Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Tuesday, December 29, 2009

Sambungan cerita ayat-ayat cinta~

salam buat kalian,

seperti yang dijanjikn(janji ka tue aar?)hehe..saya akn menceritakn tentang sebuat kisah percintaan yang mungkin kalian tidak percaya namun inilah hakikatnya..

mulanya kisahnya...

kita mulakn kisah terus kepada bibit2 pertunangan mereka la ya,
Mereka sebenarnya di jodohkan oleh pak cik perempuan tue,bapa kepada perempuan itu ingin mencari menjodohkn anak gadisnya.Kebetulan pak ciknya ini mengenali seorang lelaki yang dilihat cukup syarat untuk menjadi suri hidup anak buahnya itu.Lelaki yang dimaksudkn itu adalah pak cikku yang aku panggil PAK CIK IJAM..hehehe..
pak cik ijam aku nie baru berumur 26 tahun dan sudah memiliki syarikat sendiri..kira pakej latue,tambahan lagi dia ini seorang yg kuat agama serta ahli tabligh kt beaufort..

pada suatu masa itu,dia telah dipanggil oleh pak cik perempuan itu datang ke rumah untuk berjumpa dengan keluarga pihak perempuan itu..kebetulan pada hari itu juga ada kursus perlu diurus olehnya,maka dia menjanjikan akan datang pada masa sebelah malam ke rumah itu.

setibanya di sana dia terkejut pula dengan hajat pihak perempuan itu yang ingin menjodohkan anak perempuan mereka dengan dia.Dia dengan meminta masa untuk berfikir seketika kerana dia pn tidak bersedia apa-apa pn.Dia memutuskan akan kembali berjumpa keluarga itu dengan perempuan itu sendiri..
sebenarnya dia tidak pernah mengenali perempuan itu malahan melihat raut wajah perempuan itu sendiri...

Pada hari yang ditentukan,maka dia pn bertemu kembali dengan keluarga itu bersama-sama perempuan yang ingin dijodohkan dengannya.Katakannya,jika dalam perkahwinan,perlu ada persetujuan kedua-dua pihak dan dia bertanya kepada perempuan itu ,"kau mahu berkahwin dengan aku?"..maka perempuan itu menjawab."iya" sambil menganggukkn kepalanya..maka pak cik ijam pn bersetuju..DAHSYAT~!!!!

mereka pn menetapkan tarikh2 akad nikah...

lihatlah,percaya atau tidak..
mereka tidak pernah bercinta,tidak pernah bertemu,tidak pernah melihat antara satu sama lain,
maka betullah kata orang,CINTA ITU BUTA~!!!
CINTA MEREKA ADALAH SELEPAS PERKAHWINAN..WAH!!!

Di sini aku titipkan sedikit wajah perkahwinan akad nikah mereka..






inilah cerita mereka,mula-mula aku seakan-akan tidak percaya dengan kisah mereka ini..seperti cerita AYAT-AYAT CINTA kn..tetapi bukan yg slot berpoligami tue ya..heheehE..

semoga mereka bahagia hendaknya,AMIN..

P/S:buat saudaraku,inilah ceritanya..maaf lama menunggu post yang ini ya..hehehe..

Friday, December 25, 2009

RAHSIA KASIH SAYANG BERDASARKAN BULAN

Januari
- Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
- Sukar setia pada yang satu.
- Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11.
- Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Febuari
- Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Kurang beremosi terhadap pasangannya.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan
-Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Persaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
- Berprasangka terhadap pasangan.
- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.
- Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2
- Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk dipujuk.
- Kurang suka untuk sentiasa bersama.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Cepat rasa bosan dalam percintaan.
- Kurang yakin dalam perhubungan.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7

Ogos
- Tidak serius dalam perhubungan
- Mengambil mudah dalam perhubungan
- Kesetiaan di ragui.
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sering bertukar pasangan
- Sukar mencari pilihan yang tepat
- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
- Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
- Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.

September
- Bersopan dalam hubungan
- bertolak ansur terhadap pasangan
- Suka mengkritik pasangan
- Sangat prihatin terhadap pasangan
- Sangat sensitif dan emosi
- Pandai memahami pasangan
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
- Amat memilih pasangan
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Sukar menerima pandangan pasangan.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
- Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.
- Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.

November
- Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Degil dan engkar dengan pasangan.
- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Tidak menghargai perhubungan.
- Sambil lewa dalam perhubungan.
- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.
- Kurang bersama dengan pasangan.
- Pasangan Ideal: 4, 7

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan
- Curang dalam percintaan.
- Kurang berkerjasama dengan pasangan.
- Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
- Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.

Saturday, December 19, 2009

BANTU AKU YANG NAZAK!!!!

adakah kalian sudi membantu diriku?

bagaimanakah caranya ingin aku melalui saat-saat perpisahan ini?aku seakan buntu mencari penyelesaiannya,aku sudah muak dengan semua ini..kesedihan,kesakitan,kekecewaan..
\

wahai kaliaN semua,BANTU AKU .......

Berakhirnya sebuah kisah

:kepada kau yang pernah aku cintai~

sudah terusai semuanya..
yang tinggal adalah titipan kenangan,
kau dan aku sudah berbeza
aku bukan lagi yang kau rindui,
aku tidak lagi kau cintai,
aku tidak lagi kau sayangi,
sungguh memilukan buat aku,mungkin tidak bagi kau..
hari-hariku sepi tanpa kau yang bernama BaBy..
selamat pagi cyg,
selamat malam cyg,
tidak lagi akan kembali kata itu..

kembali kepada kehilangan yang tak sudah
tiada lagi kata yang mamu di ungkapkan
hanya diam sepi entah kemana
hati tersentak lalu airmata jatuh menenangkan diri
aku rindu kan kau saat ini
aku teramat merasakan kehilangan
mungkin senyumku tidak semanis dahulu
tawaku hilang riangnya
aku redha atas permintaan mu itu


walaupun perit untuk aku menerima hakikat ini,
semuanya realiti bukannya fanntasi
kau berhak mencari kebahagiaan yang kau inginkan
aku tidak mampu memberikan kau pinta

kau hidup kau,
aku hidup aku..

Sunday, December 13, 2009

selamat pengantin baharu!

saLAm~

syukur alhamdulillah kerana selesai sudah majlis perkahwinan pak cik aku kat beaufort nie,lega rasanya badan kerana terlalu penat bekerja selama seminggu..huuh! aku sendiri tidak menyangka penah sebegini rupanya yang aku akan harungi sebab tidak diduga kedatangan aku ke kamupung ini rupanya bermotifkan menyelesaikan tugas-tugas pembersihan yang sebelum perkahwinan itu berlangsung..sungguh~

sebelum itu aku ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BAHARU kepada pakCIK IjAM dengan jodohnya yang dicari selama ini..


sebenarnya ada kisah di sebalik perkahwinan mereka ini,nantikan kisah tentang mereka ini di post yang akan datang..hehehe..tunggu ya~!!

Sunday, December 6, 2009

kahwin oh kahwin

Bertepatan dengan keadaan semasa,kini kita berada dalam musim orang membina masjid iaitu majlis perkahwinan.Tidak dinafikan lagi apabila masuknya musim cuti sekolah tidak kiralah cuti pertengahankah mahupun cuti hujung tahun,semestinya sekurang-kurangnya anda pasti menerima satu kad undangan ke majli perkahwinankan..BENAR atau TIDAK kata-kata hamba ini??jika silap perbetulkan aarr..hehe..
sungguh banyak undangan perkahwinan yang datang dan kita pasti mencuba berusaha untuk menghadiri majlis tersebut ATAUPUN setakat mengucapkan tahniah melalui sistem pesanan ringkas,sms..(itu pun jikakalau adalah~_).
aku pun dalam bulan ini sahaja harus mewujudkan diri ke majlis perkahwinan keluarga aku kat kampung.Permulaan sepupu sekali aku sebelah mama,kemudian sebelah beliau pula pak cik,dan paling akhir sepupu juga kat kota belud..fffuuuhh~!!!!
aku masih ingat lagi kata-kata ibuku jika kami beradik mengeluh tidak mahu menghadiri mana-mana majlis perkahwinan keluarga kami,

"Cuba kalau kamu pula yangberkahwin nanti,bayangkan tiada sorang pun saudara keluarga kamu yang datang menolong sebab time dorang ada majlis kamu tidak menolong..fikirkanlah.."

betul jugakan apa yang mam aku cakap tue..ish2!@!@!@!...

Wednesday, December 2, 2009

semuanya kerana apa?

terlalu asyik dalam kelekaan rasa,
terbuai hanyut melalui,
sehinggakan kau tidak merasa pada lantai dunia,
kerana terawang jauh di siling alam,
hanya satu rasa,
hanya satu nama,
saat tersentak merasa bahlul bodoh namanya,
penyesalan merelakan sesuatu yang luar pada batasan upaya,
aduh!!!
musnah semuanya tetapi sentiasa berulang kembali,
walaupun sedar sudah merasa namun berulang saja tanpa noktah..
kenapa insan?
hilangkah ketetapan di hatimu?
renungkan kembali,
nilailah semula..

Tuesday, December 1, 2009

perkahwinan saudaraku~

saLam~

kelmarin aku baru balik dari kota belud,selama 3 hari 2 malam aku kat sana kerana menghadiri majlis perkahwinan saudara aku..memang penat tak terkata kerja aku kat sna eh,sebab tak cukup tidur eh.bayangkan,mahu jam 5 baru tidur pastu bangaun jam 6 lebih..tidak kah tak cukup tue..huhuh..
sampai sahaja aku kat rumah saudara aku,tidur tures sehingga keesokkan pagi..manatap la penatnya nie..tak pernah-pernah aku tidur begitu lama..
oya,paling aku tak dapat lupakan ialah aku mengangkat pengantin lelaki ke pelamin,ada orang BAJAU kan..hheeh..
lihatlah gambar nie,


syukurlah semuanya selesai sudah,majlis pun uda berakhir dengan aman dan damai,hehehe..
selaamt pengantin baru buat saudaraku~!!

Tuesday, November 24, 2009

aku kembali~ceh!!

yeah~!
aku kembali dengan page yang berwajah baru..hehee..akhirnya,setelah sekian lama aku tidak mengaktifkan blog jadilah sebegini rupa.Tranformasi yang secara terus menerus ini mungkin adalah langkah baru buat aku menyumbangkan sedikit kudrat ke atas blog BACALAH UNTUK PENGERTIAN yang aku miliki ini...

sejak kebelakangan ini aku agak sibuk dengan study aku dan juga hati ini,tapi syukurlah selesai juga sesetengah masalah yang aku hadapi..Alhamdulilllah..

sedikit kata-kata yang entah kat mana aku jumpa,

~perubahan yang sedikit mampu mengubah seluruh hal tentangnya~

maka,
ayuh kita berubah...jom-jom..

Saturday, November 21, 2009

AKU akan kembali untuk berblog tidak lama lagi,aku sendiri tengok layar blog aku ini tidak tentu arah sudah..wahai kalian,nantikan akU,ceh~ceh!!..heheh..
aku sekarang sibuk nak exam tetapi still online la untuk tenangkan jiwa..perrgghh~!!!
haaaha..namun tidak selama masa aku dulu la..hanya seketika ya..

Thursday, November 19, 2009

si CANTIK dan SI BURUK RUPAmu




sungguh cerita ini sanggat indah jalan percintaaan mereka lalui,biarpun episodnya belum lagi habis tetapi jujur aku katakan di sini adalah AKU TELAH JATUH CINTA dengan c TIA atau nama sebenarnya Dhini Aminarti.

jika dilihat pada logik tentang cerita kisah si cantik dan si buruk rupa ini ada jugalah tidak logiknya namun semua itu telah disumbat dengan kata-kata cinta dan watak percintaan antara KENDIL a.k.a ARJUNA dengan si TIA..

Thursday, November 5, 2009

teruskanlah

kita punya cinta dalam hati,kerana itu anugerah ILlahi...
kebahagian adalah satu rasa yang seharusnya dimiliki oleh setiap insan..
kita sering kali mencari erti kebahagiaan untuk kita merasainya..
hanya seketika kita merasa mungkin cukup bagi insan yang kesepian..
siapa yang sudi berada di sisi kita tatkala kita amat mengharapkannya..
untuk menghiburkan hati yang runsing dengan pelbagai perkara..
inilah ragam manusia,
ada ketika itu mereka lupa untuk menghargai apa yang ada..
andainya esok masih sempat untuk mengingatinya..
apa?!!
esok adalah cerita untuk hari esok..
hari ini adalah mengisi rasa yang ingin ditadah..
teruskanlah...

Wednesday, November 4, 2009

apa lagi~

Aku sedih~!





aku sepi~!!




aku sendiri~!!!




rupanya semua begini..




seakan-akan tiada apa di sisi..




adanya aku,tiadanya aku...




semua sama..





kerana,




aku bukan sesiapa-apa...





aku kekasih pada nama..
aku kau sayang pada kalimah..
aku kau rindu hanya ungkapan...
aku kau lafazkan cinta hanyalah sandiwara perasaan..
apa lagi,
aku pun punya hati..
aku punya perasaan..
aku bukan INSAN yang kau ada hanya sekadar PEGANGAN..

Saturday, October 31, 2009

si empunya hati,bacalah..

ingin aku berpesan kepada kalian~

jagalah hatimu sebaik-baiknya kerana hati adalah punca segala perasaan yang membuatkan kita sama ada menajadi yang terbaik ataupun teruk seteruknya.Ada ketika sememangnya tidak di nafikan kita akan sering mempersoalkan keadaan diri kita yang terlalu lemah,maka hati menjadi sedih..usahlah mempermainkan persoalan yang wujud.Carilah suatu saat kegembiraaan dalam hidup kita untuk kita mengembirakan hati yang bersedih...pujuklah hati kerana hanya diri kita sahaja yang mampu melakukannya bukan orang lain..

kalian,
kala hati sedang bersedih adakah sesiapa tahu DIA sedang menangis?
di saat DIA meraung-raung untuk melepaskan kata yang terpendam siapakah dengar?
si hati sering bertanya siapa yang memberi jawapan?

tidakkah DIRI kita sendiri yang mengerti..
kita lebih arif hal si hati..
kita paling dekat dengan si hati..
maka,jagalah si hati..
pasti DIA akan bergembira kerana hanya kau yang tahu..mereka tidak akan tahu mahupun ingin tahu..

bacalah untuk pengertian~

aduh hati sedang...

aduh sungguh menyedihkan wahai kau hati..
kau perlukan belaian manja dari DIA..
kau perlukan perhatian daripada DIA..
kau sangat inginkan dia memberi kau semangat untuk berjaya daripada DIA..
tapi,
segalanya hanya angan yang tidak akan kau dapat kala sedar..
hanya tangisan menyejukkan hatimu..
hanya pujukan sanubari memujuk dirimu..

siapa aku pada kau????
siapa aku??
sungguh aku terpaksa menahan segala perit kata disisi..

lalu,
si hati pun berkata..
andai ada peluang untuk aku lepaskan..
aku lebih rela daripada aku terseksa..
biarkan aku sendiri mengubati..
biarkan aku sendiri mengerti..
kerana,
esok..
lusa..
entah bila pasti kau tidak akan memahami..
tidak akan mau mengetahui..

Monday, October 26, 2009

ayah,abah,daddy..mana cintamu???

tidak terkata..
hanya itu yang mampu diperkatakan..
terlalu hebat kuasa cinta..
terlampau dahsyat bahana terasa..
cinta ibu pada matanya..
cinta kekasih pada perhatiannya..
namun,
cinta ayah apa buktinya?
bertanyalah sang pemikir..
lalu aku berkata,
cinta ayah pada usahanya..
lihatlah!
perhatikanlah!
pasti kamu akan mengerti..

Tuesday, October 20, 2009

kobarnya hati bila bernada~

ayuh teman ayuh kawan..
laungkan kata hatimu,teriaklah pada nada..
usah hanya pendam segala bicara..
pada siapa lagi mahu dengar?
Dia,Kau,Mereka....???
tidak mungkin..
tidak sesekali..
hampir senja rasa di hati..
pada titisan rasa entah di mana...
selama kau pendam adakah DIA itu mengerti?
tidak akan dan tidak mungkin..
lepaskan kata..
lepaskan bicara..
pasti ringan..
harusnya tenang...

Wednesday, October 14, 2009

lagu,melodi,lirik,kenangan?

lagu dialunkan seirama susunan melodi indah...
ada apa pada lagu asyik berkumandang...
baitnya sama berputaran berulang..
melodinya?
mungkin..
alunan asyik mengasyikkan..
seakan-akan ingin menyampaikan sesuatu..
lalu,
yang indah itu pada apa?
masih tercari,
lantas aku berkata..
lagu ini indah kerana kenangan..
lagu ini menyedihkan disebabkan kenangan..
dan,
kenangan diceritakan pada lagu...

buanglah kemana sahaja,
pasti tidak akan luput hilang iramanya..
lagu tidak hilang kerana hati masih ada...
lagu tercipta kerana hati..
hati tenang kerana lagu..
lagu indah kerana hati..
tetapi hati menangis kerana??????

Tuesday, October 13, 2009

streeeeeesss~!!!!!

apa tidak kau stresss..~!!1
mana g kau mau pkir pasal exam ko,pasal dunia,lagi tambah aku sakit pasal mp3 hilang~!!!
aarrggghh~!!!
oh tidak,perasaan kian mengemuncak tetapi dapat dikawal dengan hati yang tenang..nasib sekarang kurang udala kalau tidak habis..huuuu..

ya ALLAH,hamba-Mu INI Tidak mahu bersendirian..bimbinglah aku~!!
amin~!!~

Sunday, October 11, 2009

~raya aku~



aku,
mohd madzuan shary sedang bergaya dengan baju raya ku~!hahaha..
post maut nie dari aku kala takbir sudah berkumandang..

Wednesday, October 7, 2009

asyiknya

Sepi tidak sesepi sebegini...
sunyi terasa tatkala sunyi mula menghantui waktu..
lalu,
berfikir si pemikir..
bertanya kepada persoalan..

timbul keinginan...
mahu atau biarkan..
ya atau tidak..
andai di beri dua kali penilaian,
pasti tersenyum dalam pertanyaan..

asyik sekali kita begini..
apa ada jawapan pada persoalan..
asyik sekali..

Saturday, October 3, 2009

hanya ketika waktu..

saat semuanya dalam kelekaan...
tenang..
aman..
riuh dengan kegirangan..

hanya,
seketika waktu,
berubah sekalian alam,
berubah wajah..

berteriakan..
tangisan..
lenteran raungan si ibu,si anak,si bapa,dan si sekalian..
....
....
hanya ketika waktu,
segalanya berubah..
segalanya hilang..
segalanya ranap..
yang tinggal,
RANTAPAN si kalian~

Thursday, September 24, 2009

BILA SI TUA BERKATA..

kata si tua,
“nak,itu kubur adik saya..Atuk kau punya sepupu sekali..”

kata si pemuda,
“Oo,sepupu atuk..maknanya pak cik nie sepupu atuk la kan?”

kata si tua,
“iya nak,jangan lupa doakan untuk arwah juga ya nak..Atuk kau juga itu..”
sambung si tua,
“saya nie tak tau berapa lama lagi dan bila-bila masa saja,mugkin raya tahun nie kita berjumpa tapi tahun depan??”

.............................................”

masa,
waktu,
menjamu waktu si tua..
si muda masih tersenyum kegirangan namun si tua merenung..
pada pandangan,
pada penilaian,
apa keputusan???

Monday, September 21, 2009

RAya kembali~!!

sAlAM~
AIDILFITRI..

YEAH~!!!
HARI RAYa KEMBALI..ALhamdulillah akhirnya kita ketemu kembali Aidilfitri...
hari nie raya ke-2 sudah..gempak jugalah raya aku tahun nie,syukur kepada Tuhan kerana menanugerahkan hari yang paling indah dengan suasana yang mantap lagi mantap.hahaha..
aku sekarang ini berada kat kampung aku di kota Belud,kampung sebelah mem aku..
penat juga la beraya dan kenyang~!!
hahahaa..
besa la tu,raya kn berabis la tp agak2 la jgk..

Wednesday, September 9, 2009

IA itu apa?siapa?...

setiap masa waktu dan saat kita sering kali dengar mereka berkata tentang IA..
mereka kata IA sangat indah sehinggakan mampu membawa kita diawangan..
dia cakap IA sangat menyakitkan..
kamu beritahu dia,IA hanya mempunyai satu aura yang amat hebat..
dia beritahu kami,IA kadang kala hanya maianan duniawi..
hebat sangatkah IA ini?
mampukah IA mengubah segalanya?
mengapa IA wujud dalam kehidupan kita?
haruskah hadir IA dalam dunia?

aku hanya berkata,
IA ADALAH CINTA..
CINTA OH CINTA.....
ADA APA PADA CINTA?

_Carilah pengertian_

Monday, September 7, 2009

18 RAMADHAN..

18 Ramadhan..

ALhamdulillah bersyukur sehingga saat ini aku masih bertahan dan berupaya menunaikan ibadah puasa..syukur la nAK..hehe..
Pejam cilik,pejam celik Aidilfitri semakin hampir dengan kita manakala Ramadhan semakin mengundurkan waktunya pergi untuk seketika.

KITA selalunya mengharapkan waktu itu pergi dengan sepantas yang boleh kn,sejujurnya tanyalah diri..sudah pasti jawapannYA adaLAH YA..Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum berlabuh tirai waktunya,jika di hintung dengan jari jemari hanya tinggal 12 hari saja lagi..waahh~!! tidak lama lagi syAWAL..yeeeaahhh~!!!.TAPI~!!...

Saturday, September 5, 2009

bila terkenang~

buat yang terdahulu,

terima kasih wahai sang bulan..
kerana menemani aku selama ini..
kini aku tidak lagi sesepi dahulu..
ada dia menemani aku..
di saat kesedihan dan kegembiraan..
selamat tinggal sang kecewa..
kini aku tinggalkan kau buat selamanya..
setelah aku temui sang bahagia..
namun aku tidak akan lupa jasamu..
mengajar aku erti hidup..
teruskanlah menyinari alam ini duhai mentari..
kerana kaulah aku masih hidup dan meneruskan hidup..
sinarkanlah lagi kegelapan dahulu..
wahai sang bintang,
tetapkanlah kau di sana..
bersinar berkedipan..
sebagai tanda dia masih di sisiku..
yang mencintaiku..
untuk selamanya..


bial aku jenguk2 kat post lama aku,tetiba aku terbaca satu post yang dpernah aku tulis..perrrgghh~!! MANTAP ayat nie seakan-akan ada aura yang mampu membuatkan aku bersemangat terus nie..kalau tak percaya bacalah dengan sepenuh hatilah..baru terasa nikmatnya..
wah~!!

Tuesday, August 25, 2009

cerita di bulan ramadhan~

saLam ramadhan~

hari ke-4 berpuasa..

syukur alhamdulillah aku still masih berpuasa dan insyaALLAH akan berterusan dan berkekalan sehingga 30 Ramadhan...amin..
ah,aku ada nak ceta kat sini nie.Nak dengar ka?nak la..hehehe..

ok,hari ini merupakan hari pertama aku pergi ke UNITAR dalam keadaan berpuasa,bermakna berada di bulan ramadhan la.Bagi aku tidak la seteruk mana pun,lagipun tidak ada gangguan juga kan..hari ini nasiblah cuma satu kelas sahaja dari jam 8-10 pagi tadi.Esok pula ada 2 kelas,iaitu jam 12.30-2.30 dan 2.45-4.45 petang,makanya aku kena harungi juga la..hehehehe..
oya,berkaitan denga cerit yang ingin aku kongsi kepada kalian sebenarnya tidaklah heboh mana pun..hehe..
begini cetanya,
ketika kelas aku habis kira jam 10 lbh begitu,maka aku n member yang len stay aa kat depan Unitar seperti biasa,eh tidak..kalau seperti biasa ada penangan rokok-rokok lagi tapi tadi berbeda,stay macho ja semua.
dalm kami bergerak secara kumpulan sebab mahu mencari tempat stay untuk berbincang tentang assignment yang perlu kami buat,aku pun seperti biasa berada kat belakang mereka sebab memang aku begitu.

tup tup tup bercerita,tetiba member sorang nie macam merapu..dia kata begini,
"ging,jangan la ko begini ging..depan member jangan la buat begitu.."
aku pun menjadi hairan tapi slumber ja..hahaa..
sekali diam-diam kami,kawan yang merapu tadi mulalah bercakap dengan kami pasal hal tadi dia sama kawan sorang tu berbincang.Rupanya,kawan yang tadi tu mau merokok pula..ceeeHHH~!!..tidak puasa la pulak..duina..
terus kami cakap la,yang member tu mungkin bergurau ka,main-main sebab biasa la kita nie kan,bergurau ja lebih..terus kawan yang merapu tu kata dia kena ajak stay kedai makan lagi..hohohohoho...adui..DAHSYAT~!!

oo..pasal puasa la pula nie...manusia oh manusia..dunia oh dunia..
aku tidak hairan la..bukan semua kita sama 100% kan..terpulang kepada individu,tapi yang membuatkan aku terasa sedih nie pasal DIA tak puasa hal DIA,tapi DIA mau bawa orang yang berpuasa untuk join dia sekali..ini hal dunia~!..buat dosa tu pn buat la sendiri..kenapa mau diajak orang juga?takut tiada kawan ka mau buat..apala~!!

pesananku,
fikirkanlah..
renungkanlah..
bukan kita tiada otak..
bukan kita tiada asuhan..

Friday, August 21, 2009

..ASUS~!!!

aduh-aduh.......
sekarang tengah hangat tentang H1N1 kan,tetapi aku sekarang tengah kemaruk nie..hohoho..bukan kemaruk nak bercinta,tetapi kemaruk nak memiliki NOTEBOOK a.k.a LAPTOP aa..huuuu..
nak tengok notebook idaman kalbu?..
beginilah rupanya,





sebenarnya ini bukan yang real punya aa,cuma nie aku tengok kat site ja..aku mula terpikat dengan Note nie ketika aku pulang ke kampung halaman aku kat BEAUFORT..aha,pak cik aku ada note begitu,jadi aku pun tertarik dengan rekaan dan kelebihan yang ada pada Note itu..wahhh~!!!mantap..~!!
baru-baru nie lagi kau baru pulang ke kampung,pak cik aku yang satu lagi pun memiliki Note yang serupa..perrrrggghh~!!..lagi hati aku tak tahan..hoohohohoh..






nah~!!
hati sepa yang tak tahan bila tengok benda yang di inginkan berada di depan mata..aduh2..
Biarpun nama ASUS baru aku kenal tetapi sudah cukup untuk memikat aku..hahahaa..pelik namanya kn..ASUS..Tapi mantap jon~!!
kumpul duit,kumpul-kumpul..
bila aku turun ke bandar,aku mau tengok harga Note nie di pasaran..baru dapat anggarkan duit yang perlu di sediakan untuk memiliki Note ASUS..YA asus~!!!

Saturday, August 15, 2009

senyum~




teruskan pada senyuman walaupun hanya sesaat..
kerana senyuman mu lebih bermakna daripada tangisan...~

~adidasku...





inilah kasutku yang aku beli dengan harga rm0..ah?rm0..kenapa aa??sebenarnya aku dapt percuma ja kasut nie daripada bos team aku,team yang pada mulanya di beri nama HIGHLANDER bertukar kepada PEMUDA UMNO dan bertukar lagi sekali dan terakhir kot kepada SHARKS~!!..Jerung tue..hahaha..
alkisahnya aku dapat kasut nie sebab aku tidak ada kasut time tu..aku pun tidak ada beli kasut yang bagus sebab aku pencen uda men rugby nie(kunun)..hahha...maka aku turun ja la tning..dorang bawa kan..aku ada kasut bola juga time tu tapi usang uda..hohohoh..seingat aku tak silap jenama KRONOS ka kalau tak silap la..berbalut dgn solitap-solitap wayar..last-last kasut tu pun hancur..hohoohh..tak boleh diselamatkan lagi..kebetulan time tue mau ada game jadi aku bagi tau la kat kawan tu,terus dia jumpa manager cakap aku minta kasut..hohohohho..
kena bagi juga la kasut,aku ingat kena bagi pinjam ja,lama-lama aku waris la..hahaha..

sayang juga aku sama kasut nie walaupun bukan aku yang membelinya tetapi aku yang memakainya..hhehhee..best pakai kasut nie..tak tau kenapa aku sayang sama kasut nie..hairan kn~?

teruskan pada......

1,2,3,4,5 dan seterusnya...
teruskan pada pembilangan..
mengira tanpa henti..

A,b,c,d,e dan seterusnya..
bacaan abjad pada nadanya..
menyusun bilangan kata..

apa,mengapa,siapa,bagaimana dan seterusnya..
persoalan dan pertanyaan..
mencari makna dalam jawapan..

semuanya akan terus berlalu..
tanpa henti..
yang mampu meghentikannya adalah,
MASA..

Thursday, August 6, 2009

aku kat mana~!?

jika kamu bertanyakan aku menyambung pelajaran kat mana,jawapannya:





ya,kat sini aa UNITAR KOTA KINABALU..
Aku tidak dapat menyambung pelajaran aku kat UMS sepertimana yang aku impikan selama ini.Seperkara lagi,oleh kerana result stpm aku tidak memerangsangkn makanya aku terpaksa ambil FOUNDATION IN MANAGEMENT..
kepada mereka yang selama ini tertanya-tanya ke mana aku sekarang UNITAR yup~!

Alhamdulillah setakat nie tidak ada apa-apa masalah kerana masih dalam minggu pengenalan tentang keadaan belajar di UNITAR..so harap hari-hari yang akan datang insyaALLah TIDAK mendatangkan masalah kerana aku yakin dan pasti masalah itu datang sebagai ujian bukan sebagai bebanan..

Sunday, July 26, 2009

membakut ke kuala penyu~


K


hehehehe,ramai teman bertanya kan kat mana aku dalam gambar nie..aku kat bot menuju ke kuala penyu..dari membakut nie yo..best jgk aaa..angin sepoi-sepoi bahasa.Perjalanan menyeberangi tidak sampai 5 minit..sekejap ja kan..hehehe..

Friday, July 24, 2009

Thursday, July 16, 2009

cerita aku 2!

"....JANGAN BERSEDIH MADZUAN!!"

itulah kata-kata yang mampu kau ucapkan pada diri aku sendiri di atas apa yang berlaku.Aku sehinggakan saat ini masih merasakn lagi keadaan seperti ketika aku mendapat tahu tentang kemasukan aku untuk ke IPTA adalah MENDUKACITAKAN.~!!!..ditambah lagi dengan rayuan yang aku buat selepas itu menambahkan lagi peritnya rasa..
APAkeadaan kawan-kawan aku yang dapat masuk kat u??bagaimanakah hari-hari mereka??
pasti pertama adalah senyuman kegembiraan kemudian senyuman kelapangan dan seterusnya?

HAAHAHAHAHAHAAHAHAHAAAAAA~!!!!!!!!

Aku di sini ketawa dalam tangisan..tetapi dalam hati la aa..aku merasa sangat kecewa dengan apa yang telah berlaku tetapi aku juga kena redha dengan atas apa yang berlaku kerana bukan semua itu yang kita harapkan...seribu sejuta semilion kekesalan...
mereka sering nertanya..."..MASUK MANA LA KAU?"..Apa aku mahu menjawab??

cerita aku 1

kawan-kawan aku yang lain sudah dapat masuk UNIVERSITI..mereka dapat mengejar cita-cita untuk masuk ke U kemudian mencapai segulung ijazah yang diidamkan sejak kecil lagi..
tapi aku,duduk di rumah sesekian lamanya..buat perut..hahahaa..

seringkali teman aku mengatakan "...keja la maz..keja la maz.." tetapi aku hanya menangguh2 apa yang mereka katakn i2 dengan memberi segala alasan atau hanya berdiam diri...
sejujurnya aku akui yang aku sendiri tertekan dengan keadaan aku sebegini rupa tiada kejadiaan,sehinggakan aku sendiri pun tak tau apa lagi ayat yang mampu aku perjelaskan...

mereka hanya mampu berkata,tetapi tidak dapat merasakannya~!!

saLAm buat semua~!!!

UH!!!

SEbegitu lama aku tidak aktifkan blog kau ini.TeraSa rindu la pula mahu mencurahkn kenyataan hati yang terbuku.hehehe..walaupun aku selalu sahaja online kat rumah tetapi aku hanya masuk jenguk blog aku melalui home google ja..tak tahu la kenapa begitu,mungkin aku belum ada keupayaan untuk log in kot..eh,keupayaan ada tetapi usaha itu yang takda..hahahaaa..

insyaALLAH aku akan terus bergiat untuk berbLOG selama aku masih mampu dan terdaya,sudah ada banyak idea yang ingin dicurahkan nie..hahhaaa..insYAALLAH..

Tuesday, April 28, 2009




ahaaa,
mari2 tengok sepa ada kat gambar tu aa..hehee,itu adalah aku la,yang pakai jersi numbor 28..tengok betul-betul..

ini gambar terbaru aku aa,dah gedempol aku sekarang ini..hahahaha..

Friday, April 17, 2009

entah..

hidup tidak sebegitu indah..




aku...




kau...




tidak ada yang berbeda...





antara ya atau tidak...

Sunday, April 12, 2009

DOAKU PADA-MU

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Dia milikku, tercipta untuk diriku

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat PadaMu

AMIN..AMIN..

atas nama cinta..

post pada kali ini adalah tentang sebuah lagu yang amat mendalam maknanya.Inilah lagu dari Rossa yang bertajuk ATAS NAMA CINTA..
kalau kalian fahami bait-bait kata yang diungkapkan salam lagu ini,inilah persoalan dalam hati tidak kira dia seorang lelaki mahupun perempuan..hakikatnya,kesetiaan yang teguh kerana CINTA..


Aku wanita……
Yang punya cinta dihati
Ada dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu tlah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta
Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu dalam ikatan tanpa cinta

Atas nama cinta hati ini
Tak mungkin terbahagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta kurelakan jalanku merana
Asal ngkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu dalam ikatan tanpa cinta
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbahagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau

Atas nama cinta
Atas nama cinta kurelakan jalanku merana
Asal ngkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

BAGI mereka,bacalah untuk pengertian kerana ada makna di sebalik barisan kata...

Wednesday, March 25, 2009

waktu kini

dahulu
kini
dan
mungkin masa hadapan...


tiga waktu yang membuatkan kita berfikir lebih daripada biasa.Keadaan ini membuatkan kita merasa amat penat kerana terlalu mengambil tenaga untuk memikirkan tentang 3 perkara tersebut.

DAHULU..
apa yang kita fikirkan tentang dahulu selalunya tentang kenangan dan perkara yang pernah berlaku dalam hidup kita.Semua yang berlaku pada waktu itu tidak semuanya indah untuk dikenang walaupun semuanya yang selalu kita kenang tentang DAHULU adalh suatu kenangan yang indah saja kan.Hakikatnya tidak,ada ketika kita akan terfikir tentang satu perkara yang amat memeritkan dan menyedihkan dalam hidup kita.

kINI..
Kini adalah sekarang dan sekarang adalah kini,kita akan harus menempuhi yang ada kini untuk teruskan perjalanan kehidupan kita yang di lalui.

Thursday, March 12, 2009

kata hati..

seringkali kita berdiskusi dengan diri kita tentang apa yang kita mahukan dalam kehidupan yang kita tidak tahu apa yang dihujungnya.Ada ketika juga kita mengeluh dan mengeluh entah mengapa.

ada hati berkata TIDAK untuk meneruskan semua ini,tetapi ada hati juga mengatakan HARUS untk menempuhi semua ini.

bergantung pada diri,berjalan pada hati,bergerak dengan sanubari...


"kita sering mengharapkan sesuatu yang terbaik tetapi kenapa kita tidak berusaha untuk yang terbaik?"

Tuesday, March 10, 2009

untuk semua kalian..

alhamdulillah,semuanya telah ada jawapan daripada segala persoalan..apa-apa pun kita harus menerima realiti semuanya tanpa ada rasa negatif dalam diri.Memang kita akan merasa sangat hiba atas apa yang berlaku sehinggakan kita mampu hilang pertimbangan,namun usahlah sebegitu..apa yang mampu aku katakan di sini adalah,terima dan munasabah diri...berfikiran secara tenang dan jangan biarkan emosi menguasai akal pemikiran kita...hadapilah semua ini dengan senyuman walaupun perit untuk kita...teruskanlah hidup wahai sahabat,bukan ini noktah kehidupan....


buat temanku,
BACALAH UNTUK PENGERTIAN KERANA DISITU ADA KEPASTIAN...

Friday, February 27, 2009

bacalah untuk pengertian logo




yaaa..
inilah logo blog aku..
untuk memperkenalkan saja aa..
hehehe..

Friday, February 20, 2009

salaaammm.

salam,
lama sudah aku tidak update aku punya blog nie,rindu la plk..huuuu..bukan aku dah lupa nak update tapi masa tu tak ada la..tapi dalam kesibukan itu aku turut mencari ilham untuk aku terus berkarya dalam dunia bahasa..minggu lepas aku ada di tanya oleh seorang teman kerja aku sama ada aku tengah patah hati kerana cinta atau tidak..dia mengatakan sedemikian sebab dia melihat aku terlalu pandai bermain kata-kata (bukan masuk bakul angakat sendiri aa..)..aku pun tersenyum la mendengar dan aku tanya dia satu soalan dengan dia,`adakah seseorang yang pandai bermain kata ini seorang yang dalam kekecewaan??`..nah,berfikir....

lalu aku memberitahu dia bahawa,setiap apa yang kita pandang itu adalah sebuah kata-kata yang mampu untuk diberikan dan dicipta tetapi bergantung kepada seseorang itu untuk menyusunnya agar lebih bermakna..tidak semestinya mereka yang berkata-kata pujangga adalah mereka yang kecewa tetapi mereka adalah seorang pemikir yang hebat..

Saturday, January 17, 2009

mari-mari ke zone berfikir..

ya..
saLAm buat kalian..
sekarang ini mari kita ke ZONE BERFIKIR..

ok,AKU wujudkan zone ini kerana aku mau kita sma2 berfikir tentang sesuatu yang perkara yang luas pada pandangan tetapi sempit pada pemikiran..

BACALAH,

1.mengapa kita perlu diam tatkala hati merasa ingin menyatakan sesuatu yang amat berat untuk di tanggung??
-persoalan ini timbul kerana ramai di antara kalian mungkin ada sesuatu yang ingin di nyatakan tetapi amat payah untuk menyuarakan..betulkan..

2.kadan-kadang apa ada pada hati tidak sma dengan akal.Perbezaan inilah menyebabkan kita terpaksa membuat pilihan kan..jadi,mana yang perlu dituruti...sma ada kata hati atau kata akal???

buat masa ini cukuplah untuk dua sahaja,dan harap kalian dapat memikirkannya dan mencari jawapan atas pengertian..nanati di post yang akan datang insyaAllah aku akan memberi tentang apa yang aku fikirkan..ok..

salam perpisahan untuk pengertian..

_bacalah untuk pengertian_