Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Tuesday, August 27, 2013

cinta jangan engkau pergi

cinta,
mulanya aku tidak tahu akan keberadaanmu
pada waktu dan tempat yang tidak terjangka pada saat itu
aku hanya menidakkn bahawa semua ini adalah kebetulan
tidak mempunyai maksud dan hasrat

cinta,
mungkin jika tidak kita bertemu pasti tiada dinamakan rindu
terasa aku ingin sahaja ini bertemu kamu
terjangkau keadaan minda memikirkn,jika aku meronta
hati aku terus menahan dari menlakukn
sambil itu aku pandang siapa aku untuk meraihnya

cinta,
izinkan aku mempuisikn semua katamu
agar kelak nanti aku rindu,aku baca katamu
rasa ini aku tidak mampu menangguhkn
sekalipun dunia mengatakan bahawa aku dan kau adalah mustahil
aku mahu meluahknnya agar tiada itu sesal dalam hidup ku

cinta jangan engkau pergi
puisi ini masih belum habis aku tulis
jika kau pergi apa kata yang mahu aku tuliskn lagi
sedang puisi ini adalah kamu
biarkan aku menghabiskn semua puisi ini agar nanti aku bukukn untukmu

cinta jangan engkau pergi
aku tidak tahu akan makna lagi jika kau pergi
senyum ini tiada makna
deria aku tiada rasanya
cinta,kau dekat.dekatlah...

cinta jangan engkau pergi
kerana kau tidak mahu sendiri
aku takut akan sendiri

Monday, August 26, 2013

aku impikan sebuah buku

Assalammualaikum buat kalian,

sambutlah salam dari aku buat kalian.semoga kalian dibawah lindungan dan rahmat Allah swt. tatkala kita semakin tua pada waktu,sedarlah bahawa tiada terlambat untuk kita memulakn sesuatu yang lebih baik untuk diri dan kehidupan kita.

aku ingin berkongsi sebuah cerita kisah pada realiti dunia yang diadaptasikn dari khayalan impian.sebenarnya ini adalah cerita impian aku sejak aku mula menulis dan berkarya.semoga kisah ini akan mampu menjadi titik tolak bagi kalian untuk melakukn apa yang kalian impian pasti akan tercapai.

kisah mulanya sebegini ceritanya,
 
aku mula berkarya pada umurku menginjak usia 15 tahun.Pada usia yang sebatang pinang yang baru sahaja menumbuh.dunia aku kenal hanyalah sedikit berbanding teman di waktu usia aku yang mereka acapkali membawa aku untuk bersama,namun aku terhadang oleh didikan dan ikatan orang tuaku.maklumlah,anak seorang pendidik seperti aku lebih ditegaskn.lantaran aku menyerahkn diri.

aku menulis kerana aku kenal itu cinta,kerana itulah aku banyak menulis perihal tentang cinta dan perasaan.pada jiwa yang memberontak,aku luahkn pada penulisan yang hanya aku saja yang tahu akan kisahnya.

itulah awal pada bagaimana aku mula berkarya dan sampaikn saat ini,Alhamdulillah aku terus berkarya.selagi mampu akan aku teruskn mencipta karya.

pada umurku 15 tahun,cikgu aku ada menceritakn bahawa perihal seorang penulis.terkenal hanya pada selepas kematiannya.selama hidup si penulis itu,dia ada menghantar karyanya ke akhbar namun ada yang menerima dan ada juga yang menolak.namun,dia tidak pernah berhenti berkarya.pada saat selepas kematiannya,keluarganya ingin mengemas kamar tidurnya lantaran menemukn karyanya di bawah katilnya yang dia simpan.ahli keluarganya tersentuh lalu membawa dan mengumpul karyanya itu untuk disiarkn sepertimana yang tertulis pada tulisannya itu.
karnya si penulis itu tersiar dan dibukukn bukan kerana apa,hanya ingin mencapikn impian si penulis yang terpendam selama hayatnya itu.
dan aku ada membaca karyanya.aku lupa akan judulnya apa.sungguh menyedihkn bagi aku untuk kelupaan ini.

selepas aku mendengar kisah itu,aku berfikir sedalamnya.
"..bagaimana pula keadaannya aku nanti dengan karya-karya yang aku punya?..adakah akan aku mengalami nasib yang sama seperti si penulis itu,atau sebaliknya..."

pada waktu itu jua aku menanam impian aku,bahawa aku akan membuat buku aku sendiri.hasil aku sendiri.

setelah 9 tahun,aku mencuba merealisikn impian aku.aku mahu punya buku sendiri.lalu aku kumpul karya aku,karya terbaru untuk aku simpan.print sendiri,kemudian aku buat macam folio.mungkin agak lucu bila aku melihatnya.tapi aku sangat bersyukur,kerana aku dapat merealisasikn impian aku,tidak pun menjadi buku.tapi sekurang ada rupa boleh jadi buku.cuma tinggal diberi kulit keras sahaja seperti tesis-tesis.cukup bagi aku.

kenapa aku mahu membukukn karya aku?
kerana aku mahu anak cucu aku tahu siapa aku,mereka belajar tentang hidup,perihal cinta,melihat dunia,memikirkn dunia melalui penulisan aku.mungkin kalian juga membaca karya aku,kerana itulah aku menamakn buku aku itu,
 "BACALAH UNTUK PENGERTIAN"

mungkin ada diantara kalian tahu bagaimana caranya untuk membuat buku,tolong beritahu aku.jimat dan terbaik.(aku tidak punya modal besar untuk membuat buku,tapi aku mahukn yang terbaik untuk buku karya aku)

teruskn berimpian kalian,teruskn mencipta impian.siapa tahu.selagi mampu kita lakukn dan laksanakn pasti inshaAllah akan berhasil.

buku aku print sendiri,kemudian buatkn seperti folio ini tidak pun seperti buku,tapi aku kumpulkn pasti akan menjadi buku.doakn aku berhasil kalian.





Wednesday, August 21, 2013

apa khabarmu ila

aku tahu akan kamu membacakan perihal aku dalam tintaku ini
walau keadaan sekarang sudah berbeda antara aku dan kau
dunia ini tidak mampu membuktikn suasananya

Apa khabarmu disana?
dalam keberadaan perbedaan yang sangat membataskn
benar.aku tahu kamu siapa dan punya siapa
kenapa kehadiran mu dahulu masih menghantui aku?
pergilah bersama janji yang akan ditanya kelak nanti
bersediakah kau dengan jawapan di muka pengadilan abadi?
atas apa yang kau janji dan kau lakukan pada insan yang hina ini

bagaimana dengan hidupmu?
adakah seindah seperti impian yang kau impikan?
seperti khayalan pada langit yang selalu kita ingin cerahnya
adakah hidupmu seperti pengaturan permainan dunia yang kau rekakn?
atau lebih dari apa yang kau impikn barangkali kau dapat..

sengaja aku soalkn disini kerana pada awal pertanyaan aku adalah khabar
skop meluas pada kehidupan dan perjalanan kau di muka bumi Tuhan yang smentara ini
pasti kau bertanya akan aku kenapa perlu aku bertanyakn tentang itu,
aku beri jawabannya kerana aku tahu kau tidak punya damai disana benar..

mari aku perjelaskn disini,
asyik kali aku bermimpi akan diri kau muncul pada lenaku yang damai
bertanyakn akan khabar padaku,tapi aku jawab semuanya Alhamdulillah
diakhirnya kau meminta aku untuk memaafkn kau.dalam mimpi.
kau merayu agar aku memaafkn kau atas semua itu,namun aku lebih pantas berdiam diri
jika hanya sekali barangkali hanya kebetulan,namun berulang kali punya sebabnya benar.
tanyalah diri sendiri

aku membuat nilai atas kelogikan akal dan ilmu
bahawa,
kau kini menjadi hamba pada cita-cita yang kau rakus mengejarnya
setelah apa yang kau lalui setidak sama seperti yg kau harapkn
kau menjadi pelakon dan terus berlakon untuk menampakkn bahawa semua ini baik sahaja
pada realitinya hanya kau dan tuhan saja yang mengetahui
semua ini tiada apa perlu dilakukn hanya kau redho pasrah dan menyerah

jika kau meminta maaf dariku,
maaf itu bukan ada pada aku
karma itu adalah hadiah kiriman tuhan
ia tidak diberi serta merta tapi secara perlahan dan peringkat

kisah kita,
masih belum ada yang selesai antara aku dan kau
selagi mana ada yang perlu aku tunaikn
aku akan laksanakn
kerana aku punya impian,
aku punya harapan dan cita-cita
rasanya tidak salah untuk aku tunaikn terlebih dahulu
sebelum keterlewatan waktu
agar aku tidak pernah akan menyesal dalam hidupku

berbahagialah
dan bergembiralah



Wednesday, August 14, 2013

cerita sajak lembah kialilul

warkah buat ila,

mungkin aku terlebih dahulu mengetahui akan keadaan antara kau dan aku sepertimana yang pernah aku tuliskn.Lembah kialilul itu menceritakn perihal persoalan aku tentang keadaan dan impian yang aku miliki.pada pertemuan aku dan kau,lagi menjelaskn bahawa pasti akan tercapai semua ini.kita pasti bersama,namun diakhir kata itu aku ada katakn bahawa seandainya semua ini antara kau dan aku adalah sekadar mainan dan percubaan bagimu cuma beritahu aku.ternyata.semua ini berlaku benar ila..

inilah sajak yg aku coretkn,kau jua menyukai mungkin mengetahui maksudnya..

lembah kialilul


di antara perbatasan sukma aku memulaikan sebuah cerita
mensyairkan dan lebarkan kata yang akan alam lebih ketahui
sedang mereka hanya pegun pada tempat yang tidak diganjakkan 
hanya menyiyakan apa yang diutarakan sambil mengiramakan alunan bayu yang menyempoi suasana
asyik saja langit itu semakin tinggi aku dongakan akan terus aku tanya,
kenapa perlu wujud perasaan ini dibait-bait suasana yang sendiri kita tidak tahu?

siapa sahaja insan tuhan pasti akan ketahui apa dan kenapa perlu sebegini
walhal ini pada realiti kewarasan minda adalah semudah mencipta satu garisan yang lurus
hakikatnya tidak seperti kata mereka kamu dan kalian

kita mampu mencipta sejarah
kita mampu membuat kisah 
kita pasti akan tahu akan keadaan dunia,
tapi adakah kita mampu untuk memahami keadaan itu

seakan hadir satu bayangan yang seakan memanggil untuk memberi syarat ia mencariku
namun itu hanya bisikan hati yang melahirkan gemaan detikan jiwa
lantas aku sakit di dataran sepi

dilembah kialilul,
adalah tempat untuk aku coretkn semua yang tidak aku sendiri tahu
cerita tiada titik,
berita tiada khabar..

jika pasti dan sanggup,katakan dan yakinkanlah..
andai keadaan ini sekadar untuk diuja dan diterka,
aku sudah biasa dengannya hanya perlu jujur...


bacalah untuk pengertian

bacalah ila..

kepada awak dari aku
sengaja aku coretkn kata-kata terindah
buat awak yang pernah mengindahkn duniaku

hampir sahaja aku tidak menyedari
pena ini sudah semakin tidak mampu menari lagi
pada pentas kertas putih yang dihamparan ini
titik demi titik tiada pun melodi yang berlagu
menghabiskn masa hanya melihat pada jendela lampau
kau aku lihat pada waktu ini bukanlah kau yang terdahulu
pada khayalan ilusi minda menjangkaui batasan fikiran
terlalu halus sehingga aku yang memaksa untuk memikirknnya
hanya sendu sahaja mampu bersama sebak tiada nada,sedihnya

ternyata,
sudah tiada kata lagi mampu terungkap
atas apa berlaku antara aku dan kamu
sehingga alam sendiri tidak mahu mengilhamkn
tinggallah nada-nada tidak berlagu
tinta kehilangan kekasihnya
pena tiada cinta
lalu kalam semakin merindukn

aku biarkn pena,tinta,serta kalam itu
biarkn tanpa sebab yang mampu aku katakn
mungkin 
ada masa nanti pasti akan aku temuinya kembali
ilham itu tidak bersamaku

Thursday, August 8, 2013

gadis bertudung biru

gadis bertudung biru 


lihatlah gadis itu,
dia punya kisah cerita 
aku ceritakn pada satu helai kertas ini sahaja

alkisahnya,
dia punya hati yang terlalu suci
kesetiaannya mengenggam cinta itu adalah taat
mengatakn sendiri pernah ia bersabar atas masa
impiannya cuma satu
seperti gadis anak sunti
mahu mencapai cinta sejati pada jangkauan hidup muda
bertahun setia pada dia lihat pada dasarnya
akhirnya ternoda kerana pihak ketiga,tiada ikatan tiada simpulan
dia tidak mahukn terima kenyataan nyata
merayu pada dunia yang hina
sungguh tidak menyangka
kerana terlalu cinta

mengubati hati itu tidak semudah memadam tulisan
seperti jua hidup dia teruskn sambil melihat dunia yg realiti bukan untuk dia
sambil membiarkn apa yang terjadi dia melepaskn apa yg ada
untuk mungkin membuka mata dunia yg sempit baginya

bertemu dengan insan yang mampu mematahkn keegoan hati bukanlah mudah
ada sahaja yang mencuba dengan pelbagai cara berbagai gaya
ketelusan hati itu lebih diutamakn
dia bertemu seorang insan dipersimpangan jalan yang dilalui
melalui kehidupan ketawa itu bahawa menangis itu derita
resam dunia insan yang bercinta
pagi menjadi malam yang berbintang
malam mencari pagi yang hangat
terbatas antara dia dan insan adalah kepercayaan pada yang satu
sehingga berdebatan membuka hujah,mempertahankn apa yang dipertahankn
akhirnya tinggallah suatu keputusan
berpisah bukan kerana cinta
berpisah bukan kereana rela
berpisah kerana kepercayaan

sekali lagi dan selepas itu berkali lagi
dunia dia lihat terlalu banyak lakonan yang membuatkn dia menangis 
sehingga mata yang indah menjadi hitam pada sucinya putih
doa menjadi sumber kekuatan
harapan terus membina impian

dalam waktu yang terjalani 
sebab dan asbab itu tiada yang ketahui
dipertemukn seorang insan yang dia tidak tahu siapa
dari temannya yang ada mengatakn ingin tahu cinta
lalu bertemulah di atas pertemuan yang dia dan insan itu tidak punya harapan
hanya bertemu atas dasar bertemu cerita dan berkisah
namun,
ternyata siapa sangka masing mereka sudah terjatuh cinta 
tanpa dipaksa tanpa diduga semua itu datang sendiri,kurnia dari Ilahi

bersama itu mereka mengenali antara satu dengan lain
berkongsi kisah hidup dan kisah cerita yang membuatkn hati mereka mengatakn satu pengertian
akhirnya masing mereka mengatakn hasrat untuk lebih membina mahligai
kelelahan yang selama ini mencari dan menanti
kesungguhan insan itu adalah pada kesabaran
ia meminta hanya kesabaran dan kesetiaan tidak selebih dari itu
doa menjadi hubungan pengikat antara dia dan insan 
kerana bagi mereka cinta itu terlalu suci 
keindahan makna bercinta itu adalah selepas nikah
jarak antara kebahagiaan dan kedukaan adalah kesabaran

namun,
hanya sekelip mata waktu tidak mampu menyelindung segalanya
semuanya tuhan memberi hikmah dari apa yang berlaku
tanpa sendiri gadis itu mengkhabarkn,terdahulu insan itu lebih tahu
akan perkahwinan itu pasti tapi bukan dengan insan
dengan insan yang lain
siapa tahu pengaturan tuhan,apatah lagi perihal takdir
rahsia tuhan itu terlalu luas dan dalam
gadis itu bernikah dengan insan yg pernah mencintainya
hanya kerana kemampuannya untuk bertemu keluarga gadis itu
insan yg tertinggal itu hanyalah berdiam 
meneruskn hari tanpa banyak bicara

inilah kisah si gadis bertudung biru
yang duduk dikerusi merah
bersama temannya dia ketawa dan bergembira
dialah gadis itu
sebegitulah cerita tentang gadis itu

aku lihat kembali gadis itu sesekian lama tidak kelihatan
pada wajah yang penuh dengan cerita dan kisah
akhirnya dia kini sudah bertudung
bersama dengan wajah yang mengambarkn kebahagiaan
dia cantik bertudung biru..
dia cantik dan sangat cantik..
maafkn aku untuk mengatakn akan kecantikkan 
 itulah kisah gadis bertudung biru