semoga semua akan baik sahaja merentasi kehidupan ini
aku selama ini berpegang diri kata aku sendiri
aku biarkan sendiri agar aku mengenali situasi yang mencengkam diri
yang datang aku tahan tanpa ada sebab
aku membiarkan sehinggakan lepas dan terlepas membiarkan
aku tidak sedih aku tidak menyesal
kerana aku belajar untuk menerima aku belajar untuk tabah
tiada apa untuk disedihkan
pergi saja
tidak aku minta untuk kembali
sebaliknya lebih aku syukuri dan berterima kasih
dahulu akui aku sendiri aku berdendam dan aku membenci
tapi usia memakan rasa setidaknya aku belajar daripada apa yang berlaku
hampir pernah menghantui aku menjadikan aku takut bergaul rasa dengan mereka
aku misteri yang ada dalam dunia kotak sendiri
aku redha aku pasrah dan aku menyerahkan segalanya
kerana aku jua miliki hak aku sendiri aku punyai kewajiban.
hak aku untuk membahagiakan diri aku,kewajiban aku membahagiakan aku.