Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Saturday, February 9, 2008

mari kita renungkan bersama,

Mengapa mereka kekadang terlalu leka dalam kehidupan sehinggakan apa yang dilakukan akhirnya ia menyesal tidak terkata atas kelekaan yang dibuat???

_Kerana inilah suatu sifat manusia yang selalu mengambil mudah sesuatu perkara itu sehinggakan ia terabai.Namun apa bila kehilangannya baru kita sedar ia lebih berharga dan bernilai daripada segala apa yang ada pada masa itu.Pada waktu itu baru kita berfikir dan terfikir bahawa masa telah mendahului kita meniggalkan kita jauh.Segalanya sudah berakhir....

JADI?
apa lagi mahu kita tunggu...
segalanya sudah berakhir dengan penuh penyesalan.Ya,memang ada orang itu mudah melupakan dan menjalani kehidupan yang seperti sebelumnya namun ada juga yang tidak semudahnya untuk melupakan semua yang terjadi.Ada diantara mereka mengambil masa yang lama untuk menghilangkan rasa segala rasa.Ini disebabkan mereka merasa kehilangan yang teramat dan amat sukar untuk melalui kehidupan ini lagi.


nasiHAt saya la kan,

_kepada manusia-manusia yang mengalami situasi sebegini,ambillah sebanyak masa untuk menghadapi semua ini.Banyakkan aktiviti luar rumah jangan hanya terperuk kat rumah ja kerana dengan cara ini kita boleh membuka minda kita dengan lebih luas lagi dan di sana kita dapat menilai kehidupan yang sekarang ini,akan datang,dan mendatang.Selain itu,ingatlah kepada TUHAN kerana DIA lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu.Carilah hikmah semua ini.Ingatlah bahawa orang-orang yang beriman sentiasa di uji oleh ALLAH S.W.T.Jangan sesekali kita lemah dalam perjuangan hidup.



'manusia tidak akan lemah jika mereka tidak sendiri memikirkan mereka lemah'


"kehidupan kita ini umpama seorang pengembara,kerana dunia ini hanyalah sementara.Dan carilah bekalan untuk dunia akhirat.Seperti pengembara,kita perlu teruskan hidup untuk mencari apa yang kita cari..."

Tuesday, February 5, 2008

Dalam kita menjalani kehidupan di muka bumi ini,kekadang kita akan terfikir tentang sesuatu perkara yang amat luas pengertiannya.Perkara itu adalah sesuatu yang di panggil CINTA.Sememangnya cinta adalah satu perkara yang luas pengertiannya.Tanyalah pada sesiapa saja apa yang mereka tahu tentang cinta dan jawapan yang pasti di beri adalah percantuman perasaan antara lelaki dan perempuan yang bersatu di dalam satu alam yang di panggil alam kebahagiaan.Ya,memanglah itulah definasi cinta bagi sesetengah orang namun bagi aku yang telah menilai pelbagai istilah cinta dalam kehidupan ada maksud yang tersendiri.

Bagiku,cinta adalah satu asas yang mengenalkan kita tentang kehidupan yang lebih mendalam.Tanpa cinta,kita akan merasakan hidup kita sentiasa kosong dan sunyi.Cinta adalah asas dan tiang-tiang bagi asas ini adalah KEJUJURAN,KEIKHLASAN,dan KASIH SAYANG....
Kenapa saya katakan semua itu adalah tiangnya kerana:

Tanpakejujuran tiada kepercayaan dalam itu cinta walhal cinta amat memerlukan kejujuran serta kepercayaan untuk ia terus berkembang tanpa layu.

Tanpa keikhlasan untuk apalah erti cinta yang dibina?adakah cinta itu hanya sekadar mainan dalam kehidupan?

Tanpa kasih sayang apalah guna hubungan itu?bukankah cinta yang dibina atas dasar kasih sayang yang telah di meteraikan?..kasih sayanglah faktor yang paling penting cinta.Tanpanya tiada maknalah cinta yang di bina..

perbezaan

sesuatu yang mungkin berat untuk di ungkap..
namun mudah untuk melukakan..
antara pemahaman dan pengertian..
kata atau bicara..
budi atau jasa..
perbedaan yang amat ketara..
untuk dijelaskan sesuatu yang sukar..
tapi untuk di nilai seakan mudah..