Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Sunday, November 24, 2013

dinda kamu dimana?

dinda.
apa yang kau harapkn pada dunia yang menipu kita ini
sedangkan pada kenyataan ini kita selalu ciptakn sebanyak mungkin kemungkinan
lihat sahaja langit yang tidak mampu kita menduga akan keberadaannya
hujan turun perlahan sambil membiarkn aku kebasahan

dinda,
ketiadaanmu ini membuatkan aku sering bertanya
akan apa dan kenapa
walhal semua ini sudah menjadi ketentuan yang hakiki
pertemuan itu akhirnya perpisahan

dinda,
aku boleh mencipta dunia aku dan kau sambil aku mengindahknnya
tapi aku masih tidak mampu mengubah hatimu
untuk percaya akan apa semua ini
apa perlu aku lakukn dinda untuk kau percayakan aku
tunjuk aku caranya kerana aku ini bodoh oleh cinta
sememangnya bercinta itu penuh dengan kepuraan

dinda,
dimanakah kau sekarang ini?
masihkah senyummu seperti kala dulu
atau murung lebih mengisi harimu
jangan sebegitu dinda
datanglah padaku kerana aku masih ada disini untukmu
aku serahkn aku diriku pada kamu dirimu

Monday, November 11, 2013

Rindu

rindu,
suatu titip perasaan yang mengenangkan siapa dan bagaimana
datangnya rindu tidak berkira pada waktu yang tercegah
aku sendiri tidak mampu menahan itu rindu
lalu aku membiarkn sahaja rindu itu
waktu ia datang aku hanya merasakn,bila ia pergi seakan aku mengenangkn

ada orang kata rindu itu terbit kerana ingatkn kita akannya
sekuat mana rindu itu hanya aku dan kau saja yang mengerti
barangkali tepukan tanganku hanya pada sebelah tangan
sedang tangan yang sebelah lain tiada bertepi
angkat kepala tundukkn pandangan
kerana aku bukan siapa-siapa

rindu,
jika hadirmu sekadar menjenguh aku akan biarkn saja kau datang
kerana aku tahu kau akan pasti pergi
aku mohon sekali usah kau bawa kenangan itu lagi bersama aku
kerana aku tidak mahu sekali aku disakiti
silap aku untuk mengenali perihal perasaan mu
salah aku untuk menjawab rasa itu
namun khilaf aku kerana mengharapkn sesuatu
yang asalnya bukan milik aku

Tuesday, November 5, 2013

berikan aku caranya ila



barangkali jika aku tidak ketemui mu ila
aku akan terus dihantui oleh bayangan masa lampau
meruntuhkn rasa dan diriku suatu masa lalu
hanya namamu ila,
aku tidak mampi untuk melupakn dirimu
seakan masih bermain di jiwa dan fikiranku
aku hampir saja tewas pada tangisan
kala aku teringat padamu
bukan kerana apa ila,kerana aku terlalu merindukn mu

bagiku,
kau adalah seorang insan yang kurniaan terindah
atas kesabaran dan kederitaan yang aku hadapi
kau muncul bersama doa yang sering aku titipkn
kehadiranmu dahulu seakan aku sendiri tidak percaya
kau datang padaku kala aku tidak tahu
kau berikan cinta yang kau ada untuk bersamaku
walau hanya seketika,sekadar aku merasakn  bahagia.indah.

cinta itu datang dan pergi tanpa kita pinta
ila tolong beritahu aku bagaimana caranya untuk aku lupakn dirimu
sedang semakin hari semakin aku menangisi akan kepergianmu
apa perlu aku lakukn?

barangkali jika aku bertemu dengan,pasti aku akan bergenang air mataku
kerana aku tidak tahu dan tidak mampu menahan ini
sedangkn mengingatimu sahaja aku masih mampu sebak
apatah lagi akan bertemu