Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Sunday, July 18, 2010

aku bukan siapa-siapa tetapi aku juga manusia

semuanya berubah apabila masa mentafsir perbuatan
lantas menulusuri sifat dan noktah benci yang tidak pernah wujud
di sebalik benteng yang teguh mengandaikan semua ini tidak berkerana
tetapi realitinya hanya pada soretan kata yang sungguh lemah mengsyahdukan rasa
aku persembahkan rantaian juntai kata makian
cercaan dan salam kelaknatan yang tidak semena-mena aku pernah katakan
untuk siapa kerana apa biar aku yang simpan

pada wajah itu,
tidak layak untuk menerima semua ini apatah lagi untuk menanggungnya
namun,
pada hakikatnya ini cukup memadai tetapi tidak memuaskna rasa ini yang tidak terjangkau kiraannya
sungguh aku daif dan mengasihani empunya wajah
selayaknya dahulu dipuja dijulang
akhirnya madah syair hamunan kasta
setinggi mana angkasa kau pergi tidak akan lekang bibir ini berkumit-kumit menghamun
laknatku pada apa yang terjadi kerana kebencian menjadi mangsa

aku bukan siapa-siapa tetapi aku juga manusia
aku adalah siapa-siapa yang akan melakukan apa sahaja untuk memusnahkan kebencian yang tinggal
mungkin tidak esok,
mungkin tidak ini,
tika dan waktu itu biarlah masa yang menjadi penentunya
yang pasti laungan tiupan sangkakala aku mula berkumandang!

_bacalah untuk pengertian_

No comments: