Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Sunday, November 2, 2014

aku pergi

maaf aku tidak mampu untuk perjuangkan
kerana bagi aku berjuang pada dasar yang tiada
kerana cinta
kerana rindu
kerana ingin
dahulu benar aku seorang pejuang
walau tidak punya ada sekalipun tetap aku pada pendirian

kini aku ketahui
masa semakin mendewasakan aku
jiwaku tidak semuda yang dahulu
hatiku kian lebih memahami

benar,
kita tidak pernah ketemu

benar
kita tidak pernah bersua

bagi aku
aku hanya berkenalan pada bayangan dirimu
yang pada kenyataan sebenarnya aku hanya wujud pada nama
nyata dan wujud itu aku berada di dimensi yang berbeza

aku akan pergi
maafkan aku kerana pernah menganggu hidupmu
aku terlalu mengharapakn batu menjadi bunga
ternyata batu tetap batu
bunga tetap bunga

aku akan pergi
yang aku tinggalkan adalah kenangan antara kau dan aku
terima kasih kerana pernah kenal dan wujud dalam hidupku
ingatlah pesanku
kita tidak pernah menanam apa-apa dan kita tidak akan kehilangan apa-apa

No comments: