Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Saturday, May 17, 2014

selamat hari guru

rasanya masih belum terlambat lagi dan tidak terlambat bagi aku untuk mengucapkn selamat hari guru buat semua guru.sememangnya selayaknya mereka mendapat satu pengiktirafan untuk diraih kerana tanggungjawab dan tugas mereka mendidik anak bangsa kita untuk berilmu.

Aku mahu berkisah juga disini,
dahulu dari kecil citaku adalah mahu menjadi polis.kemudian menginjak darjah aku bercita mahu menjadi cikgu.berubah kerana faktor persekitaran,kenapa tidaknya,keluargaku kebanyakkannya bekerja sebagai pendidik dan secara tidak langsung aku terpupuk minat dalam bidang tersebut.

namun,rancang tidak selawan takdir.aku sekarang tidaklah berkerja sebagai seorang guru.tidak tercapai impian aku menjadi guru.aku masih bersyukur kerana sebenarnya guru bukan khusus sahaja dalam kelas.guru atau cikgu tugasnya pada asas adalah mendidik dan mengajar.secara tidak langsung aku jua seorang guru.ya aku juga seorang guru.aku guru kepada adik aku,kawan aku,insha Allah bakal isteri aku(doakn saya) serta insha Allah anak-anakku. dalam erti kata lain kita semua adalah guru dan cikgu.kalau begitu selamat hari gurulah buat semua.hehe.

pesanan aku buat anak-anak dan adik-adik yang masih belajar,
hargai dan hormati guru anda.

aku hadiahkan puisi karyaku buat guru..

selamat pagi cikgu
pagi riuhan setiap kelas pada permulaan pagi
mezahirkan rasa hormat kami buatmu yang ku hormati cikguku

terima kasih cikgu
titipan kasih kami lafazakan untukmu cikgu
kerana korban masamu dan ilmu yang kau curahkn buat kami
walau hanya sekadar A untuk Ayam, Z untuk zirafah

ada soalan?
faham?
siap kerja rumah?
siapa tidak hadir?

menjadi rutin pada setiap cikgu pada soalan sebegitu
sehinggakn kadang kami sebagai anak murid hanya tinggal menjawab

ada menjadi tiada
faham tidak faham
siap tidak siap
hadir tidak hadir

sebegitulah mereka bergelar cikgu
melayan telatah kami anak murid
yang nakal berakal jahat bersebab
maafkn kami cikgu

teringat kata cikguku dulu,
tiada harapan lain dari seorang cikgu-cikgu melainkn melihat kejayaan anak muridnya
jika tidak berjaya pada kertas soalan tapi berjayalah dalam kehidupan
betapa penuh makna dan maksud
ku ucapkn buat semua para pendidik
Selamat Hari Guru buat kalian
semoga Allah memberi rahmat dan kebahagiaan kepada cikgu di dunia dan akhirat


Ahmadishary

Sunday, May 4, 2014

fikiranku

Aku tidak pernah membuatkn semua itu semudah yang diharapkan
aku tidak jua menduga semua itu adalah semudah yang terlaksanakn
kerana kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku dan akibatnya jika kita tidak pernah melalui
sepertimana aku sendiri mengalami dalam hidup aku

ada orang dimanja dengan kesenangan.kemewahan,keistimewaan dan pelbagai kebaikan
ada orang dibiar bersusah,berdikari,dan berusaha

tapi jarang sekali kita nampak orang bersyukur...

bersyukur.
apa itu bersyukur?
bagaimana itu bersyukur?
mengapa perlu bersyukur?

bersyukur adalah berterima kasih dalam penerimaan apa jua yang dimiliki dan diberi
terkadang manusia selalu mentafsirkn bersyukur itu dapat sesuatu yang diminta baru bersyukur
jika tidak dapat mengeluh

bersyukur bagiku adalah perkara yang mudah dikatakn dengan makna tapi amat sukar diterjemahkn dengan perilaku nyata.jika kita mahu tahu cara bersyukur adalah lihat pada kehidupan sendiri.sebagaimana kita menikmat hidup ini dan kemana nilai sesuatu barang itu baginya.mudah bukan.
sebagai contoh,
kita diberikan wang RM30 dari seseorang.Apakah lafaz pertama yang keluar dari mulut dan detik hati kamu?
fikirkan.

belajarlah untuk bersyukur.kerana bersyukur itu banyak hikmahnya yang tersembunyi.
jika kita bersyukur,kita tidak akan mengeluh akan kekurangan.
jika kita bersyukur,kita akan lebih menikmati hidup ini adalah indah
jika kita bersyukur,Tuhan akan memberi lebih dari apa yang kita ada..

Aku ingin membawakn sebuah kisah seorang sahabatku,
suatu hari.sahabat ini menunggang motosikalnya pergi ke tempat kerja.seperti hari-hari biasa dia melalui jalan yang sama dan waktu yang sama jua dia akan melalui jalan tersebut.sahabatku ini tidak mempunyai lesen memandu motosikal.Ketika dalam perjalanan dia ke tempat kerjanya,tiba-tiba ada sekatan jalan dihadapan.Secara langsung dia ucapkan ALHAMDULILLAH..
dia ditahan dan polis memberi saman kepadanya.

apa yang membuatkan aku terketuk hati ku adalah betapa dalam kesusahan sebegitu sahabat ku itu masih mengucapkn ALHAMDULILLAH.Terfikirkan pula jika aku di tempatnya bagaimana.
lalu dia cakap sendiri sama aku bahawa dia seharian memikirkn kenapa boleh ditahan polis walhal selama ini tidak pernah.Dia beritahu aku dia dapat jawapannya,sebab dia ditahan kerana tidak solat subuh..ALLAHU..
luar biasa sahaabt aku ini.Dia kata juga apa yang berlaku kita kena semak amalan kita..saya ingin bertanya anda yang membaca,Bagaimana pula amalan kita?

ayuh fikirkan dan renungkn...