Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Saturday, November 26, 2011

kerana ku sanggup

seringkali kita dengar mereka berkata bahawa, Jika kita betul-betul inginkan sesuatu atau membuat sesuatu itu pasti kita akan dapat Jika kita Sanggup..ermm,benar atau tidak? katakan sahaja Ya!

Dinihari ini aku acapkali mendengar lagu KERANA KU SANGUP,memang terbaik la lagu itu.kena-kena lagi penyanyinya pujaan hatiku jua.hehe.Pada mulanya aku tidak berapa peduli lagu ini,terasa terlalu biasa-biasa sahaja tapi selepas sahaja aku tanya adikku tajuk lagunya lantas dengan pantas aku buat tinjauan di laman sesawang yang dekat di hati.di sanalah menjadi titik nolak undur dan majunya aku menyukai lagu ini.haha.

kerana ku sanggup,sebuah lagu yang menceritakan keadaan sebagaimana seorang insan menempuh liku percintaaan perasaannya yang tidak seperti diharapkan dahulu.Insan itu bersungguh namun sampai bila dia mampu bertahan.lalu dia katakan kerana ku sanggup...apa yang berlaku pun dia sanggup.maknanya penuh dengan keredhaan.
dahsyat!

bersempena dengan Tahun Baru Islam ini,aku ingin mengorak satu langkah terlebih dahulu untuk aku mencipta sejuta langkah.Kejayaan itu datang jika kita sanggup melakukannya.Siapa yang tidak mahukan kejayaaan di dalam hidup mereka.Mencipta dan Mengilhamkan itu yang aku inginkan.

JANGAN memberi alasan..
JANGAN menangguh masa..
JANGAN bersambil lewa
JANGAN lupa Tuhan...DIA maha pemberi lagi maha pencipta.

kepada dunia yang semakin uzur,berikan peluang kepada kami anak-anak muda ini untuk sempat mencipta kejayaan..


kerana ku sanggup..
aku sanggup lakukan apa jua sahaja untuk masa depan aku.kerana aku yakin dan aku percaya bahawa masa depan kita adalah hasil usaha kita sekarang...

kerana ku sanggup walau ku tak mampu berdiri sendiri tanpamu ooppppss! cukup wei,lebih la pula dei.hahaha.kerana ku sanggup aku akan bersabar...


salam dari insan yang tidak pernah sunyi untuk merasakan cinta.

Tuesday, October 11, 2011

aku kembali takut

aku kembali dalam persada ketakutan tentang masa hadapanku
walaupun pada tapak yang aku berada saat ini agaknya stabil,
namun aku takut kembali takut

dalam merintis masa-masa yang ada,
mereka mengingatkan aku perihal kerjaya
yang aku fikirkan dahulu itu bukan urusanku
mungkin kerana aku berada dalam kalangan mereka yang takut
hasilnya aku turut merasai gelombang takut

saat dan detik itu menyelebungi aku sehinggakan tidurku tidak terasa
aku bangun dari lenaku,aku mencari keselesaan dalam ketakutan
oh!
kenapa?
boleh seseorang menjadi sang pendengar ceritaku
yang aku reka bukan semata-mata
tapi kerana aku takut..

Sunday, September 25, 2011

semua dalil itu aku ketepikan

semuanya telah jelas terpampang
menjadi nyata apabila terasa
aku akui terasa sepi hati tanpa cinta
yang mendalilkan sebuah kehebatan rasa yang diingini umat
tipu sajalah andaikan tidak menginginkan
jelas atas penipuan sekiranya katakan tidak mahukan
memang telah nyata ianya hadiah buat umat

biarkanlah yang datang itu seperti yang diimpikan
saat semua diterjah waktu yang tidak mungkin kita tahu
aku seorang yang inginkan keindahan
sama jua seperti mereka yang lain
aku punya idaman seperti kamu

tapi apa akan daya,
aku rupa aku tidak sekacak mereka,
tubuhku tidak sesegak kamu,
paras tingkahku tidak selincah kalian...
siapalah aku,

seringkali aku memikirkan ciri-cirinya
yang jelas,
semuanya tidak ada pada aku
tapi aku selalu bersyukur,
aku punyai kehidupan sendiri
kerana aku percaya
aku adalah berbeza dengan semua

Saturday, September 10, 2011



sebenarnya,aku sendiri malu dengan keadaan diriku ini.biarpun tidak pada kata namun pada dasarnya,aku terpaksa terima...

aku tidak salahkan sesiapa dalam hal ini,ini antara aku dan diriku.sungguh.

mahu bergaya sedikit,tiada size...
dapat cari baju dan seluar yang cantik,tiada size...
mahu mengurat cewek,kena difikirnya bapa budak..
sememangnya aku yang bersalah...

aku sudah muak dan bosan dengan keadaan sebegini,jika dibiarkan sampai bila mahunya jadi begini.Aku tidak sanggup.aku tidak sanggup.dan aku tidak sanggup..!


makanya dengan ini,aku yang bernama shary:

akan menurunkan berat badanku,
akan melangsingkan tubuh badanku,
akan memperbaiki diri aku..

bukan untuk kerana siapa,kerana diri aku sendiri...
aku mahu dikenali seperti suatu ketika dahulu.
tunggu dan lihat pada



sekarang ini,sebeginilah keadaan diriku.akan aku tampilkan penampilan aku bila waktu itu tiba.tolong ingatkan aku....

Sunday, September 4, 2011

ucapan dan surat.

mugnkin tidak lagi terlambat bagi ku untuk aku ucapan,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Alhamdulillah dan tahniah shary ucapan buat diri shary serta kalian semua yang berjaya atas kemenangan yang dinantikan.semoga apa yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan lalu kita teruskan dan kita ambil iktibar atas segala kejadian yang berlaku.insyaALLAH..

terus terang shary katakan disini,shary agak hampa dengan reputasi setakat ini.adei! kenapa aar?
biar shary sahaja yang tahu.sebolehnya insyaALLAH selagi ada masa dan upaya ini,shary akan teruskan dan berusaha.tolong doakan shary berjaya ok.

seterusnya,
ayuh kita tetapkan kembali pendirian dan impian kita selagi waktu masih ada.kerana peratusan untuk peluang kedua itu adalah nasib,makanya biarlah peluang yang sekali ada itu untuk yang terbaik.


surat untuk seseorang,



suratnya bertulis sebegini,



salam kepada empunya nama,semoga senantiasa berada di samping keluarga dan orang yang dicintai.kiriman ini bukan untuk mengulas,tapi sekadar di pinggiran yang tidak lekang untuk diingat.setelah diharungi Ramadhan dan Syawal ini tanpa rasa yang dahulu nya kita miliki,aku akui aku merasakan sedikit kesunyian disebalik rasa kedamaian.Antara perasaan dan rasa,aku tidak dapat membezakan walaupun hanya timbul sekelumit benci yang tinggal.


aku masih ingat pada pertemua itu,Ramadhan menjadi saksi kerana di situ lah penilaian antara pasti atau samar.sememangnya samar itu tidak wujud pada tempat kerana suasana dan perasaaan itu dibuak-buak pada pertama kali.kini setelah kali kedua sejarah itu lihat,semuanya hanya tinggal kenangan.siapa yang mampu mengembalikan itu kenangan maka dialah orang yang bertuah.tetapi bukan aku.
aku menjenguk pada laman pada buku yang terselit wajah-wajah keindahan.aku hanya pujimu sekali tetapi aku menghamun kau berkali.aku minta maaf,bukan kerana apa.Kerana rasa benci.
bila aku sedari dan aku selamai perasaan dan rasa,aku tanya pada perasaan aku dan aku menghayati rasaku.baharu aku tahu bahawa,aku selayaknya lebih bahagia daripada kamu.aku andaikan kau berbahagia dan lebih gembira.tapi aku?





pada tinta ini,
aku lepaskan kau dengan lafaz,AKU MAAFKAN KAU. kau pergilah mencari sebuah kehidupan yang selama ini kau idamkan,kau kejarlah sesiapa yang berhak untuk mencintai kau,kau carilah sesiapa yang mampu untuk membuatkan kau berpuas hati.pergilah.Terima kasih atas segalanya apa yang diberi,aku yang terima dan aku tidak akan memberi.
aku cuma ingin kau lebih ketahui,selepas pada perpisahan itu aku tunggu dan aku menanti pada rujukan untuk setidaknya kau katakan apa itu kawan.tapi malang waktu yang berlalu itu lebih banyak aku baziri untuk menanti kau
Apa jua yang berlaku selama perkenalan itu anggaplah mimpi yang datang untuk menguja bukan untuk merealisasikan.kianat dalam kata,sungguh kianat.


sekian,sampaikan salam buat keluarga yang dikasihi,semoga ALLAH merahmati keluarga kalian.
jika bertemu aku di kaki-kaki lima yang ada,jangan tegur aku,jangan pandang aku,jangan dan jangan.kerana aku bukan siapa-siapa.aku cuma manusia bodoh yang diperbodohkan dahulu.


Monday, August 22, 2011

aku ketuk pintu-pintu yang ada

ketika suasa semakin hingar di celah kesesakan

aku sendiri merasa seakan terbuai dengan keadaan

sehingga aku hamoir sahaja tidak mengetahuinya

pada saat yang tidak diterjemah

aku sedari kedaifan ini bukan dari sesiapa

namun atas keterbiasaan yang sendirinya membiasakn

hatta kami telah dikatakan tidak akan bersama mereka

namun biasanya itu alunan belaian masih terasa

aku kembali mengetuk pintu-pintu yang ada

untuk aku ketahui pintu itu untuk siapa

adakah aku?

adakah keluargaku?

mahupun orang lain

aku tahu,

DIA tidak akan menolak,

tetapi aku sahaja sombong,

aku mengerti,

DIA lebih maha pemberi,

namun aku ego atas diri sendiri

aku ingat

akan janji -NYA tidak menghampakan siapa yang meminta

aku jualah terlalu leka atas dunia

aku akan terus mengetuk selitan pintu yang ada

untuk aku lebih tidak terlalu jauh dari pandangan-NYA

supaya kelak nanti DIA lebih mengenali tetamu-NYA

aku takut aku jua risau

bukan kerana apa,

kerana aku tahu insan ini terlalu kurang

Saturday, August 6, 2011

Salam buat Ramadhan

ALhamdulillah...

selamat buat kalian,syukurlah sekarang ini sudah masuknya Ramadhan ke \-6 .Bulan yang dinantikan oleh para muslim dan muslimat,benar kan? kan? kan?
selama berapa ketika shary tidak dapat mengisi tinta-tinta kosong yang ada ini disebabkan kesibukan shary dalam mencari nafkah untuk keluarga dan diri sendiri.ALhamdulillah rezeki Allah S.W.T bagi dan shary berusaha disamping berdoa memohon keberkatan-Nya.

apa khabar para teman sesawang sekalian? harapan shary semuanya baik-baik sayang hendaknya.hehe.sebenarnya banyak kata cerita dan berita shary ingin kongsi namun asal balik sampai rumah,penat yo! penat!lhuhu... maka tangguh punya tangguh lagi shary tangguh la..last-last tiada kosong..adei!

buat teman yang ingin bercerita,cari shary di FACEBOOK je la k.tapi jangan risau,shary akan teruskan jua blog.

pasti isinya akan datang lagi padat mantap dan power!,/
hahahaahaha..
okla,dah mau sampai disini..

salam buat kalian,
salam Ramadhan..
salam Sayang,
salam Sahabat...

Thursday, July 28, 2011

dia peminat aku

semalam aku berdengkur
mencari-cari mimpi yang diharapkan
aku pilih sketsa ketemu bidadari
makanya bermula terus dengaan pertanyaan yang mendadak
aku terkejut,aku menjadi binggung
aku pula tertanya tentang pertemuan
tidak jua aku kisahkan tentang masa lalu itu


mahunya aku,
sempatan itu aku menjawab IYA,lantas kau lagi bertanya,
katanya,
" kenapa awak tidak menulis lagi...?

apa?
kau peminat aku?
kau pembaca aku?
oh tidak..
mahunya tidak

lalu aku katakan padanya,

"saya akan berkarya kerana kata tidak akan hilang,tulisan jua tidak pernah putus.cuma waktu dahulu itu saya lekang.maafkan."

aku akan terus berkata-kata dan mengata....
siapa yang terasa,
maafkanlah..

Wednesday, June 1, 2011

boleh tolong shary?

diri kata sendiri bodoh,
tetapi merek kata ada hikmahnya..

diri selalu cuai lupa dan alpa,
namun seringkali diingatkan pelbagai cara..

boleh kalian tolong shary?

tolong ingatkan aku tentang ALLAH,

RASULKU,

KELUARGAKU,

Dan, DIRIKU...

Wednesday, May 18, 2011

rintihan bukanlah mengeluh

seandainya aku temui kau awal dari terdahulu
pasti keindahan kehidupan ini mungkin bermakna
bukan ku katakan hidup ini tiada makna
tetapi serinya biarlah secantik kau

aku tidak kenal siapa diri itu kerana aku tidak mengenali
aku jua tidak tahu budi dan kejinya kerana aku tidak menyelami
yang aku tahu,
miliki bukan hak kita untuk dicaturkan tetapi percubaan mencari nasib
tidak salah untuk kita bersama tetapi salah untuk kita memutuskan
maknanya teruskan dan teruskanlah apa yang sudah ada

aku tahu,
semua kita adalah insan yang baik.
kejahatan timbul saat kita melakukan kesilapan
tetapi itulah jua pengajaran dan tauladan
bukan untuk dikesali namun untuk diubah menjadi lebih baik

ada mungkin benar kata kawan teman sahabatku,
gadis yang cantik semuanya sudah berpunya
akhirnya aku akui pada mitos yang di katakan
kebenarannya jelas dan nyata

kita siapa untuk meminta yang cantik baik dan mulus
bila kita tahu siapa diri kita sendiri untuk memilikinya
kita siapa jua untuk mengidamkan dan menetap apa dan bagaimana
namun tidak salah untuk kita memilih,kerana itulah hak kita

ingin aku berpesan disebalik keheningan malam ini,
tidak semua yang kita impikan adalah seperti yang kita harapkan
selalunya kita tersalah sangka,
kita tersilap anggap,
realitinya,terimalah hakikat bahawa keadilan itu ada di mana-mana

berhentikan pada khayalan itu
kerana itu semua adalah dusta semata-mata
kembali pada kenyataan
pasti ada hikmah disebalik itu

Friday, May 6, 2011

Edcoustic-Muhasabah Cinta Cover




Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu



sungguh indah lagu ini.walaupu shary ini jarang sekali mendengar lagu nasyid,tetapi lagu ini telah mencuri perhatianku dengan alunan yang indah.hehe.Apa-apa pun kepada kalian,cubalah mengerti lirik lagu ini,pasti anda akan lebih mengerti sebuah kenikmatan yang diberikan.insyaALLAH..

Wednesday, May 4, 2011

surat kepada kau

surat untuk kekasih yang pernah aku cintai,

ketika bulan masih lagi menyinari saat mereka sedang tidur,
aku masih jua menyusun kata-kata untuk mengalunkan bahasa kata
tatkala buntu dalam mencari ilham
cahaya sang bulan menyinar bagaikan memberi ilham buatku
aku hanya ada bulan
bintang kita masih berkelipan sayang walaupun hati kita berbeda
rasanya ia semakin berkilau,
apa maknanya itu?

dalam keriuhan mereka aku terlihat,
sepasang kekasih berada di hadapanku
entah mengapa mereka menarik pandangan aku tatkala kerisauan untuk pulang
cerita mereka tiada noktah tiada henti
merenggang dan merapat suasana
mereka pandai mengolah perasaan mereka
oh! aku pernah seperti mereka
aku kau dan kita

ketika waktu itu ku rasa terhenti
aku dibawa sewaktu masa dahulu
menjenguk sisa-sisa kasih yang kita tinggal
pada tapak-tapak kenangan yang dilalui
sungguh aku tidak mampu merungkaikan dengan kata
kerana apa perlu lagi diperkatakan

wahai yang punyai keindahan bersamaku dahulu,
aku ingin bertanya padamu,
adakah pernah kau merinduiku?
adakah kau masih terkenangkan waktu dahulu?
katakanlah TIDAK...


cukup sampai disini tintaku ku ukir,
sampaikan salamku kepada ayah dan bondamu,adik dan keluargamu
tetapi bukan untuk kau

Sunday, May 1, 2011

hana tajima dengarkan aku

(sumber google)

saat aku terlihatnya pada muka sesawang yang ada
lalu hati ini berkata,
"alangkah indah jika memiliki cinta gadis yang semiriop dia.."

lalu,
aku mulai mencari dan membelek siapakah empunya hati penarik jiwa
dia pencuri dalam diam

dalam keasyikan itu,
dan aku terbaca,
insan sudah dimiliki,
semoga kebahagiaan mengiringi dunia dan akhirat
(kecewA!)

aku teringat pada si hati
yang sepi.
lalu aku mencari lagu kata hati,
dengarlah..


tidak semua yang kita harapkan menjadi realiti,yang aku tahu hidup ini indah.

Sunday, April 17, 2011

Coretan untuk siapa dan hari

coretan buat yang pernahku sayang,

apa khabarmu disana tatkala hari dan waktu semakin jauh meninggalkan kita.Sungguh keindahan hanya apabila kegembiraan dan nikmat kebahagia dirasai,barangkali kau sudah menemuinya.Aku kurang pasti tentang diri aku ,selama apa yang aku alami masih samar-samar rasanya walaupun yang sebenarmya itu adalah hanya rasaku.

Pernahkah ada sedetik saat itu kau memikirkan tentang keberadaan aku walhal nyatanya aku tiada makna lagi buatkmu?
ada benar kata mereka,tiada gunanya akuu untuk difikirkan setelah semuanya berakhir pada noktah yang panjang.Sekiranya ada,terima kasih...aku tahu aku bukan siapa-siapa lagi dalam keluargamu untuk dikhabarkan,dan kerana itu mungkin sebabnya bukannya untuk kamu bicarakan tentang aku.Ceritakanlah tentang kekasih barumu,biar mereka yakni keluargamu tahu kau bahagia.
Jika kalian terlihat aku di kaki-kaki lima memudar mandirkan jalanan,anggapan kamu pasti aku tiada arah untuk ditujukan? adakah benar atau tidak.jawablah..

Siang aku sibukkan kisahku dengan mencari usaha untuk memajukan diri,manakala malam mengundang rindu aku isikan dengan memikirkan tentang masa hadapanku.aku takut.aku khuatir.Aku masih ingat lagi penekanan kau tentang masa depan,menyedarkan aku bahawa aku tiada apa-apa untuk dibawa ke sana.Semuanya tetap sama walaupun aku dilayan.itu katamu.Aku pegang katamu yang sungguh tertanam di lubuk sanubari ini kerana inilah kata dari orang pernah aku sayangi.


buat hari dari hati,
Aku akan terus bersabar sampai waktu itu tiba,walaupun hari itu terlalu lama dan terlalu jauh.siapa tahu bila ianya tiba,pasti aku akan tersenyum lebih dari biasa.ALLAH SENTIASA BERSAMAORANGYANG BERSABAR!!!!!...

Thursday, April 14, 2011

perjalanan cuti pertama shary part 2.bergambar...








perjalanan yang indah kami teruskan dengan cerita kami masing-masing terutama si shahlan yang tidak kering gusi petah bercakap.ok! kami kan pendengar yang setia...


sambil-sambil mengembara dalam masa yang lama,aku kami dan kita dilayan dengan pemandangan yang indah kehijauan yang mengasyikkan....masyuk bui! lalu di sebelah tue sebenarnya bekas laluan lama yang digunakan sebelum kereta api in siap sepenuhnya.mereka menggunakan bas sebagai penganti.makanya,bas itu diberi nama "BAS KERETA API"..


Senyum berabis. diorang ini tau,hahaha.akhirnya kami sampai kat stesen kimanis,tukar train la.hehe.train yang berhawa dingin.yang dari tanjung aru tue train yang berudara semula jadi.syiuk ini.
aku pun apa kurangnya..heheheheh

.

penamat cerita kami tidur kat hotel..wahahaha.macam kanak-kanak riang yaw.tetap mantap punya la.
pengalaman yang menyeronokkan,nasibla kami stay akt beaufort,kalau di tenom??? apa jadi aa...wahahah.kepada kawan-kawan aku,bila lagi kita mau bersama mau jalan-jalan nie? hahaha


Monday, April 11, 2011

perjalanan percutian pertama shary

shary baru balik dari bercuti.wahahahha.nak tahu kat mana destinasi percutian shary,?

shay bercuti di Beaufort.ah!! Beaufort????
bukankah itu kampungmu jua shary?>??

ermm....

hahahahah...
sebenarnya shary bersama adik shary dan kawan shary si shahlan berhajat nak mencuba naik kereta api sahaja,makanya kami pun pergi tanpa dirancang...
nak tahu cerita selanjutnya??
tunggu kisahnya bersama gambar shary titipkan untuk tatapan kalian.
seronok eh!
sabar ya kawan-kawan.hehhe..

Thursday, March 31, 2011

Video menghina sholat.(diharap mereka ini diambil tindakan di dunia)


sungguh kurang ajar kamurang!!
berani sungguh kamu.
sampai anak cucu kamu tidak selamat dunia dan akhirat.!

shary mahu mereka ini diambil tindakan sewajarnya .tolong khabarkan kepada mereka yang lain.
jika tidak diambil tindakan,perkara mempersendakan agama adalah mainan bagi orang lain.



Thursday, March 10, 2011

begitukah cinta.ya.begitula tue.

cemburunya aku...!!!!!!!
(sumber cik google)
memang begitulah cinta wahai kalian,

shary memang dah tersangkut kat cerita tv3 ini.apa tidaknya,layan jiwang la.wahahaha.tidaklah,sebenarnya,sementara menunggu teman-teman lain datang,shary layan la tv3 nie,lama kelamaan syok pula cetanya walaupun ada juga part-part shary tidak suka.menyampah!.

aku suka part bila mau iklan, kan selalu time mau iklan keluar lagu akim, AKU JANJI PADAMU....Lalalallala...time tue la shary dengan esprirasi muka,pergghh! jiwang beb! wahahah.

bukannya shary nie peminat setiap kali menunggu depan tv cerita ini,cuma kalau ada kesempatan ja tengok.layan eh.

"..awak,apa awak merepek nie? saya tak suka la...


" awak awak..ye saya..


suka aku dengar perkataan awak saya awak nie.huh!
alangkah indahnya,yai mula dah.
apa-apa pun korang layan la cerita ini,
buat kamu lelaki pula ini aku nak berpesan,

belajar cara bercakap dengan awek dalam cerita ini,barulah awek pun berlembut.kan2..

buat para perawan gadis-gadis semasa pula,

lihatlah dan telitlah cara si perempuan itu melayan lelaki itu dan anak mereka.tidak kah sejuk hati para lelaki semalaysia ini.

semoga aku memiliki cara lelaki itu melayan gadis dan mendapat gadis macam di tv tue.wahahahaa

ada yang berkenan? sila ke kaunter B ok.
sekian.


Thursday, March 3, 2011

buat mak cik dan keluarganya

buat keluarga mak cik@mamy,

sampaikan salam buat keluargamu yang di sana,

setelah sekian lama kita tidak bertemu,mungkin tulisan ini sahaja yang mampu untuk aku luahkan rasa kekecewaan aku terhadap kalian yang aku kenal.Pernah terlintas di hatiku ini untuk bertemu dengan kalian untuk meminta maaf tetapi kekuatan tiada di dalam hati ini untuk bertemu dengan kamu.Mak cik,pak cik, dan keluarganya,izinkan aku yang kamu kenal dahulu ini meminta maaf atas salah silap aku yang pernah aku lakukan selama perkenalan dan masa kita bersama.

umpama tali yang tidak akan terputus,

begitulah juga hubungan kita yang terjalin sehinggakan aku sudah mengandaikan kalian adalah keluarga aku yang kedua.Aku cukup senang dengan kamu.Amat beruntunglah kepada siapa yang menjadi ahli keluarga ini.aku sungguh mencemburui hubungan kamu itu.daripada kamulah aku kenal apa itu menghargai antara satu sama lain.

kasih ayahnya tiada bandingan,

aku masih ingat lagi saat melihat si ayah menguruskan hal anak kecilnya untuk balik dan kesekolah.Dia berusaha sebaik mana yang mampu untuk memastikan anaknya itu senang dan selesa pergi ke sekolah.Aku nampak tanggungjawab seorang ayah terhadap keluarganya yang prihatin.tidak hairanlah kasih sayang itu kuat terjalin.

sayang ibu adalah selamanya,

aku pernah mendengar orang berkata," jika mahu melihat perempuan itu sebagai calon isteri,lihat shaja ibunya.." ada benar kata itu.aku mulai kenal ibunya yang penuh dengan kasih sayang.Dia bersahabat dengan anaknya tetapi dalam masa yang sama etika ibu dan anak tetap kuat.Si ibu memang pandai memasak dan membuat kuih.Dia aku andaikan sudah menganggap aku sebagai anak.sehingga dia katakan,panggil mak cik mamy k.oh aku ada mamy dah.hehe.aku tersenyum bila teringat kata-kata mamy a.k.a mak cik itu.maafkan aku mak cik,aku terasa sangat bersalah.

adik,kakak,dan abang itu mereka sahabat.,

si abang aku memang kenal sebab sama bidang.dalam sukan.si kakak baru aku kenal dan si adik sungguh kelakar.aku senang jua dengan mereka walaupun ada ketika kata dan perbuatan itu terasa hati.itul aku anggap ragam manusia.semua tidak sama tetapi tetap menyenangkan.



andai aku mampu berkata,
aku telah mengambil sedikit tanggungjawab kalian terhadap dia untuk menjaga dan membimbing dia sebaik mungkin.entah apa yang menjadi masalah biar aku dan dia sahaja yang tahu.siapa dan mengapa adalah antara aku dan dia.Mungkin kini di mata pandangan kamu aku bukan lelaki sebaik yang kamu sangka dahulu kerana perbuatan aku melepaskannya.
leraian kataku ini tidak akan habis untuk memberitahu tentang keadaan hatiku terhadap keluarga kamu.kamu keluarga yang baik.kamu banyak mengajar aku erti kekeluargaan.

mak cik,seandainya ada ruang masa akan aku membalas sedikit sebanyak budi yang telah kamu berikan kepada aku selama dahulu.percayalah mak cik,aku masih anggap kamu keluargaku(kecuali dia anakmu).Aku kini bukan siapa-siapa di dalam keluarga kamu.

Wednesday, March 2, 2011

kami akan terus tersenyum


lihat saja pada wajah kami,kacak kn? heheh.senyuman inilah yang akan kalian lihat jika berada bersama kami ketika bertugas malam.tidak akan lekang senyuman ini walaupun ada masalah yang datang menjelma.
yang baju merah itu namanya,abang awang dan yang di belakang itu adalah shary.Aku sangat hormat abang awang ini dan aku dah anggap dia sebagai abang aku dah.Dia menjadi teman penasihat aku dan kawan rapat la.best jika bercerita dengan dia ini.
lagi baru-baru ini dia menerima kelahiran anak ke dua,baby girl lag tue.itulah yang di cari.sepasang sudah.tahniah abang.

walaupun jarak umur kami antara 20 tahun jauhnya tetapi tiada langsung masalah untuk aku dan dia berinteraksi.selain dia,pak cik-pak cik pekerja kat sini jua semua kawan rapat aku..apa-apa masalah kami rujuk bersama.

itulah pasal aku jarang keluar jalan-jalan sudah,kerana ada sudah kawan kn di tenpat kerja.g pn siapa la jua kawan aku yang tinggal.

banyak yang aku pelajari dari mereka-mereka ini.abang awang contohnya cakap sama aku,

" ...cai,kita ini lelaki.apa-apa pun biar kita yang tanggung dan kena bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan.nanti bila kau sudah ada keluarga sendiri,abang mahu kau lebih bahagia.cari gadis yang lebih bertanggungjawab dengan keluarga k.kau ini dari keluarga yang baik-baik.abang kenal keluarga kamu ini jenis macam mana.ok cai.."

fuh,bila aku dengar dia kata macam itu,terasa syahdunya aku.nasihat yang berguna ini.hehe.

lagi satu kan aku nak gitau kat korang,mereka yang aku kenal ini mempunyai prinsip yang sama ini.
prinsip mereka adalah,
biar apa pun jua masalah,jangan mudah putus asa dan teruskan dengan senyuman.setiap masalah pasti ada penyelesaian.

percayakah kalian?


Sunday, February 27, 2011

boleh ajari aku.usahlah.terima kasih

pagi petang siang dan malam,
siapa kira mereka merasa hari ini adalah lebih kegembiraan?
khabarkan dengan aku yang ingin mengetahui rahsianya
semalam sama seperti fikiran kelmarin
lamunan itu sudah pasti tidak berubah
menyusutkan mengkalutkan minda
aku menjadi mangsa
jangan mencuba untuk memahami aku kerana aku sendiri tidak memahami siapa aku
aku lahir di dunia ini hanylah kebetulan
hanya kebetulan

sudah tiada makna semua apa yang dilakukan
khuatir aku
risau aku
takut aku
semua itu menghantui aku
bagaimana aku hendak lepaskan dari semua ini?
tolong ajari aku caranya
tunjukkan aku bagaimana

saban hari aku tertekan
semua ini tiada makna
setiap kali aku bangun,aku harapkan semua ini berubah
namun hakikatnya tetap sama

arrrgghh! sudahlah.

Wednesday, February 23, 2011

Awan Nano

secepat sepantas kura-kura.

tengah aku menunggu teman a.k.a kawan ya untuk bertemu untuk mengurus urusan seri paduka baginda.sambil-sambil tue aku layan la lagu dalam telifon bimbit aku ini,terlayan pula lagu Hafiz nie,tajuknya AWAN NANO.

eh,bila lagi aku ada letak lagu ini kat telifon aku nie.errmm.(pura-pura lagi bha)wahahaha.sebenarnya kakak aku yang perkenalkan lagu ini dengan aku.dia suruh aku dengar dulu.best juga la.
inilah dia,cuba kalian baca dan hayati.kemudian dengar lagu ini.
fuuuhh! layan kawan.makna dan maksudnya sungguh mantap la.lagi mantap kalau kalian tengok video klipnya.perggh!


awan nano

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang

Walaupun tak akan tercapai jejarimu


apa-apa pun kamu dengarlah untuk pengertian k.

Tuesday, February 15, 2011

aku sungguh tertekan.aku mahu berhenti

tolong aku.

aku tidak sanggup untuk menghadapi lagi.aku hanya bertahan selagi termampu.aku sudah tertekan dengan apa yang aku hadapi ini.aku tidak sanggup lagi.tolong aku!

orang pernah kata,luahkan sahaja masalah yang kita hadapi supaya dapat meringankan lagi masalah itu.tetapi aku mencari siapa dan bagaimana.

sudahlah aku ini bodoh dalam bahasa english,bila mula sahaja sesi soal jawab dan mahu buat assignment jadi diam san kosong aku.aku tidak tahan dengan keadaan begini.acapkali kau memujuk diri aku untuk bertahan,aku tidak terdaya menahan semua ini.kenapa aku tidak mampu menghadapi cabaran dan dugaan ini.

aku mahu berhenti.aku mahu sudahi semua ini.aku punyai hak untuk memiliki kehidupan yang lebih baik.mereka mampu tetapu aku apa kes?!

mahu juga aku buat universiti yang penggunaan bahasa melayu 100%.tiada langsung bahasa orang om putih.kenapa? kenapa mereka japan dan negara arab lain boleh membangun tanpa bahasa om putih? kerana rumpun bahasa mereka jaga betul.fikirkanlah.

ala.kerajaan cakap ja mau memperkukuhkan bahasa melayu.kononnya sahaja.hakikatnya sendiri mahu tahu la.kalau betul-betul dorang nak memartabatkan bahasa melayu,cuba la kalau berani gunakan bahasa melayu sebagai bahasa tunjang dan bahasa utaman.english tiada langsung.ada berani?..

aku rasa macam bodoh nie bila aku bercakap om putih depan khalayak umum.denga pandagan mereka yang ego bangga dan menyindir,mahukan aku tampar dorang mereka.yang tukang ajar ini pun sama juga.jangan lah mengkritik orang yang spesis macam ini.bantu la.ini tidak.komen memanjang.tiaw@!

sudahlah.buat masa ini aku hanya mencuba bersabar.bila cukup masa,aku berhenti.aku tidak mahu muda-muda aku ini jadi orang gila.aku juga punyai hak untuk bahagia.cukuplah apa yang aku alami dulu.

Sunday, February 13, 2011

salam buat kalian,

aku mahu meluahkan sedikit tentang perasaan saat ini.fuh! ngam-ngam lagi dengan suasana malam yang kian menyepi ini.

kenapa shary?

errmm,sebenarnya shary kehilangan sumber.aku kehilangan sumber...

ya! memang aku kehilangan sumber inspirasi dan motivasi.entah di mana selama ini sumber yang aku pegang dan aku miliki.tak kan lah semua meniggalkan aku.sudahlah aku kena kasi tinggal.huhuhu.

antara faktor-faktornya:
1.selalu mengelamun..
2.teringat kisah masa lampau..
3.tidur terlampau..
4.kurang membaca tentang motivasi...
5.aku rindu sama DIA..

kesannya:
1.menjadi kadang kala binggung..
2.pandai senyum sendiri..aarrgghh!
3.makan sahaja..
4.hilang fokus!

akhirnya:
menjadi tidak tentu arah!






tolong ingatkan aku....

Thursday, February 10, 2011

percayalah!

aku seringkali lupa
kita acapkali teringat
caranya aku dan kita untuk tidak terkena
khayalan masa yang terlalu cepat berlalu
pantasnya tidak terkejar

pernah,
aku menjadi kosong dalam kerisauan
akan nasib dan keadaan ku
yang asyik sahaja aku perjudikan
untuk mencapai apa yang aku impikn

ada ketika,
terasa seakan bodoh dan bodoh
siapa?
aku bodoh tuan.
tidak berkerana
tetapi bersebab yang aku selalunya silap

ada masa,
aku adalah seorang penipu dengan diri aku
kejujuran tiada nilai namun manusia mementingkannya
salah siapa ini?
aku kan.
ya!

maka,
dihimpit tekanan rasa bersalah pada diri
kerana aku bersalah pada diri

hari ini waktu ini saat ini,
aku masih bersyukur
kerana mungkin hari ini akan mampu mengubahnya
walaupun tidak banyak
sedikit pun memberi makna.
percayalah

Friday, February 4, 2011

aku mereka kami ingin berkata! sudahlah!

aku sudah bosan dengan coletah bahasa kata yang kau kata
kau kata ini namun bicaranya itu
apa sudah jadi?
benarlah kata mereka, semakin banyak kau berbicara semakin tampak jelas kebodohan kau
orang bijak pandai mencari masa untuk berbicara
eh! adalah lebih baik kau diamlah daripada beromong kosong
sepatah tiada makna.

apa kau kata?
untuk meluahkan perasaan?
orang lain pun punyai perasaan.aku mereka kalian.
jika kau fikir kau betul.sememagnya benarlah sama kau.

katamu,
"...aku tahu tapi.."
ah! sudahlah..
jika kau ikutkan tapi itu,sampai bila-bila kau tidak akan berganjak dari situ.
"..aku tahu tue.."
jadi? kau tahu tapi kau macam tidak tahu kn

wahai manusia yang dikurniakan kebijaksanaan untuk berkata,
usah hanya memikirkan masalah itu hanya kau punya sahaja.
kami mereka semua punyai masalah yang sama
malas,bosan,muak,dan banyak masalah lagi.
kerana apa.
kerana cakapmu merepek sahaja.
nasihatku hanya angin
adalah baik diam dan melakukan
daripada bercakap dan mengeluh.
kan senang!

Monday, January 17, 2011

baik-baik sayang

sungguh indah baik lagu itu yang sudah pasti akan mengasyik sesiapa sahaja bila mendegarnya.wah! dahsyat aa.shary dengar pun jadi sayu-sayu terus.
maksudnya sahaja sudah menampakkan suatu pujukan buat dan nasihat untuk kekasihnya yang merasa keraguaan dan kesedihan.perasaan duka dan nestapa akan hilang sedikit demi sedikit bila makin lama kita dengar ini lagu.

jika kalian menghayati lagu ini,baik-baik sayang.tidak hanya merujuk kepada kekasih sahaja tetapi secara umumnya kepada sesiapa sahaja.kepada keluarga,sahabat,teman-teman,dan paling important diri sendir.itu yang jelas.baik-baik sayang,kerana aku untuk mu.


aku lahir kerana bonda
aku datang bersama ayahanda
cinta pergi kerana sayang
cinta datang kerana kasih
aku lebih rela memberi
daripada menerima sesuatu yang tidak pasti
aku tahu,
dan aku biarkan
semua itu berlalu tanpa alasan
kerana
semuanya akan baik-baik sahaja.




Sunday, January 2, 2011

harapan dan peluang

sempena tahun baru yang sudah menjejaki tanggal ke 3 ini,semestinya kita sudah bermotivasi dalam menjalani tahun yang baru ini kn.bersemangat!

apa azam shary tahun ini?
adakah azam tahun lepas 2010 sudah tercapai?

soalan yang biasa saja kan.

lalu shary menjawab,
"...azam tahun ini sikit saja,perbaiki diri sendiri."

"....azam tahun 2010 tidak semuanya tercapai 100% tetapi telah dilakukan dan dilalui."


macam ok la bha kn.hehe.
bagaimanakah pula anda kamu dan kalian?


shary ingin berkongsi sesuatu ,
selalunya orang akan bertanya tentang azam kita.seperti biasa kita akan menjawab itu la,ini la,balalaaala..dan tamat.

cuba kita fikirkan tentang harapan dan peluang.

_apa yang kita harapkan.apa peluang yang diinginkan_

harapan setinggi apa?

semua kita mempunyai harapan kn.betul atau tidak wahai kalian.pelbagai harapan yang digarapkan ada dalam hidup bagi memiliki suatu kepuasan dan nikmat.tetapi adalah harapan itu sentiasa ada. walau apa pun yang dilakukan jika tanpa harapan sungguh menyedihkan.umpama tidak mempunyai perasaan.wah! kejamnya ayat.

bagaimana dengan peluang?

mereka sering mengatakan bahawa peluang cuma datang sekali.seandainya kita di beri peluang.pasti kita tidak melepaskan apa yang ada kn.benar atau benar.sememangnya benar wahai kalian.tetapi bagaimana adanya peluang jika kita tidak berharap.
fikirkanlah....

yakinlah,
jika kita mempunyai harapan,sudah pasti kita akan mencuba mencari jalan untuk mencapai tingkat harapan itu.manakala peluang adalah sesuatu yang dinantikn.
untuk kita percaya pada diri kita,berilah peluang dan harapan kepada diri sendiri untuk melakukan apa yang diimpikan.
kepercayaan penting dalam kehidupan.


akhir kataku,semuanya baik-baik saja.