Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Sunday, December 12, 2010

bacalah untuk pengertian:genapnya sebuah perpisahan

kepada kau yang bernama indah untuk aku kenang,

Seakan aku tidak menyedari akan waktu yang menjenguh di saat aku mulai sedar pada realiti.Aku sedar dan aku akui semuanya masih jelas ada pandangan ini walaupun semua itu hanyalah tinggal kenangan.Masihkah kau simpan kunci hati yang aku berikan kepada diri dahulu ataupun sudah kau biarkan tidak kau endah.Sungguh bermakna pemberian itu bagiku kerana bukan pada nilai harganya tetapi pada makna yang tersimpan disebalik kunci hati itu.Bagaimana aku hendak membuka pintu hati aku untuk mereka yang lain sedangkn kunci hati aku itu ada padamu kekasih.Jiwa ini meronta ingin bertemu dengan kau tetapi apa akan pada daya untuk mengatasinya,aku hormati keputusan kau dengan apa yang kau mahu. Kau punyai hak,aku mencuba menuntut hak aku tetapi hak kau adalah lebih berharga.

Duhai pernah mengetuk jiwa ini,

sungguh indah lagu yang dimainkan tatkala cinta masih indah untuk dirasa.Tiada satu apa perkara yang mampu menghalang kita melainkn ketentuan yang ditetapkn.Aku masih ingat lagi saat kau masuk wad kecemasan dulu,aku sangat takut akan kehilangan kau.Aku sanggup ke hospital untuk bertemu dan melihat kau walaupun hendak ke sana amat payah keadaannya.Aku tidak kisah tentang penat aku yang baharu sahaja habis kerja dari pagi.kerana kau aku sanggup.
waktu itu,aku melihat wajahmu yang menahan kesakitan,aku juga terasa.sungguh aku merasakn jua.lalu aku usap kepalamu dan ku urut jari jemari mu agar kasih yang aku berikan itu mampu
mengatasi sakit itu.aku tidak akan lupa pada waktu itu.

wahai kekasih,

kenapa perlu wujud perpisahan tatakala kita tidak menduganya? adakah ini kau yang merancang semua ini? adakah kau sengaja?
aku tidak dapat menahan semua yang berlaku ketika saat kau memutuskan untuk berpisah.aku menangis.aku menangis.aku menangis.Oh,tergamak aku diperlakukan sedemikian.kenapa sayang? kenapa baby?
aku hampir saja menjadi gila kerana perkara ini.Aku hilang kewarasan.Aku hampir-hampir di hidapi penyakit berbahaya.

awak,
sempena segenap setahun perpisahan,aku masih merasai atas apa yang berlaku antara kita.antara aku dan kau.sungguh indah kenangan itu.walaupun perit aku tetap menerima hakikat dan realiti yang terjadi.
semua apa yang dikatakn dahulu adalah dusta belaka kn.Sampaikn salam sayang buat keluargamu yang sungguh baik.aku anggap mereka juga keluarga aku.terima kasih.aku akan temui kalian nanti untuk bertanyakn khabar kamu itu pasti.aku memohon maaf atas salah aku.dia sudah membuat keputusan dan aku sungguh rasa bersalah dengan kamu.Aku malu atas apa yang berlaku.maafkn aku.semoga suatu masa nanti kita akan bertemu lagi tanpa dia(anakmu)

aku,
akan teruskn menjelajah kehidupan yang pernah di katakan dahulu tiada makna dan tiada apa-apa.aku akan mencari makna yang jelas.aku akan membuktikan segalanya akan baik sahaja jika aku yakin.Allah masih sayang pada aku.
kemaafan tiada pada nama itu.

noktah!

1 comment:

Ask said...

Singgah nfollow.. visit me back n follow skali ya.. =)

http://renunganask.blogspot.com