Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Thursday, July 11, 2013

coretan buat ila...

coretan bidadari syurga jelmaan dunia

tersenyumlah dan senyumlah
hari ini akan lebih membahagia apa yang tidak pernah kau lalui
setiap liku perjalanan hidup yang kau tempuhi,kau keseorangan...
hampir saja kau mengalah namun Tuhan tidak mengizinkn kau
saban waktu habisnya hanya melayan dunia yang terlalu sibuk
sampai lenamu lelah bermimpikn kepenatan
siapa tahu,
saat hati telah menguis-guis sunyi,kau merintih
usah kau tipu pada kata hatimu
malam mu acapkali berlinangkan airmata membasahi jiwamu
doa memujuk diri melembutkn hati terus bersabar akan semua ini
disampingmu adalah tuhan yang ada denganmu
janganlah menangis lagi,kesat semua airmatamu
agar kau lebih kuat menghadapi semua ini

selepas ini,
kau akan bersama dengan malaikat insan
yang halal bagimu imam untukmu
setelah selama ini kau doakn,tuhan kabulkn
dia beri apa yang kau minta
kehadiran dia akan lebih memaknakn hidupmu dan dirimu
lupakn akan kisah lalumu
buang saja apa yang berlaku
hargailah dia dan taatlah padanya
syurga ada padanya impian setiap insan dimuka bumi ini

selepas ini,
dimensi duniamu sudah berbeda
berbeza dan berlainan
tidak akan sama seperti terdahulu
dulunya kau sendiri,kinikau ada dia
dulunya tanganmu mengesatkn airmatamu sendiri,kini tangan dia menghilangkn semua 
dahulunya kau doakn akan kehadirannya,kini dia ada disisimu dan disampingmu selalu
tuhan beri apa kau minta seperti mana doamu terdahulu

hari ini,
berbahagialah dan bahagialah 
itu adalah hak kau untuk punyai ia
hak yang setiap insan punya tapi miliki belum tentu

suatu pesan buat ila...

bidadari syurga jelmaan dunia

kuusap lembut pipiku membelai lembut biar kasih
seakan memujuk agar tidak berkeadaan sebegini
hakikat dunia inilah realitinya 
rentesan keadaan sekalipun tidak mampu mengubahnya

keperibadian yang ada membutakn mataku 
seharusnya kau tidak perlu wujud di dunia yang nestapa ini
biar kau duduk di mahligai indah terus mengukir senyuman
kerana kau bidadari syurga 
yang terjelma di dunia dikirimkn tuhan agar merubah hidup seorang insan
kaku lidah bicara tidak mampu ku jelaskn
asyik sahaja apa yang ada ku kira adalah kurniaan tuhan
jagalah dirimu bidadariku
aku tidak mampu bersama denganmu selalu 
kini aku akan tidak bersamamu lagi
kerana kau miliki malaikat yang membuka pintu syurga itu
merenjiskn haruman syurga
dia tercipta untukmu,kau tercipta untuk dia 
sebegitu adam dan hawa

bidadariku,
pernah aku nyatakan pada dunia bahawa ia akan menjadi milik kita
namun sedangkn taman kialilul itu tidak mampu aku siapkn
apatah lagi lembah kialilul yang terkontang kering
masakn dunia ini mahu aku miliki bersamamu
ternyata terdahulu ada seorang malaikat jelmaan insan datang menyinggahmu
kala pintu itu masih terbuka kau bukakn,siapa ketuk masuklah
sedang aku melihat pintu itu terbuka dan bertanyakn sahaja
tetapi malaikat insan itu lebih memiliki apa yang aku tidak miliki

bidadariku,
lihatlah pada langit yang luas itu
ada karyaku aku catitkn disana untuk titip kau
sengaja aku catitkan disana buat sementara
hanya seketika kerana selepas ini kau berada di dimensi berbeda
itulah ukiran yang terindah pernah aku ciptakn 
hanya untuk bidadari jelmaan dunia sepertimu
bacalah
usah risau jangan khuatir,
hujan nanti pasti turun untuk memadamkn karya itu
kerana ia hanya seketika sahaja untuk kau mengerti

bidadariku,
berbahagialah pada apa yang kau miliki dan jagalah
selagimana taat dan setia itu kau kenali,
insha Allah syurga itu pada untukmu
bergembiralah 



pesanan buat ila...

1.tuhan jagakan dia

aku tidak selalu berada disampingnya mungkin pada sukma itu degup rasanya
hanya melalui perantaraan aku lebih mendekati dan mengetahui keberadaannya
silau pagi menyengit pada yang malam,selamat pagi cinta
mengalihkan malam yang gelap,biarkan kisah malam adalah cerita kelmarin

wahai jiwa yang tenang dan bahagia
binalah sebuah impian yang menganjakkan kau untuk berusaha
untuk siapa pada siapa,berharaplah pada yang satu
susur silur perjalanan yang entah apa akan jadi kita terus terokai

tuhan jagakan dia,
agar keadaan itu biarlah baik sahaja,kesenangan dan kesusahan hanya Engkau tahu
sedang makhluk yang bernama insan ini akan sentiasa bertanya akan apa pada kejadian
doa aku titipkn bersama kepilan harapan dan impian buat aku dan dia
ketika ini biarlah kami usahakan apa yang untuk dikecapi
sambil mata sayu ini melirik ke imaginasi masa hadapan,indah seperti tulisan

tuhan jagakan dia,
tatkala dunia ini semakin tua dimamah usia masa
penentunya hanya sabar menyisip diiringi doa yg tidak pernah putus
sekembali aku nanti akan membawa sebuah impian yang kita doakn
yakin dan percayalah
semuanya akan baik-baik sahaja