampir menitis air mataku ketika itu bila terkenangkan..AKU RINDU SAAT KITA DAHULU!!!!!!!!!!!!!!!!

Jika aku kata aku benci,tetapi jujurnya akuy masih sayang sama KAU!
Jika aku kata lupakan KAU,sesungguhnya aku sANGAT MERINDUI KAU!!!
TOLONGLAH..

apakah erti pada pandangan mata KAU itu?
ketika aku melihat matanya,aku mencuba untuk membaca tafsiran renungan itu untuk pengertian,namun aku tidak terdaya wahai KAU...semakin aku menjelaskan mataku,semakin aku jatuh pada khayalan kenangan lampau....

jika ada yang sudi sampaikan untuk dirinya~

tersenyumlah wahai kau di sana saat ini
kerana ada insan yang masih merindui dirimu
walaupun sejenak kata dahulu melupuskan segala rasa
namun aku masih meniti tititan kenangan yang dibina walaupun dasarnya telah rapuh
aku ingin menatap kembali senyuman yang pernah memberi erti dalam hidupku
aku mahukan bersama DIA
pada kesempatan ruang yang ada melewati bait rasa
aku tersedar bahawa
mungkin sudah tiada lagi kenangan dahulu
yang mengisi saat terdahulu
waktu sepi akan terus menyelubungi hariku
bersama rindu sayang dan cinta
siapa lagi pengganti dirinya selain DIRINYA JUA
aku seakan tiada rasa untuk memberi yang lain ruangan itu
KERANA AKU SAYANG DIA
AKU CINTAKAN DIA


Monday, March 15, 2010

pagi aku terus stress!!!

masa yang berlalu kita tidak menyedari kan,melainkan jika kita menghitungnya..woh! sungguh aku tidak terasa waktu itu..sekarang sudah masuk pertengahan bulan 3..adeh! tidak lama lagi menjelanglah saat yang tidak di nanti,tidak di undang..EXAAAMMMM!!!..

sekarang ini lagi dengan cuaca panas berjerEbu dan kemarau menlanda kota kinabalu..terik sungguh eh sehingga bermandi peluh keringat walaupun jalan sekejap jak..kulit pn makin hitam,huhuhuhu..kurang kacak sudah aku ini..hahahaha..

erm,tadi pagi aku balik dari keja terus sambung tidur la,penatkn,.huhuh..bangun2 jak mencari makanan nasibla ada..dalam aku termenung kat bilik aku,aku ternampak satu resit pembelian kat meja aku maka aku pun tengok la apa ke bendanya barang yang di beli..
fuhh!! terkejut aku tengok..mau tahu apa?
itu dia!!
aku menjadi stress seketika..arrggghhh!!!!
memang aku idamkan benda nie...huhuhu..

sesiapa boleh jual kat aku aa????
TOLONG!!!.

Monday, March 1, 2010

semoga kau sedar manusia~

Ada mereka terlupa dasaran yang mereka berdiri.mereka sudah mengenali garam dan gula tetapi masih sangat tahu perbezaan antara guna dan tidak berguna.Apa punya manusia begitu,sehinggakan lupa akan apa yang telah di harungi dan berlagak pula tue bila sudah mengecapinya...aduh! aku sangat kecian dengan orang-orang seperti mereka nie..seumpama baharu sahaja kenal dunia pula..huhuhu..TAKZIAH buat hatinya.

Wei manusia,kalau kau tidak sedar sekarang nie sampai mana kau mampu berdiri di situ aa?? kau hanya mahu menggunakan kepentingan orang lain untuk kesenangan kau..apalah!! jika kau tidak sedar sekarang,aku yakin yang kau tidak akan sampai kemana juga tue..ubah la sikap kau weii!!

mahu cakap kau nie punya perasaan,memang ada..
mahu cakap kau punya fikiran,kau salah guna..
mahu cakap kau apa lagi untuk kau sedar wahai makhluk tuhan???


semoga kau sedar wahai manusia~

Saturday, February 27, 2010

aku kerja part time~

salam buat kalian~
alhamdulillah buat masa aku masih mampu meluangkan masa aku yang ada ini untuk menulis.Rindu juga aku untuk menulis ini,aku banyak melepaskan gian menulisku pada note facebook aku dan syukur serta berterima kasih aku kepada teman yang memberi komen yang membina kepada aku..ceewwaah~!!!

sudah berapa lama kau tidak berblog,sebegitu juga banyak cerita yang aku ingin kongsikan bersama kalian.hehehe

shary apa cerita???!!!

Sebenarnya aku sekarang memikul lebih tanggungjawab.Selain daripada tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar,aku juga memikul tanggungjawab sebgai seorang pekerja..aku sudah kembali bermajikan..hehe..aku masuk hari ini,sudah masuk hari ke-13 aku kerja..Alhamdulillah setakat ini kau masih mampu menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab aku..syukur~

pasti kalian ingin tahukan apa pekerjaan aku kn,aku sekarang bekerja sebagai PENGAWAL KESELAMATAN atau lebih dikenali sebagai SEKURITI.Aku bertugas pada waktu malam sahaja sebab pagi kan aku kena pergi ke kuliah..hohoho..

nampaknya kau kali ini betul-betul menjadi kelawar man~ yeah..!
jangan terkejut wahai kalian,aku bekerja ini tidak dijangka sebenarnya kerana beliau aku yang tanya kat aku sama ada aku mahu berkerja atau tidak..jadi secara spontan aku menjawab,."ok la pak,kerja la aku"..wah keputusan luar jangkaan aku sendiri..hehe..
mahu cakap aku tiada sumber kewangan tidak juga,tetapi untuk berdikari dan mencari wang sendiri kan.Sekurang-kurangnya ringan juga beban ibubapa aku..selain itu aku juga ingin menebus segala kesilapan aku yang lalu..aku terlalu banyak melakukan kesilapan yang menyedihkan aku,maka dengan cara ini sedikit sebanyak membantu aku menebusnya.

tidak takutkah kerja sebagai sekuriti malam ini???

wah!! soalan lazim tue ka,hehe..takut tue memang adalah tetapi aku lagi takut kepada ALLAH S.W.T..yang penting jangan difikir tentang perkara-perkara itu.Aku bertugas di sekolah rendah..memang dengar story dari orang lama memang keras juga,alhamdulillah aku masih kuat iman.hehe..

Wednesday, February 17, 2010

kahwin bersebab???

"Oh mama saya mahu kahwin,kahwin dengan siapa,dengan si DIa...Lalalala...."
lepas tue apa aa liriknya,tak tau la.heheh..


wah belum sudah memikirkan tentang kahwin ya shary,belum apa-apa pun dah memkirkannya.Tapi sebenarnya tidak salah memikirkan tentang ini kerana itu adalah masa depan kita..ceh!!!


Semalam aku dapat bermesej dengan kawan lama aku yang berada nun jauh merantau kat seberang sana,bertanya khabar sebab lama tidak berkontek kn..bermesej ja la sebab takda kredit mau bergayut..hohoho..Cerita punya cerita last-last dia tanya akulah tentang ada member aku sorang ini,rupanya member sudah kahwin la pula..aahh??~!!! dah kahwin,syukur la tetapi kahwin bersebab..KAHWIN BERSEBAB??????
Eh apa itu kahwin bersebab aa?? kahwin memang lah bersebab tetapi ini lain jak bunyinya..
rupa-rupanya kahwin bersebab maksudnya accident la..hohohoho..keterlanjuran..adeh!! parah lagi parah eh...


ADUHAI,
aku pun memikirkan sejenak tentang perkara yang berlaku ke atas mereka yang kahwin BERSEBAB ini.Banyak soalan timbul,
APA?
KENAPA?
BAGAIMANA?
SIAPA?

Aaarrggghhh!!! biar,siapa suruh cari pasal,sekarang sendiri tanggung la...huhu.kejamnya kenyataan aku ini..

Dalam usia yang muda sudah menanggung beban yang seharusnya kita masih perlu masa untuk pelajari,tetapi mereka sudah melaluinya.Sememangnya ada kebaikan juga kahwin muda nie tetapi bagi yang berkemampuan..kalau keja pun tiada,belajar pun tidak habis lagi,keluarga tidak senang apalah mereka mahu bagi makan anak-anak mereka aa??



sepa mahu kahwin dengan aku?? angkat jari!!!!

ermm~
mari kita berpesan buat diri dan mereka yang kalian di sana,
berfikirlah sepanjang-panjangnya tentang apa yang kita mahu lakukan..baik buruk adalah pada penilaian..

Wednesday, February 10, 2010

awal khamisku~

ah~
sempat g post sesuatu yang ingin aku kongsi bersama nie..meh dengar coretaN aku,hehe..

tadi selepas solat subuh ku pun termenung la sekejap,entah macam mana aku ternyanyi kumpulan search..peeewiiittt! memang aku suka sangat dorang sebab lirik lagu dorang nie memang bermaksud yang amat dalam dan berbisa..fuuhh!!

inilah bait lagu yang aku ternyanyi tadi pagi,

"Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa"..lalallalla..

tak tau sambungannya jadi aku google la dan jumpa lirik sepenuhnya,wah! memang dahsyat la lirik lagu nie,di tambah lagi dengan melodinya..aku tersentak la wei!! hahaha..


ayuh kita hayati bait lirik lagu ini yang bertajuk SEROJA

Terpancar sejalur cahaya
Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa
Terpaku sukma
Terkena lontaran senyuman misteri
Siapa gerangan sang puteri

Mengalung cinta dileherku
Dan terus berlari
Aku cuba menangkap bayang bayangnya
Di antara kembang seroja tasik cinta
Tapi malangnya jatuh ke lembah
Berduri dan sepi

Puteri Seroja


apa-apa pun aku kena ada kelas la hari..hohoho..
teruskan perjuangan kau SHARY~~!!


Tuesday, February 9, 2010

warkah buat teman~

sejak kebelakangan ini aku merasa seakan hilang tepat aku berpijak.Entah bagaimana aku hendak perjelaskan pada diri aku sendiri tentang apa yang berlaku.Saban hari asyik mengenangkan kisah lampau aku,tentang kesakitan yang aku alami dan trajedi melanda hidup aku.Oh! ingatkan aku tentang matlamat hidup aku wahai diriku,sejujurnya setiap malamku aku meraung dalam hati menangisi kesudahan kisah aku.

aku mencuba untuk mencari ruang sudut kegembiraan dengan bertemu kawan-kawan kau tetapi masa lebih mencemburui aku.Ada ketika aku terasa macam aku sudah tidak mempunyai kawan seperti dulu kala.Kemanakah menghilang insan yang bernama kawan.???
bukankah orang selalu mengatakan kawan sentiasa ada ketika kita merasa amat memerlukan mereka,namun bagi aku yang ada buat aku adalah diri aku sendiri.

cukuplah selama ini aku menyusahkan mereka dengan cerita hatiku yang tidak ada penghujungnya,aku sudah merasa muak dengan perlakuan mereka.Selama ini sampai melupakan penat aku semata-mata kerana ingini bersama kawan aku,sentiasa ada waktu bersama mereka walaupun masa itu aku perlu lakukan kerja yang lebih penting..bak kata orang TIDAK MENOLAK BANGKAI..
namun kini baharu aku sedari setelah aku amati,
perbezaan antara kawan dan sahabat amat jauh berbeza..
sekarang ini haluan hidup adalah masing-masing,tidak macam dahulu.Jika dahulu,ketawa nada yang sama tetapi kini nadanya hanya aku yang bersuara.
aku teringat waktu ketika aku merasa sangat DOWN,sangat memerlukan sesuatu kekuatan..aku menipu diri aku sendiri untuk ketawa bersama mereka kerana aku tahu segalanya yang akan berlaku jika aku meluahkan..aku kECEWA dengan mereka...

aku berfikir,
jikalau aku membawa diri aku jauh dari mereka adakah mereka akan sedar kehilangan aku???
seandainya aku pergi adakah mereka peduli??
so,aku tanya aku jawab..
ya atau tidak adalah biar waktu itu.

aku mulai sedar,
aku akan mencari diri aku sendiri bermula dari SIFAR..permulaan yang akan aku buat demi hatiku,diriku,hidupku...
buat mereka yang bergelar sahabat,
aku tahu masa yang kamu adalah amat membatasi kita,teruskan perjuangan kamu kerana jalan adalah berbeza,aku kau berbeda yang kekal adalah sahabat.Bila waktu memperlihatkan segalanya,erti sahabat erti kawan kau akan tahu..

aku ingin kamu tahu,
sejak aku mengenali erti kawan,aku lebih menyayangi mereka melebihi diri aku sendiri,kamu tidak tahu kan??

Cukuplah aku kehilangan seorang insan yang paing aku sayangi,aku cintai,aku sentiasa merindui,walaupun sesingkat waktu itu aku sangat merasai kehilangannya tetapi aku tidak mahukan kehilangan sahabat aku yang tinggal adalh kamu..

aku malu dengan meminta waktu kamu yang terlalu mahal,aku rindkan waktu kita dahulu,aku tetapi aku menyesal menjadikan kamu sebagai SAHABAT AKU..

buat diri kau,
biar aku yang tahu isinya,biar aku sendiri menjejakinya..

Tuesday, February 2, 2010

Apa??!! Gila-Gila Remaja

salam~


wah lama rasanya tak update kalam yang usangku ini,cewahh!!.hehe..sebenarnya bukan malas or tk mahu menulis pada kalam ini tetapi atas keterbatasan waktu dan tenaga,huhu..terlalu penat dan penat la..hehe...
tapi segalanya hanya seketika aku sudah kembali,hehe..


apa cerita aku hari ini aa??
meh tengok-tengok dahulu gambar ini.jom-jom~




macam? mantapkan semuanya berpakai hitam..perkenalkan,mereka inilah yang telah mencipta kenangan kelmarin,kenangan apa tue aa?? kenangan "Gila-Gila Remaja" hehe..
member aku si ashraff telah mengatur satu party la,bukan party liar tetapi halal..memang gempak la..walaupun hanya bereapa orang sahaja kami tetapi tidak terasa sedikit pun kami ketika itu..hahaha..
nak tengok g gambar len??
sila-sila,

aku bertugas sebagai penghidup api,hohoho..nasib ada angin maka tk payah la bersusah untuk mengipas.hahahahah..

jejaka yang sedang mencari cHinta,kwang kwang kwang..





inilah pose yang terakhir dari kami,oleh kerana terlalu stress maka jadi beginilah kami...tetapi memang seronok la gambar sambil melompat ini..hahahah..first time nie bergambar begini..hahahaha...
ayoh kita melompat sambil senyum..wwwaahaaahhh!!!!

selain makan dan bergembira,kami juga ada game..namanya "True Or Dare"..bahaya mainan ini..hahaha..last-last semua tak mahu main game ini dan bertukarkan kepada sesi "Soal Jawab".Dalam sesi inilah kami cuba mengenali antara satu sama lain..

mereka inilah classmate aku kat UNITAR,ada juga kawan aku kat sana seperti mereka..harap persahabatan yang dibina ini berkekalan abadi..yeaaahhh!!!

Wednesday, January 27, 2010

Gosekan biola irama nasibku..

salam,


apa khabar kalian,semoga sihat hendaknya..hehe..
aku selama 2 hari beturut-turut berjalan sahaja,kelmarin syukurla siap urusan aku kat dewan bandaraya kota kinabalu,DBKK dan pegi bank membuat pembayaran kereta beliau aku,memang penatlah sesampai sahaja aku kat rumah terus tidur sampai jam 9 malam..huhu..dan tadi pula lagilah memenatkan dengan keadaan cuaca yang agak panas..mantap nie bui..tadi pula aku pegi bank jgk..alhamdulillah selesai juga tugasan yang diberikan..yeah~!!!
sebenarnya urusan itu semua bagi aku tidaklah sepenat mana pun tetapi ke tempat yang di tujui itu memerlukan khudrat aku..al maklumlah,aku nie tak punya apa pun,kereta pun takda apatah lagi memiliki lesen..nasib badan la..

al kisah hari ini,
ketika dalam perjalanan pulang(berjalan kaki masih) hendak pergi stesen bas,aku pun ternampak seorang lelaki duduk kat tepi tangga,rupanya lelaki itu seorang tukang kasut.Kebetulan kasut usangku ini juga nak terbuka tapaknya jadi aku pun mendapat khidmat pak cik tue..aku tanyalah berapa kadar yang dikenakan makan pak cik pun bg aku rm12 sahaja untuk gam dan jahit keliling balik..kira ok la tue..

ketika aku dalam penantian menunggu sambil duduk-duduk kat tangga kedai tue,entah tetiba aku terdengar bunyi biola yang dimainkan..pelik,di tengah hari begini ada orang mainkan biola??
irama yang dialunkan sungguh syahdu seakan menceritakan sesuatu..fuuuhh!!

aku pun berganjaklah dari tangga tue dan tengok kat luar,rupanya kelihatan seorang lelaki tua yang kudung kedua kakinya sampai ke pars lutut sahaja..aku pun tersentak melihat lelaki itu dengan alunan yang dimainkannya itu,dia memainkan biola itu di tempat awam sambil mengemis..PERSOALANNYA,adakah apa yang dia lakukan itu mengemis ataupun memberi perkhidmatan??? antara mengemis dan perkhidmatan...

errmmm..aku tertanya??

Saturday, January 23, 2010

ada apa pada senyuman?



ada apa pada kata jika tidak pada makna,
ada apa pada senyuman jika tidak pada maksudnya..


betul ada atu tidak apa yang diperkatakan di atas?? hehe.. semestinya jawapannya YA.

aku ingin berkongsi rahsia disebalik senyuman yang mungkin tidak orang ambil kisah pun,

selalunya bagi lelaki kan jika ada seorang perempuan senyum kat mereka,dorang akan cakap begini, "wah,awek tue kat aku aa,mungkin dia nampak aku macho nie"..aha,wahai para lelaki sekalian,benar atau tidak??? sila jawab,hahaha..

ok,
selalunya kita senyum di sebabkan ada perkara yang membuatkan hati kita terusik dan melucukan,lantas wujudlah seutas senyuman yang penuh bermakna..

Bermakna?
setiap senyuman mempunyai maksudnya yang tersendiri,tafsiran senyuman yang diberikan itu hanya kita sendiri sahaja yang tahu kerana kita yang menciptakan senyuman itu.Senyuman juga ada pelbagai jenis,ada yang senyuman sinis,senyuman manis,senyuman terpaksa,senyuman sahaja..pelikkan,senyum pun berbagai jenis,ingatkan manusia sahaja ada bermacam-macam jenis.hehehe..

buat kalian,

teruskanlah mencipta senyuman mu itu kerana memberi kekuatan pada mereka.siapakah mereka? mereka adalah orang yang disekeliling anda.Anda tidak tahu mungkin ada diantara mereka sedang berduka,tatkala melihat senyum dan keriangan anda pasti mereka turut merasa gembira dan kesedihan itu akan berkurang..setidak-tidaknya mereka dapat meringankan sedikit rasa duka itu kn..

teruskanlah pada senyuman kerana senyuman kamu itulah penyeri hidup kamu.Bayangkanlah jikalau hari-hari anda di selebungi murung sahaja,adakah anda rasa gembira? adakah anda akan dapat merasa nikmat kehidupan? jawapan yang sudah pasti adalah TIDAK...maka,senyumlah..dan senyum aa..hehe..

Thursday, January 21, 2010

jawab persoalanku ini~

Pernahkah ada diantara kalian membacakan puisi cinta kepada kekasih anda?

Pernahkah kalian menghadiahkan rantai ataupun cincin kepada kekasih anda?apakah responnya?

Disaat anda merasa sangat memerlukan si dia,adakah dia ada bersama anda? apa yang dia lakukan?

OooooOOPPPPPSSSsss!!! cukuplah!!

eh kenapa dengan aku nie aa? macam ada sesuatu yang mengganggu pemikiran aku kala ini,huh!

acap kali,hanya soalan itu yang membelenggu aku..

aku kira sudah sembuh dari segalanya tetapi rupanya tidakkkkkk!! tidak sepenuhnya.
masa oh masa,detikmu aku terpaksa harungi..




Monday, January 18, 2010

Laskar pelangi,akan ku kejar pelangi




persembahkan LASKAR PELANGI,

Aku baru sahaja habis menonton cerita laskar pelangi nie kat youtube,fuuhh! mantap la cerita nie dengan tajuk cerita sahaja mampu membuatkan kita tertanya kisah cerita ini..
aku diperkenalkan dengan cerita ini oleh kawan aku yang belajar kat sarawak,dia kata kalau tengok cerita ini confirm bersemangat,sungguh benar apa yang dikatakan itu..

maka,aku pun mencarila kat mana boleh aku download cerita nie tetapi aku hampa,semuanya berbayar..huuhuh..tapi alternatif lain aku tengok la kat youtube..hehehe..

laskar pelangi,
sebuah kisah yang mencerita tentang semangat anak-anak kecil yang mahukan ilmu dan keteguhan hati para pendidik yang mengajar sebuah sekolah yang hanya ada 10 orang pelajar sahaja..wah! hebatnya mereka..
bayangkan seorang anak kecil jika mahu ke sekolah,dia mesti menunggu seekor buaya melintasi dulu jalan itu baru dia boleh melaluinya..tidakkah dahsyat tue? seekor buaya tue,bukan calang-calang..


ayat yang paling power aku dapat hari ini adalah
"kejar pelangimu sampai ke hujung dunia,jangan pernah menyerah.."

apa-apa pun kepada korang,tak rugi kalian menonton cerita ini..
sungguh~~~!!!

Wednesday, January 13, 2010

anak buang ayah??

sungguh mengejutkan,!!



myMetro | Buang ayah tepi jalan


selama ini kita hanya mendengar kes-kes ibu buang anak tetapi kali ini bapa pula yang dibuang anak..apa sudah jadi dengan dunia ini,semakin hari semakin menjadi..

kita lupakan dahulu perihal tentang ibu buang anak,berbalik kepada topik tadi aku sendiri tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh anaknya..khabarnya si anak yang derhaka itu tergamak melakukan perkara sedemikian adalah disebabkan isterinya..ah?? isteri??

Para suami sekalian,adakah kalian lemah sehinggakan ke tahap ini anda sanggup patuh dengan arahan isteri yang tidak masuk akal...

Tuesday, January 12, 2010

DIET?

salam..

aku selepas kahwin sepupu aku kat kampung,aku mula sedar dan menyedari bahawa AKU SEMAKIN GEMUK!!!!!..wei tak boleh jadi nie..dengan tekadnya aku berusaha untuk menurunkan kadar kegemukan aku..huhuu..

Alhamdulillah hari ini,aku dapat merasakan ada perubahan aspek fizikal aku.. tidaklah terus kurus mendadak ttapi berkurangan,hehehe..Mantap..

sekarang ini aku masih giat berusaha untuk meningkatkan lagi usaha aku ini..wawawawaa!
sebenarnya aku ingin berubah kerana...tunggu nanti aku ceritakan..hehe..sabar ya..

ramai orang cakap kalau mahu kurangkan berat badan perlu DIET..DIET??

Bagi aku kn,kalau diet jak tkda melakukan senaman macam takda guna juga,hasilnya memang ada tetapi lambat la..

DI sini aku ingin berkongsi sedikit hasil kajian aku tentang kesihatan ini,khusus jika ingin mengurangkan berat badan..

ok,menurut kajian aku{macam doktor la pula} sebenarnya kita mampu mengurangkan berat badan kita sekurang-kurangnya 1kg dalam masa satu minggu..seminggu tue.!!
tetapi dengan syarat,

1.mind set anda ingin berubah..

2.mulakan dengan mengubah cara pengambilan makanan,kuantiti makanan..

3.bersenam..iaitu berjogging ka,teka tubi ka,dan sebagainya..PENTINg~

4.disiplin..


jika anda dapat menunaikan syarat-syarat ini,konsistenkn cara ini..InsyaALLAH BOLEH!!!!YEAAHHH!!!...

Saturday, January 9, 2010

pendaftaran oh pendaftaran

salam buat kalian,

hari ini agak kepenatan mengurus pendaftaran aku kat UNITAR..Penatnya bukan kerana pasal mengurus tetapi kerana kepanasan yang agak menusuk ruang-ruang liang romaku..aduh!

semuanya selesai sudah tetapi hanya aku sahaja yang mungkin belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi semester baru nie..huhuhu...
Setakat ini alhamdulillah aku masih boleh berdiri tidaklah seutuh mana pun.Result yang aku dapat pun sekurangnya aku bersyukur tidak perlu mengulang subjek,nasib-nasib wei...orang kata besyukur pada yang ada kn..hehehe..

ohohoh next monday start sudah kelas nie,makanya bermulalah kembali perjalanan hidup seorang pelajar kolej,belum lagi boleh dipanggil budak U nie..huu..sabar,berusaha,berdoa..

Thursday, January 7, 2010

jika tidak kerana waktu itu

jika tidak kerana waktu itu
pasti kita masih bersama...

jika tidak kerana masa itu
pasti hari ini hari kasih sayang kita...

sungguh aku merindukan.
sungguh aku menginginkan.

jujurku,
sayang masih padamu..
cinta rasa merasa dihati..

tapi,
kau inginkan perpisahan ini..
kau memintaku..
kau meninggalkan aku..
tanpa alasan yang kukuh..

aku?
hanya merelakan..
aku redha..
hatiku menangis..

kau?
mungkin lebih merasakan kebebasan hati..
tidak terikat pada cintaku..
tidak merana diri kau melayanku lagi..

perlukah wujud rasa benci ini?
haruskah aku mengenangkan kau sedangkan kau meminta semua ini?

jika tidak kerana waktu itu,
aku tidak akan sedar..
bahawa aku tidak mampu memberikan kebahagiaan padamu..
aku sedar..
aku bukan seperti yang kau impikan..........

Tuesday, January 5, 2010

kita harus yakin~

aku terus istiqamah dalam menerajui hati,
mencuba dan terus berusaha..
katanya masa akan akan melewatinya,
bisiknya sabar akan menenangkan..

ah! sampai bila lagi perlu aku bertahan?
kenapa perlu aku terus terpunguk di tepian kesedihan?
tidakkah masa adalah emas yang dicari?
perlukah aku membiarkan hati aku terus luka dengan hirisan kesedihan?

oh! aku tidak mahu begini..
aku ada jalanku sendiri,
yang perlu aku teruskan tanpa bertoleh..
aku mahu berubah!
aku mahu buktikan!
aku mahu segalanya!

percayalah wahai insan,
tidak kita dilahirkan untuk terus bersedih..
tidak ada ibu bapa yang mahukan anaknya gagal,

ayuh!
kita cipta kejayaan daripada kegagalan itu..
kita lupakan segalanya yang menyedihkan,
kita mampu..
kita hebat!!!!!!!

Monday, January 4, 2010

aku anak seni~!!!!!!

salam,masih belum terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU buat kalian,semoga apa yang kita harapkan ingin dicapai bagi tahun 2010 ini akan menjadi realiti..AMIN~

Masuk tahun baharu ini aku mahu kembali aktif mengiatkan diri ke dalam bidang seni.Hari demi hari setelah mengalami kejadian yang amat menyedih bagi aku,kini aku sudah pulih dari kesedihan,kecederaan,dan kehampaan hati walaupun tidak sepenuhnya namun sekadar untuk memujuk hati ini..

Berbalik kepada seni ya,di sini ingin aku titipkan hasil seni aku..

PERSEMBAHKAN:




macam???
ada seni ka???