Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Thursday, December 30, 2010

dia apex aku acai



masih belum terlmbat bgi shary untuk mengucapkn tahniah dan syabas buat pasukan bola sepak kita,MALAYSIA atas kejayaan mereka merangkul Piala suzuki baru-baru ini.
bangga aku ini atas kejayaan mereka.walalala.mantapla.


yang paling tip top kamu mu tahu siapa? c apex la.siapa lagi.dalam alam blogger terus naik bha nama dia.ceh! cemburu rabun aku.wahha.

tapi aku tetap puji permainan dialah.teruskan perjuangan mu ya.
safee pun apa kurangnya juga.larian yang mantap dan ada tindakan penyudah.tetapi yang perlu dia baiki adalah perlu lebih berkerja keras sikit.ketara sangat banyak berjalan.betul ma>?
buat kuna,ko memang paling fit la bro.larian yang padu,tidak pernah putus berlari.tabik la.!

okla.wahai apex pujaan hati wanita malaya.ini aku si acai pujaan gadis-gadis
borneo.wahaha.betul ka tidak,tanya la si bayau k.

kata hati:teringat sewaktu zaman kegemilangan shary dahulu kala.sudahlah fit,kurus,tegap,dan mcaho sikitla.huhuhuh.shary tetap bersyukur la.

Saturday, December 25, 2010

anakku sazali:adakah bapa yang bersalah?

akhirnya shary dapat menonton cerita ANAKKU SAZALI sehingga tamat ceritanya.Mesej yang ingin di sampaikan melalui wayang itu sungguh jelas,nyata,dan berkesan.

pak cik shary dulu ada bertanyakn sama ada shary habis menonton wayang itu atau tidak dan shary menjawb "gantung" hehe.tapi kali ini sampai habis shary tengok.yang lebih mantap lagi pada slot di mana sazali mengaku tentang perbuatannya itu dan ditampar oleh bapanya.dia mengatakan begini,
"..jika sepuluh tahun dahulu bapa lakukan sedemikian,barangkali sazali boleh jadi baik.."
start dari sinilah shary suka.perrggh! mantap la.hehe.

kasih sayang,didikan anak,kemewahan,kepercayaan
dan banyak lagi persoalan yang diwujudkn.membuatkan kita kembali ke alam yang nyata.siapa dan di mana.

shary pun berfikir,bagaimana,adakah,mungkinkah.

fikirkanlah..

p/s: selamat tinggal bapa sazali....


Monday, December 20, 2010

makan dan gembira

Tidak dinafikan semua orang sangat sukai makan malahan makanan juga merupakan sumber utama bagi kita untuk hidup. Benarkan.wah! macam mahu membuat karangan tingkatan 3 pula.wahahha.

Benar atau tidak apa yang shary katakn? jika ya katakan benar,seandainya tidak katakan tidak.hehe.

sebagai manusia juga kita pasti mempunyai impian untuk sentiasa merasa gembira sahaja kan.tidak kira masa,waktu dan tempat.Shary percaya bahawa tiada manusia yang hidup sangat mengimpikan akan kesedihan keperitan dan segala yang menyusahkan.

jika dahulu bila tiba shary merasakn sangat sedih pasti shary rasa mahu makan puas sepuasnya nie.sampai kenyang.Tidak tahu kenapa begitu tapi realitinya begitulah.
kawan shary juga mempunyai tabiat yang sama.katanya kalau dia merasa sedihkn,dia akan makan puas-puas.

jika shary terus makan saja,pemikiran shary tidak akan memikirkan tentang apa yang berlaku .kita hanya fokus dengan makan yang sedap itu kemudian akan merasa kenyang.

ramai juga para gadis-gadis melakukan sedemikian seprti makan aiskrim,makan snek,makan maggie dan sebagainya lagi.

konklusinya,daripada kita memikirkan tentang kesedihan dan kekecewaan itu adlah lebih baik kita makan saja la.kn best makan ja tanpa memikirkan apa-apa.
cuba kalian lakukan sedemikian,pasti akan gembira itu.\
percayalah.

p/s:selepas makan berabis tue jangan lupa untuk lakukan senaman aa.bakar lemak-lemak yang kesedihan tue.hehe.


Friday, December 17, 2010

seronoknya masa remaja mereka


(lokapku adalah diriku)


shary baru saja tengok gambar-gambar member dalam facebook mereka,seronoknya mereka shary tengok.huh! apa tidak nya seronok kerana enjoy,bebas,dan gembira nie.
Bila shary tengok kn,tidak perlulah dengar cerita daripada mereka kerana hanya melalui gambar itu sahaja menunjukkn segala perasaan merka.wah! sungguh aku mencemburui mereka.

iyala,mereka belajar tinggi-tinggi di menara gading seperti yang diimpikan.Berjumpa lagi dengan kawan baharu,lagi lah banyak cerita kn.hehe.
shary masih ingat lagi suatu ketika dulu keluar sama kawan lama,sungguh romantiknya.wahahaha.Romantik konon,ceh! jiwang kau shary! hah!

ketika ini,shary masih lagi duduk di kerusi yang sama dengan pemandangan yang seringkali dan asyik kali shary pandang ketika boring.OPppss! boring? bosan? tiada ada dalam kehidupanku.yeah!

seiapa tahu nanti shary sudah bergelar Perniagaa yang berjaya,shary akan kejar balik waktu dan detik ketika dahulu bersama kawanku.

alhamdulillah shary bersyukur bahawa hidup ini adalah indah walaupun derita.

ayuh kawan-kawanku,teruskn kegembiraan itu..
jangan sesekali biarkan kesedihan memasuki di ruang kehidupan kita.


herm-erm.
shary ingin katakan di sini bahawa,
shary cemburu dengan kawan shary yang lain.* huhu*




Sunday, December 12, 2010

bacalah untuk pengertian:genapnya sebuah perpisahan

kepada kau yang bernama indah untuk aku kenang,

Seakan aku tidak menyedari akan waktu yang menjenguh di saat aku mulai sedar pada realiti.Aku sedar dan aku akui semuanya masih jelas ada pandangan ini walaupun semua itu hanyalah tinggal kenangan.Masihkah kau simpan kunci hati yang aku berikan kepada diri dahulu ataupun sudah kau biarkan tidak kau endah.Sungguh bermakna pemberian itu bagiku kerana bukan pada nilai harganya tetapi pada makna yang tersimpan disebalik kunci hati itu.Bagaimana aku hendak membuka pintu hati aku untuk mereka yang lain sedangkn kunci hati aku itu ada padamu kekasih.Jiwa ini meronta ingin bertemu dengan kau tetapi apa akan pada daya untuk mengatasinya,aku hormati keputusan kau dengan apa yang kau mahu. Kau punyai hak,aku mencuba menuntut hak aku tetapi hak kau adalah lebih berharga.

Duhai pernah mengetuk jiwa ini,

sungguh indah lagu yang dimainkan tatkala cinta masih indah untuk dirasa.Tiada satu apa perkara yang mampu menghalang kita melainkn ketentuan yang ditetapkn.Aku masih ingat lagi saat kau masuk wad kecemasan dulu,aku sangat takut akan kehilangan kau.Aku sanggup ke hospital untuk bertemu dan melihat kau walaupun hendak ke sana amat payah keadaannya.Aku tidak kisah tentang penat aku yang baharu sahaja habis kerja dari pagi.kerana kau aku sanggup.
waktu itu,aku melihat wajahmu yang menahan kesakitan,aku juga terasa.sungguh aku merasakn jua.lalu aku usap kepalamu dan ku urut jari jemari mu agar kasih yang aku berikan itu mampu
mengatasi sakit itu.aku tidak akan lupa pada waktu itu.

wahai kekasih,

kenapa perlu wujud perpisahan tatakala kita tidak menduganya? adakah ini kau yang merancang semua ini? adakah kau sengaja?
aku tidak dapat menahan semua yang berlaku ketika saat kau memutuskan untuk berpisah.aku menangis.aku menangis.aku menangis.Oh,tergamak aku diperlakukan sedemikian.kenapa sayang? kenapa baby?
aku hampir saja menjadi gila kerana perkara ini.Aku hilang kewarasan.Aku hampir-hampir di hidapi penyakit berbahaya.

awak,
sempena segenap setahun perpisahan,aku masih merasai atas apa yang berlaku antara kita.antara aku dan kau.sungguh indah kenangan itu.walaupun perit aku tetap menerima hakikat dan realiti yang terjadi.
semua apa yang dikatakn dahulu adalah dusta belaka kn.Sampaikn salam sayang buat keluargamu yang sungguh baik.aku anggap mereka juga keluarga aku.terima kasih.aku akan temui kalian nanti untuk bertanyakn khabar kamu itu pasti.aku memohon maaf atas salah aku.dia sudah membuat keputusan dan aku sungguh rasa bersalah dengan kamu.Aku malu atas apa yang berlaku.maafkn aku.semoga suatu masa nanti kita akan bertemu lagi tanpa dia(anakmu)

aku,
akan teruskn menjelajah kehidupan yang pernah di katakan dahulu tiada makna dan tiada apa-apa.aku akan mencari makna yang jelas.aku akan membuktikan segalanya akan baik sahaja jika aku yakin.Allah masih sayang pada aku.
kemaafan tiada pada nama itu.

noktah!

Sunday, December 5, 2010

aku ingin pulang tetapi aku masih di sini

aku ingin pulang,
ke masa-masa yang terdahulunya indah
untuk aku menemui mereka yang aku rindui

aku ingin pulang,
menerobos tingkap masa lampau
mencari kekuatan kebatilan yang dahulunya aku miliki

aku ingin pulang,
seperti mereka yang merindui detik terdahulu
aku juga seperti mereka
berkata banggakn masa yang dulunya itu sungguh indah
senyum senda ketawa gurau
menangis tiada semua itu tersembunyi di sudut masa

aku ingin pulang,
untuk kembalikan kehebatan aku kegemilangan aku
siapa aku
siapa mereka

namun,
aku tetap di sini,
dalam meneruskan kehidupan yang entah apa perjalanan
yang diterusi untuk menelusuri renjau masa hadapan

aku tetap di sini,
dalam memperjudikan tentang kehidupan aku
siapa tahu siapa mahu
terima dengan seadanya
itulah redha

aku tetap di sini,
mencari dan membina kenangan yang baru
tatkala kenangan lampau menjadi igauan dan ingati
akan aku kenang
akan aku ingat
dulu kini dan mungkin selamanya.