Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Thursday, September 13, 2012

perjalanan umrahku..

salam buat kalian,sekian lama shary mencoret di tinta kalam ini terasa usang dan kaku pula apabila mulai menjenguh di sini.Alhamdulillah shary dalam keadaan baik dan sejahteraan bagaimana pula denga anda? semoga baik-baik sayang hendaknya.

bagaimana dengan Ramadhan dan syawal yang dilalui? adakah terbaik ataupun macam biasa saja.harapan semoga amalan yang kia lakukan diterima oleh Allah s.w.t. Aaminn..

berkelana waktu,ini ana ingin ceritakan perihal perjalanan ana ke tanah suci Makkah dan Madinah.Alhamdulillah shary sudah sampai ke sana dengan izin Allah bersama bapa,mak cik dan sepupu shary.kami menjadi tetamu Allah paada tanggal 12 jun 2012.

bercerita sebelum waktu nak ke sana,bila dikhabarkan shary akan ke sana sungguh teruja dan asyik terbayang akan keadaan di sana.shary sangat gembira yang tidak mampu ku ungkspkan dengan kata.apa lagi,belajarlah shary tentang ibadah umrah,mengenali tanah suci melalui buku dan internet serta bertanya dengan orang yang pernah ke sana.banyak shary belajar di internet jugalah membantu.sambil tengok-tengok video perjalanan mereka yang sudah pergi ke sana.memeang tidak sabar eh.hehe..

bermulalah perjalanan kami dari lapangan terbang kota kinabalu ke Brunei dahulu,kemudian di Brunei kami naik kapal Royal Brunei ke Arab Saudi...

 

 
 
 
 
 
 
 
sepanjang dalam kapal,memang ada masanya shary tidur.tapi tidur pun seindah tidur di rumah.tak selesa tapi bagi shary tiada masalah sebab semangat nak menjadi tetamu Allah nie lain semangat dia.asyik saja shary tengok perjalanan kapal nie.sampai mana sudah kami.hahahah.jam demi jam shary hitung nak tau bila la nak landing time nie.makan di kapal memang sedap tapi jujur shary gantung.kalau boleh nak minta dua set lagi tue.huhu.apa akan daya,minum jus la shary berabis.haahahahaha.

 

Bila dah driver kapal bagitau kita nak mendarat,aduhai seronoknya rasa hati ini.kalau kalian da di sebelah shary time tue kn gaya shary macam budak kecil yang teruja nak sampai kg.asyik tengok kat tingkap saja.alih-alih mak cik kat tingkap tue pun senyum kat shary.mungkin dia tahu keterujaan shary jelas terpampang di wajahku..

gambar atas yang turun dari kapal kami dah sampai,Alhamdulillah.shary turun saja anak tangga pertama,terus mencari cermin mata.teriknya,MasyaAllah.kami turun dan naik train kereta.hantar kami ke terminal dorang la. nie nak bagitau,lapangan terbang di sana sangat-sangat luas.seluas mata memandang.bayangkan kamu naik train tue pn dalam 15 minit lebih baru sampai ke terminal.dan kami diberitau oleh ketua rombongan yang kami akan menggunakan terminal tempat haji punya.memang luas.

gambar kat bawah ada beg tue adalah di luar lapangan terbang saudi.sesudah pengesahan semua dokumen,pasport,dan bagasi kami pun keluar lapangan untuk menanti bas yng bakal kami naiki.maka ketika kami keluar saja dari pintu,orang arab bagi sim pack kat kami,kalau satu kira ok juga tapi shary dapat sampai 5 pack.dahsyat tul.

 

nanti shary sambung kisah seterusnya...

 
 

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan datang kembali

hari aku lalui penuh dengan doa dan harapan aku bawa

aku heret di setiap perjalanan yang aku tempuhi

setelah aku pelajari dari tanah suci sungguh aku teruja

biarlah kita mereka lihata berlainan tetapi perihal kita masing-masing benar

aku sangat sunggh terpikat jatuh hati untuk kembali ke sana

sungguh!

 

Alhamdulillah Ramadhan itu kembali

aku merinduimu Ramadhan

aku menantimu saban hari bulan dan detik

tidak aku siakan waktu ini


 
aku harap dan aku pastikan
 
Ramadhan ini lebih bermakna dan hebat dan yang lalu

InsyaAllah..

 

nanti aku ceritakan tentang perjalanan di Tanah Suci.

 

Wednesday, June 6, 2012

pergi saja

terima kasih.

semoga semua akan baik sahaja merentasi kehidupan ini

aku selama ini berpegang diri kata aku sendiri

aku biarkan sendiri agar aku mengenali situasi yang mencengkam diri

yang datang aku tahan tanpa ada sebab

aku membiarkan sehinggakan lepas dan terlepas membiarkan

aku tidak sedih aku tidak menyesal

kerana aku belajar untuk menerima aku belajar untuk tabah

tiada apa untuk disedihkan

 

pergi saja

tidak aku minta untuk kembali

sebaliknya lebih aku syukuri dan berterima kasih

dahulu akui aku sendiri aku berdendam dan aku membenci

tapi usia memakan rasa setidaknya aku belajar daripada apa yang berlaku

hampir pernah menghantui aku menjadikan aku takut bergaul rasa dengan mereka

aku misteri yang ada dalam dunia kotak sendiri

 

 

aku redha aku pasrah dan aku menyerahkan segalanya

kerana aku jua miliki hak aku sendiri aku punyai kewajiban.

 

 

hak aku untuk membahagiakan diri aku,kewajiban aku membahagiakan aku.

Tuesday, May 1, 2012

Jangan pernah berubah

Aku takut untuk menghadapinya

Akan berlaku sebuah kehilangan besar,salah satunya

Acap kali teringat kembali keadaan ini,aku teringat masa lalu

Umur berlalu mengorak lebih dari masa

Tanpa aku sedar tanpa kita duga

Kita terus hadapi hari-hari dengan ketabahan dan cubaan

Kawan,

Tolong jangan berubah..

Aku takut perubahan itu tidak seperti yang diharapkan

Drastik dramatik menyayatkan

Kalau kau pergi pada cara yang baik,aku tetap sokong kau

Jika kau sudah lupa alpa dan leka pada apa yang diubah,aku tetap sokong kau

Jangan pula nanti kau bertanya akan kehilangan jauh ini

Sebabkan nanti aku katakan kerana kau sudah tidak seperti yang dahulu kau janjikan

Sahabat,

Makin kedewasaan ini aku kira kita semakin matang

Sangkaan ku harapkan semoga tidak meleset di dinding harapan

Cara yang kau lakukan itu bukan rasionalnya namun fantasi yang bersalut kan dendam jahanam

Saudaraku,

Masih kau ingat saat susah senang kita bersama

Lekang waktu sahaja memisahkan kita andai terpaksa

Kami ini tempat kau bermadu kasih menduakan perasaan untuk melegakan rasa

Tapi akhir-akhir kami bukan lagi seperti yang kau anggap dahulu

Rakan aku sahabat aku kecewa atas tindakan

Dendam ego kepala ke atas,kau lupa siapa kami aku dan dia

Lebih kali kau kenalinya yang hanya sekadar seketika waktu

Kami aku dan dia,

Kawan itu sudah hanyut dalam lautan yang dalam,lemas di langit luas

Dia maha tahu dunia dia kaji alam dia terokai

Jika aku biarkan apa gunanya aku sebagai kawan benar

Tapi Kalau aku tegur buku kitab realit dibuka untuk keutuhan bukti rasionalnya

Akhirnya masing-masing mempertahankan kubu sendiri

Bergaduh berteriak kan dan memaki

Siapa mengalah? Baik tidak perlu berkata tentang itu jika ini natijahnya

Sudahlah,kita biarkan dia sampai mana dia mampu melakukan

Kita ini bukan siapa-siapa untuk menahan melarang dan menegur

Jika semua yang kita kata itu sampah buatnya

Mengalah dan terus mengalah

Daripada kehilangan,

Aku fikir baik aku hilang daripada aku terseksa

 

Sunday, April 29, 2012

Kau bayangan bidadari syurga

Sumber

Tatkala melihat aku terpandang dibenak wajah

Senyuman yang terukir melembutkan kekerasan pada hati

Jiwa aku menjadi kacau,hati aku lemah selemah lembut angin berhembusan

Aku pernah mendengar cerita perihal bidadari syurga

Aku dibayang-bayangkan tentang keistimewaannya

Aku dikaburi dengan Keindahan dan kecantikannya

Sungguh!

Saat mata mula melihat dari itu,teringat aku cerita bidadari itu

Oh tidak,

Tidak perlu untuk aku menjelaskan lagi

Semua sudah terlihat lentang pada tingkap wajah

Sungguh aku sedar akan kebesaran Yang Maha Pencipta

Jujur kau sungguh cantik wahai gadis,

Tapi apa akan pada daya,inikan lagi untuk diusaha

Siapa aku?

Siapa aku?

Aaarrggh!

Tidak mengapa gadis itu,

Teruskan pada senyumanmu

Itu hidup nyawa insani

Jaga tertib tingkah laku

Agar Cantik tidak hanya pada wajah semata

Semoga kau berbahagia..


P/s:siapa yang mengenali dirinya,tolong sampaikan salam sejahtera buat dirinya dari diriku.sungguh ini.

 

Monday, April 23, 2012

Jangan memilih aku

Saat dunia terus menerus menunding jari aku

Perihal aku dan dia,tapi jangan membiarkan diri terus mengkehendak telunjuk

Aku jua tidak memaksa malahan menegaskan

Jangan memilih aku wahai gadis

Andai kau tidak sanggup untuk setia

Sekalipun kau kasksn cinta itu milik kita

Tapi aku lebih memilih kesetiaan

Kerana itu yang aku impikan

Kau jua punya impikan benar?

Aku hanya orang biasa yang tidak mempunyai apa-apa

Selain cinta dan usaha

Jangan memilih aku wahai gadis

Andai kebendaan material menjadi jaminan

Apa yang ada ini bukan milik aku,tuhan beri aku pinjam

Jangan kau dekat dengan aku jika begitu

 

Jangan memilih aku wahai gadis,

Tatkala aku ini semakin ingin jauh dengan kamu

Kerana aku sedar antara intan dan permata

 

Sunday, April 15, 2012

mereka yang kamu hina

atas dasar apa yang membolehkan mereka itu kamu hina
adakah kerana pakaian itu?
adakah disebabkan kerja mereka?
adakah kerana cara mereka?
ataupun kerana darjat mereka?
ataupun apa kerena apa lagi mereka kamu hina.

sebelum kamu mengherdik dan menghamun mereka pandang diri kamu
memiliki belum cukup untuk melebihi dan memang kurang untuk mengatasi

mereka kerja untuk mencari nafkah keluarga bukan mencari hal pada dunia
kerana itulah tugas mereka untuk dilaksanakan
sekurangnya mereka tidak lagi meminta mak bapa duit untuk dibuat belanja
mereka lagi memberi untuk kesenangan keluarga

tolonglah adik-adik yang kononnya memiliki IQ menara gading!
sudah-sudahlah atas apa yang kamu lakukan itu
cara itu terlalu lapuk untuk dilakukan
gunakanlah akal kamu untuk menyelesaikan seperkara itu bukan dengan cara itu

ingatlah pada mak bapa kamu,
mereka kerja untuk bagi senang dan makan kamu
tidakkah kamu fikirkan tentang mereka?
ada aku dengar,kau bayar denda berapa sahaja.banyak duitlah ceritanya.nanti balik minta sama mama bapa kau juga kan.bukan orang lain.KARUT!

mereka yang kau hina aku tengok penuh dengan kesabaran melayan telatah kebudakan kamu
lagak kamu yang macam pandai menampakkan kebodohan yang menjadi bahan kutukan
konon belajar tinggi-tinggi,

untuk seorang itu,
perlembagaan kau julang sampai dongak kelangit
kau terangkan perihal tentangnya
kau suruh orang baca habis tentangnya
bagaimana dengan diri kau?
sudah kau baca habis semua itu

aku bacakan untuk kamu,
dengar ok,

kepercayaan kepada Tuhan
kesetiaan kepada Raja dan Negara
keluhuran perlembagaan
kedaulatan undang-undang
kesopanan dan kesusilaan


kau cakap tentang perlembagaan tapi kau tidak cakap tentang yang lain
balik fikirkan dan renungkanlah
konon tahu semua

hafaz lafaz faham jangan hafaz lafaz tidak faham
biar faham jangan berkait-kait
tidak mahu kalah ego meruap-ruap

kalau ada bodoh tue jangan terlampau perlihara.
buanglah jauh-jauh
supaya anak cucu tidak waris.


Wednesday, April 11, 2012

surat aku untuk diriku 2

......

ketahuilah hati bahawa dunia ini terlalu penuh kepuraan sehinggakan kita sendiri tidak dapat membezakan akan kedustaan dan kebenaran,lantaran membuatkan semua yang ingin dilakukan terbatas kerana sebab itu.Usah risau jangan takut,tidak ada yang perlu dikhuatirkan jika kauberserah segalanya kepada tuhan.Dia lagi maha mengatur segala urusan.sedangkan kita tidak tahu akan aturannya.

misteri itu adalah dirimu,
mereka tidak akan tahu jika kau tidak memberi tahu,begitulah sikapmu dari dahulu mungkin akan kekal.kerana kau tidak pandai berkata merayu luahan domba.kau lebih tahu apa yang kau lakukan sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka buat.percaya pada diri,bukan bangga sendiri.lupakan apa yang mereka kata,kau teruskan apa yang dilakukan.aku percaya dan yakin kau lebih dari apa yang disangkakan.

sekian sahaja cerita kita buat waktu ini,jika ada keizinan waktu akan dititipkan lembaran surat sebagai ingatan.aku sentiasa bersamamu di sisi.


salam dari insan yang menyayangi kamu.

Monday, April 9, 2012

Cukuplah sekadar untuk merasa

Jika kita tanya pada diri ini,dia bilang biasa

Jika pula kita tanyalah hati,dia hanya memberi rasa

Tapi jika aku tanya pada perasaan,aku gembira dan aku kecewa

Tidak pun aku tidak kau kenali cubalah untuk tahu

Bayang-bayang yang ada aku berikan bukan bayangan gurauan

Untuk kau lebih menyedari akan adanya seorang insan ini

Aku bukan pengemis

Aku bukan peminta

Aku jua bukan perayu

Aku tahu setelah aku mengintai di balik laman dunia

Kau memiliki Dan sudah dimiliki

Jika aku seorang pejuang,perang akan tercetus

Tapi aku seorang penjaja sahaja

Yang menjaja kata kata untuk mereka mengerti

Katakan lah pada dunia ini semua sementara

Biar alam khabarkan nanti aku mencari waktu itu

Tahniah dan terima kasih buat kamu

Kembalikan segelumit rasa yang pernah aku rasa

Senyuman dahulu terukir saat tatapan kertas potret wajah

Ada apa pada gambarmu

Kerana itu hanya hati sahaja tahu

Tersenyuman dan teruskan pada senyuman

Siapa tahu senyuman itu adalah sebahagian daripada insan

Andai kau tahu,bacalah untuk pengertian.

Lama aku tidak senyum begini

Sudah lama aku tidak begini

Senyum tidak ketawa,ketawa tidak seperti senyum

Berada antara kedua-duanya tandanya orang kata itu bahagia

Sambil itu aku sampulka perasaan aku yang gembira

Untuk siapa tahu akan membantu

Tapi bagi aku cukup mereka tahu untuk diberitahu

Alangkah indahnya perasaan ini,

Apa pada daya untuk mengatasi upaya

Maafkan aku wahai hati tidak sengaja aku untuk memperlakukan sedemikian

Niat ini tidak akan dihalangi atas sebab

Aku jua punya pendirian sebegitu aku perlu lakukan

Aku tahu setelah aku selidiki di laman cerita dunia

Bahawa dunia kami berbeza jauh berbeda

Akar tidak akan sama dipanggil buah

Disekebun bunga,bunga lagi memilih tuan

Maka aku simpulkan dalam kata aku untuk rayuan pada hati

Cukup Aku kembalikan perasaan yang pernah dilalui dulu hati untuk kau masih tahu rasa itu.oh hati,bergembira seperti kau gembira ini.kerana itu yang aku mahu.


Wednesday, April 4, 2012

surat aku untuk diriku

kepada seorang aku yang memiliki diri sendiri tanpa siapa tahu tentangnya,

aku kirimkan surat ini untuk kau ingat aku saat aku semakin jauh meninggalkan diri mu.Menjarakkan keadaan sedang aku tidak sedar bahawa semua yang berlaku terlalu cepat tanpa kita sedari.Apa khabarnya kau di sana wahai dirimu? saat dunia ini semakin usang dengan keadaan merunsingkan.Seakan sudah jemu ianya menitip keruhan suasaan yang tidak mendatangkan apa-apa kepadanya.Aku harapkan agar kau baik-baik sahaja disamping keluarga yang tercinta.

aku disini berada dalam kegurasan perihal diri aku,setelah sekian lama aku melihat apa yang ada dihadapan dan aku hadapi,sungguh hanya dugaan dan cabaran.siapa tahu saat aku menulis surat ini tatkala aku sedar aku semakin lupa akan dunia ini terlalu banyak mengabaikan aku.maafkan aku wahai diri,aku hampir sahaja tidak mengingatimu tapi hanya kerana sebuah buku aku ingat segala tentangmu.

Bagaimana pula si hati kalbumu? adakah ianya sudah sembuh dari kenazakan dahulu.semoga ALLAH sentiasa menjaga dan memberi petunjuk padany.Aminn Ya Rabb..

wahai diriku,jangan kau lupa akan janjimu yang telah kau termeterai antara aku dan dirimu.Janji bukan sekadar kata yang kau ungkap semudah bicara tanpa kau fikir.masihkah kau ingat janji-janji itu lagi? atau kau sudah lupa akibat di mana kau berada sekarang ini?..jangan sesekali sebegitu hati.jangan.ingat pesan aku,janji itulah melihatkan siapa diri kita...

oh dirimu,sungguh aku kasih akan dirimu yang jauh sudah pergi tanpa kau membawa aku sekali.aku ingin berpesan padamu,bergantunglah kepada yang ESA,kerana dia lebih tahu perihal tentang kita.jangan pernah ingkari.Percayalah,dunia penuh dengan lakonan.Mintalah bantuan dan bimbingan petunjuk dari-Nya..semoga kita berada dalam lindungan-Nya...Aminn..

....................................
(sambungan.....)

Monday, April 2, 2012

Jangan pernah sesali

Semua itu kerana atas kejadian yang berlaku

Menghukum diri sendiri adalah bodoh kerana kebodohan

Mengisi ruang benam jiwa untuk menyesali adalah pengajaran

Tetapi tidak untuk selamanya disesali

Ya aku akui bodoh itu bukan milik sesiapa tapi milik dari aku

Tapi aku turut mengatakan adalah lebih perit segalanya bila kita mulai menilai apa yang berlaku itu atas dasar apa

Aku juga pernah katakan semua untuk kesenangan bersama

Walhal ya lebih menyenangkan pada sendiri pendirian sendiri

Usah pernah sesali

Jangan pernah akan untuk kembali

Bilalah semua itu datang dan pergi tanpa mampu kita halang

Lepaskan dan biarkan kerana itu adalah hak mereka

Yang ada pada kita adalah pilihan dan mereka miliki kebebasan

Aku akan kata,

Kerana ku sanggup

Kerana itulah aku lakukan semuanya membutakan mata menulikan telinga

Kerana aku sanggup

Kerana aku sanggup

Dan

Kerana aku sanggup

 

Sudah sesekian lama aku tidak mengutuskan tinta.seakan akan nanti aku akan titipan khabar tentang berita jangan khuatir dan janga risau.aku tulis aku kata kamu lihat kamu bacalah untuk pengertian.kelak nanti bila waktu itu tiba,biar apa yang aku harapkan dulu menjadi kenyataan.aku tidak kejam,tapi aku tuntut hak aku...

 

Thursday, March 22, 2012

Dua sejoli

Saat lagu mulai didendangkan maka mencarikan si pena di pentas tinta

Mensyairkan kata bahasa tentang cinta

Terjulanglah semua kenikmatan saat diri sendiri tidak merasa

Aku mulai merasakan seakan bahagia itu kembali

Menemani aku menari bersama sang pena yang sudah usang

Aduh,

Tidak terlampau bagi aku mengatakan hawa itu hati adam

Sebegitu juga adam itu hati si hawa

Tercipta untuk saling melengkapi

 

Alangkah indah sebuah rasa itu

Berikanlah aku ini peluang untuk melalui kembali saat yang indah itu

Siapa lagi sudi menemani aku menulis lagi?

Untuk aku curahkan lagi perasaan aku

Agar kau baca saat merinduiku

Siapa yang sudi mendengar cerita ceritera aku?

Mereka yang ada sibuk dengan cerita sendiri

Sehinggakan aku tulis aku baca

 

Hadirkanlah biar ia datang

Aku tidak paksa dia untuk datang

Sempurna itu bukan milik kita tapi melengkapi itu hak kita

Kurang itu anugerah lebih itu kelebihan lantaran memberi nikmat

 

 

 

 

Tuesday, March 20, 2012

Tidak hanya merasakan

Jilka Ada yang bertanya tentang karya ini biar aku yang jawab

Pasti nanti Mereka akan Lebih mengerti perihal kata iTu

Atas penerangan iTu kamu Lebih bertanya Pada aku

Kenapa mampu kau cerita tentang cinta sedangkan kau tidak mengalaminya?

tidak semua ini perlu dirasa barulah dikejelaskan?

 

Sejenak masa untuk aku terangkan

Semua yang ditulis tidak hanya kerana merasa,

Aku lihat aku dengar aku tahu

Aku coretkan pada tinta yang ada ini

Kerana aku tahu aku buka seorang pembahas yang petah berbicara

Aku juga tidak tahu bagaimana untuk menyuarakan dengan berkata lisan

Maka aku biarkan jari jemari aku meluahkan kata yang ingin diperkatakan

 

Kalian ambillah hasil ini dan berikan kepada sesiapa

Untuk mereka faham lagi mengerti

Kenikmatan yang ada tidak semestinya untuk dirasa

Semua itu adalah luar daripada biasa

Namun,

Jika ada yang bertanya padaku untuk siapa ianya ini

Aku hanya diam dan aku terus berlalu

 

Penuh dengan kejujuran

Aku lihat aku jua merasakan

Tentang keadaan anak kecil yang tengah lena

Saat dunia semakin menggusarkan keadaan

Dia seakan ingin memanggil aku masuk ke alam mimpinya

Tidurlah sayang,

Biar aku berada di sisimu hanya melihat

Akan,kejujuran ketelusan tidurmu

Aku hanya mampu katakan,

Semoga duniamu lebih indah daripada duniaku sayang..

 

Saturday, March 10, 2012

bila saat kita untuk lebih memilih

bila tiba waktu untuk kita memilih antara pilihan
kekeliruan mulai menguasai keadaan
antara kepentingan dan sampingan menjadi taruhan
kebaikan adalah lebih diutamakan sedangkan keburukan seiring bersamanya
mereka kata jangan bermain dengan risiko
dia mengatakan carilah untuk kesenangan
kamu menyarankan tetapkan untuk masa hadapan
kalian pula mahu kata apa?

jangan risau usah runsing
keputusan ada pada diri kita untuk memutuskannya
katakan Ya untuk kepastian
tegaskan Tidak untuk penetapan
jangan takut kerana semua itu adalah andaian
jika masalah pada keputusan,minta pada Tuhan untuk memberi petunjuk
kerana Ia-Nya lebih pasti dan lebih mengetahui
siapa yang memberi siapa juga yang menentukan

rasionalnya adalah kita sendiri
akal dikurniakan untuk digunakan sebaiknya
yang baik itu tidak semestinya terbaik
yang buruk tidak tidaklah seteruknya.
fikirkanlah..

Wednesday, March 7, 2012

sekian terima kasih

Assalamualaikum.

kehidupan perlu diteruskan itu adalah pasti.walaupun tanpa siapa yang berada menyokong akan tetap teguh dalam pencarian.

aku lihat,dunia ini terlalu banyak teka-teki yang sukar untuk dirungkai melainkan setelah kita hadapinya barulah kita ketahui perihalnya.siapa tahu tentang hal jika hanya aku sahaja yang mengetahui. Aku seorang pendengar tetapi bukan seorang penyerap.kerana aku tidak mahu untuk menyerap apa yang aku dengar,aku syukuri walaupun aku miliki pendengaran yang tidak sejelas nyata namun untuk aku dengar kata hati ini mungkin cukup.

keseorangan dalam pencarian,
jika dahulu walaupun bersama dengan seseorang yang istimewa pun aku seperti menelusuri dunia ini sendiri apatah lagi dengan keadaan aku sekarang ini.buang dibuang terbuang,apa tempat aku dimata mereka.siapa aku di sisi mereka.cukup kali aku hanya insan yang menumpang di sudut dunia ini.adanya aku umpama tiada.lagi jelas aku hanya dinding pemberat.makan sisa-sisa serpihan kebahagian yang mereka jamah dalam kegirangan.

keputusan untuk tidak melahirkan reaksi yang dahsyat,
fikirlah semasak-masaknya jangan sahaja sampai hangus.kerana keputusan yang dibuat akan mengubah semua persepsi mereka yang mendengar.penerimaan antara YA atau TIDAK.kiralah segala aspek yang ada bukan hanya faktor semata-mata.mereka kata aspek adalah kekal dan faktor adalah sementara.perlu aku jelaskan?

sekian terima kasih.

Saturday, January 28, 2012

apa makna semua ini?

masih ada tulisan yang belum kering atas tinta itu
kerana aku guna pena yang lama
mencoretkan tentang perkara lama
mengungkitkan kisah lama
cuba untuk melakar panji kemenangan diri
tetapi rapuh di dahan realiti
tolong jangan calitkan apa-apa
kerana ini semua bukan kau yang punya

aku meniup-niup tulisan berdakwat putih
sambil-sambil aku fikirkan makna aku tulis
sendiri aku mengeja mencari suku kata silang bahasa
apa makna semua ini?
apa maksud ini semua?
apa ertinya semua ini sekali
tulisanmu putih tanpa warna,bukankah putih itu juga warna
ayat katamu bertingkat-tingkat,bukankah mudah untuk kau baca
silap bukan salah
salah tidak silap
undur jangan kebelakang
depan bukan di sana.

Wednesday, January 25, 2012

tahun 2012

salam buat kalian,

telah terlambat bagi aku untuk mengucapkan selamat tahun baharu 2012.Lambat atau tidak itu tidak menjadi soalnya yang penting kita terus bersyukur dengan berdiri kita ini dengan ada apanya.

lebih aku utama adalah diri ini yang terlalu jauh daripada sanubari yang kebelakangan.akan dicuba untuk kecapi kembali apa yang tingga.

teruskan berbahagia buat kawan sekalian,tiada apa yang mampu aku bekalkan melainkan memberi kata-kata yang lebih bermakna untuk kita mengerti.

semoga kita sukses selalu.jangan mudah berputus asa.