Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Wednesday, June 30, 2010

Buang bayi,sungguh aku marah!

sungguh kejam manusia pada masa ini.Shary terasa amat marah dan sedih atas perbuatan manusia kini.Manusia tidak merujuk kepada semua makhluk yang digelar manusia tetapi manusia yang hina dan entah apa lagi mahu digelar mereka ini.

Siapa tidak marah dan merasa sedih bila mendengar berita dan cerita tentang kes buang bayi ini.Lihatlah,manusia masa kini sudah kembali ke zaman jahilliah yang sangat-sangat jahil dan tidak berperikemanusian.

Inilah zaman jahiliah moden.

di sini shary ini menyuarakan cadangan la,

kalau korang tidak mahu menjaga bayi itu adalah lagi baik korang bagi kat mereka yang mahukan anak.Bayi itu manusia juga bha,makhluk tuhan.Bayi itu tiada dosa pun wei,yang berdosa dan teramat berdosa kamulah(merujuk kepada mereka-mereka yang terlanjur dan mengandung lalu melahirkan anak).Cukuplah dosa yang kamu buat tue dan bertaubatlah wahai manusia bodoh! Biarlah bayi yang dilahirkan itu menjadi manusia yang baik dan hidup sebaik-baiknya.

pesanan shary,
berfikir sebelum melakukan,ingat sebelum dan selepas.

Friday, June 25, 2010

wajah baharu

salam buat kalian,

shary ingin memberitahu nie bahawa blog "bacalah untuk pengertian" telah berwajah baharu.yeah!!

akhirnya shary telah mencapai hajatnya untuk mengubah blog ini setelah sekian lama usang dengan tapuk lama.

shary harap kalian dapat menerima perubahan yang simple ini.Shary juga ingin berubah dan akan berusaha untuk mengubah segalanya.Zaman kegelapan shary sudah tiada,sukuplah apa yang pernah berlaku dan shary ingin melakuka rombakan besar.Doa2kn shary ya..

Monday, June 21, 2010

aku tidak untuk mengiyakan

tolong usirkan kekalutan yang meyilat pada kalis diri ini
tatkala semuanya telah terurai pada leraian yang tidak terjangka
aku memaksa rasaku yang menekankan hati untuk menerima
walhal semua itu pada luarannya tidak seharusnya wujud dalam kehidupan
pada keriuhan yang melimpah aku tetap merasa kosong pada kata
ya tidak adalah jawapan untuk soalan yang diajukan
apatah lagi di saat kesepian kerap kali menyibukkan waktunya untuk menemani aku,
sungguh menghibakan tetapi aku mengawalnya dengan penuh kesabaran
kepetahan aku tiada lagi pada pentas perbicaraan
kegilatan aku pupus di medan teater kehidupan
aku khuatir
aku takut
hanya kerana perasaan ini menhancur waktu yang sepatnya indah untuk aku lalui
sudahlah wahai aku,
percayalah bahawa hidup ini indah hidup ini seharusnya bahagia walaupun tidak sesempurna mereka....

Friday, June 11, 2010

shary ada kasut baharu..hahahaha..

perkenalkan,
ADIDAS BECKHAM DOWERK..Yeah!!!


hahahaha..inilah kasut terbaharu shary,macam mana? smart ka? puji la ckit..heheheh..(malu i tau)..

tapi disebalik kebaharuan kasut ini,ada cerita juga la time shary mahu pergi beli kasut ini.
Dah habis round kat semua kedai,asal ada kasut yang shary minat tidak ada saiz la pula..itu sahaja masalahnya,saiz tidak ada..huhuh...hampa juga la..tetapi shary tekad nak cari kasut baharu nie..
makanya,jumpa la kasut ini..





kisah bermula,time shary tengah try-try la kasut nie kn terus ada suara sumbang dari kawan shary kata
"kasut nie ngam bawa pergi potong rumput kn"...
wei kawan,apa ko fikir ini but getah ka? tiaw Lu..tak cukup ngan potong rumput,dia kata lagi
"...ada lagi,bawa pergi bersawah..."
tup tup tup, terus shary buang muka ambil kasut ini dan bayar kat kaunter..


nasihat shary,kalau mahu bawa kawan pergi shopping atau cari barang kan lebih baik cari kawan yang betul-betul kawan..yala,memanglah bunyi macam bergurau tetapi itu melebih-lebih pula..
Buat kawan tue, last la kau aku bawa beli barang n shopping..tiada guna betul!!


ah apa-apa pun,aku tidak peduli dah katanya itu..bukan aku minta kau bayar kan untuk aku..ini duit aku sendir bha..hasil aku tahan duit aku..len la cerita kalau asyik meminta kat family jak..malu juga kn..tuela,lenkali susun ayat tue baik-baik sebelum berkata-kata...

sekian...