Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Tuesday, December 29, 2009

Sambungan cerita ayat-ayat cinta~

salam buat kalian,

seperti yang dijanjikn(janji ka tue aar?)hehe..saya akn menceritakn tentang sebuat kisah percintaan yang mungkin kalian tidak percaya namun inilah hakikatnya..

mulanya kisahnya...

kita mulakn kisah terus kepada bibit2 pertunangan mereka la ya,
Mereka sebenarnya di jodohkan oleh pak cik perempuan tue,bapa kepada perempuan itu ingin mencari menjodohkn anak gadisnya.Kebetulan pak ciknya ini mengenali seorang lelaki yang dilihat cukup syarat untuk menjadi suri hidup anak buahnya itu.Lelaki yang dimaksudkn itu adalah pak cikku yang aku panggil PAK CIK IJAM..hehehe..
pak cik ijam aku nie baru berumur 26 tahun dan sudah memiliki syarikat sendiri..kira pakej latue,tambahan lagi dia ini seorang yg kuat agama serta ahli tabligh kt beaufort..

pada suatu masa itu,dia telah dipanggil oleh pak cik perempuan itu datang ke rumah untuk berjumpa dengan keluarga pihak perempuan itu..kebetulan pada hari itu juga ada kursus perlu diurus olehnya,maka dia menjanjikan akan datang pada masa sebelah malam ke rumah itu.

setibanya di sana dia terkejut pula dengan hajat pihak perempuan itu yang ingin menjodohkan anak perempuan mereka dengan dia.Dia dengan meminta masa untuk berfikir seketika kerana dia pn tidak bersedia apa-apa pn.Dia memutuskan akan kembali berjumpa keluarga itu dengan perempuan itu sendiri..
sebenarnya dia tidak pernah mengenali perempuan itu malahan melihat raut wajah perempuan itu sendiri...

Pada hari yang ditentukan,maka dia pn bertemu kembali dengan keluarga itu bersama-sama perempuan yang ingin dijodohkan dengannya.Katakannya,jika dalam perkahwinan,perlu ada persetujuan kedua-dua pihak dan dia bertanya kepada perempuan itu ,"kau mahu berkahwin dengan aku?"..maka perempuan itu menjawab."iya" sambil menganggukkn kepalanya..maka pak cik ijam pn bersetuju..DAHSYAT~!!!!

mereka pn menetapkan tarikh2 akad nikah...

lihatlah,percaya atau tidak..
mereka tidak pernah bercinta,tidak pernah bertemu,tidak pernah melihat antara satu sama lain,
maka betullah kata orang,CINTA ITU BUTA~!!!
CINTA MEREKA ADALAH SELEPAS PERKAHWINAN..WAH!!!

Di sini aku titipkan sedikit wajah perkahwinan akad nikah mereka..






inilah cerita mereka,mula-mula aku seakan-akan tidak percaya dengan kisah mereka ini..seperti cerita AYAT-AYAT CINTA kn..tetapi bukan yg slot berpoligami tue ya..heheehE..

semoga mereka bahagia hendaknya,AMIN..

P/S:buat saudaraku,inilah ceritanya..maaf lama menunggu post yang ini ya..hehehe..

Friday, December 25, 2009

RAHSIA KASIH SAYANG BERDASARKAN BULAN

Januari
- Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
- Sukar setia pada yang satu.
- Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11.
- Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Febuari
- Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Kurang beremosi terhadap pasangannya.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan
-Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Persaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
- Berprasangka terhadap pasangan.
- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.
- Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2
- Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk dipujuk.
- Kurang suka untuk sentiasa bersama.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Cepat rasa bosan dalam percintaan.
- Kurang yakin dalam perhubungan.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7

Ogos
- Tidak serius dalam perhubungan
- Mengambil mudah dalam perhubungan
- Kesetiaan di ragui.
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sering bertukar pasangan
- Sukar mencari pilihan yang tepat
- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
- Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
- Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.

September
- Bersopan dalam hubungan
- bertolak ansur terhadap pasangan
- Suka mengkritik pasangan
- Sangat prihatin terhadap pasangan
- Sangat sensitif dan emosi
- Pandai memahami pasangan
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
- Amat memilih pasangan
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Sukar menerima pandangan pasangan.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
- Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.
- Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.

November
- Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Degil dan engkar dengan pasangan.
- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Tidak menghargai perhubungan.
- Sambil lewa dalam perhubungan.
- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.
- Kurang bersama dengan pasangan.
- Pasangan Ideal: 4, 7

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan
- Curang dalam percintaan.
- Kurang berkerjasama dengan pasangan.
- Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
- Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.

Saturday, December 19, 2009

BANTU AKU YANG NAZAK!!!!

adakah kalian sudi membantu diriku?

bagaimanakah caranya ingin aku melalui saat-saat perpisahan ini?aku seakan buntu mencari penyelesaiannya,aku sudah muak dengan semua ini..kesedihan,kesakitan,kekecewaan..
\

wahai kaliaN semua,BANTU AKU .......

Berakhirnya sebuah kisah

:kepada kau yang pernah aku cintai~

sudah terusai semuanya..
yang tinggal adalah titipan kenangan,
kau dan aku sudah berbeza
aku bukan lagi yang kau rindui,
aku tidak lagi kau cintai,
aku tidak lagi kau sayangi,
sungguh memilukan buat aku,mungkin tidak bagi kau..
hari-hariku sepi tanpa kau yang bernama BaBy..
selamat pagi cyg,
selamat malam cyg,
tidak lagi akan kembali kata itu..

kembali kepada kehilangan yang tak sudah
tiada lagi kata yang mamu di ungkapkan
hanya diam sepi entah kemana
hati tersentak lalu airmata jatuh menenangkan diri
aku rindu kan kau saat ini
aku teramat merasakan kehilangan
mungkin senyumku tidak semanis dahulu
tawaku hilang riangnya
aku redha atas permintaan mu itu


walaupun perit untuk aku menerima hakikat ini,
semuanya realiti bukannya fanntasi
kau berhak mencari kebahagiaan yang kau inginkan
aku tidak mampu memberikan kau pinta

kau hidup kau,
aku hidup aku..

Sunday, December 13, 2009

selamat pengantin baharu!

saLAm~

syukur alhamdulillah kerana selesai sudah majlis perkahwinan pak cik aku kat beaufort nie,lega rasanya badan kerana terlalu penat bekerja selama seminggu..huuh! aku sendiri tidak menyangka penah sebegini rupanya yang aku akan harungi sebab tidak diduga kedatangan aku ke kamupung ini rupanya bermotifkan menyelesaikan tugas-tugas pembersihan yang sebelum perkahwinan itu berlangsung..sungguh~

sebelum itu aku ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BAHARU kepada pakCIK IjAM dengan jodohnya yang dicari selama ini..


sebenarnya ada kisah di sebalik perkahwinan mereka ini,nantikan kisah tentang mereka ini di post yang akan datang..hehehe..tunggu ya~!!

Sunday, December 6, 2009

kahwin oh kahwin

Bertepatan dengan keadaan semasa,kini kita berada dalam musim orang membina masjid iaitu majlis perkahwinan.Tidak dinafikan lagi apabila masuknya musim cuti sekolah tidak kiralah cuti pertengahankah mahupun cuti hujung tahun,semestinya sekurang-kurangnya anda pasti menerima satu kad undangan ke majli perkahwinankan..BENAR atau TIDAK kata-kata hamba ini??jika silap perbetulkan aarr..hehe..
sungguh banyak undangan perkahwinan yang datang dan kita pasti mencuba berusaha untuk menghadiri majlis tersebut ATAUPUN setakat mengucapkan tahniah melalui sistem pesanan ringkas,sms..(itu pun jikakalau adalah~_).
aku pun dalam bulan ini sahaja harus mewujudkan diri ke majlis perkahwinan keluarga aku kat kampung.Permulaan sepupu sekali aku sebelah mama,kemudian sebelah beliau pula pak cik,dan paling akhir sepupu juga kat kota belud..fffuuuhh~!!!!
aku masih ingat lagi kata-kata ibuku jika kami beradik mengeluh tidak mahu menghadiri mana-mana majlis perkahwinan keluarga kami,

"Cuba kalau kamu pula yangberkahwin nanti,bayangkan tiada sorang pun saudara keluarga kamu yang datang menolong sebab time dorang ada majlis kamu tidak menolong..fikirkanlah.."

betul jugakan apa yang mam aku cakap tue..ish2!@!@!@!...

Wednesday, December 2, 2009

semuanya kerana apa?

terlalu asyik dalam kelekaan rasa,
terbuai hanyut melalui,
sehinggakan kau tidak merasa pada lantai dunia,
kerana terawang jauh di siling alam,
hanya satu rasa,
hanya satu nama,
saat tersentak merasa bahlul bodoh namanya,
penyesalan merelakan sesuatu yang luar pada batasan upaya,
aduh!!!
musnah semuanya tetapi sentiasa berulang kembali,
walaupun sedar sudah merasa namun berulang saja tanpa noktah..
kenapa insan?
hilangkah ketetapan di hatimu?
renungkan kembali,
nilailah semula..

Tuesday, December 1, 2009

perkahwinan saudaraku~

saLam~

kelmarin aku baru balik dari kota belud,selama 3 hari 2 malam aku kat sana kerana menghadiri majlis perkahwinan saudara aku..memang penat tak terkata kerja aku kat sna eh,sebab tak cukup tidur eh.bayangkan,mahu jam 5 baru tidur pastu bangaun jam 6 lebih..tidak kah tak cukup tue..huhuh..
sampai sahaja aku kat rumah saudara aku,tidur tures sehingga keesokkan pagi..manatap la penatnya nie..tak pernah-pernah aku tidur begitu lama..
oya,paling aku tak dapat lupakan ialah aku mengangkat pengantin lelaki ke pelamin,ada orang BAJAU kan..hheeh..
lihatlah gambar nie,


syukurlah semuanya selesai sudah,majlis pun uda berakhir dengan aman dan damai,hehehe..
selaamt pengantin baru buat saudaraku~!!