Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Sunday, April 29, 2012

Kau bayangan bidadari syurga

Sumber

Tatkala melihat aku terpandang dibenak wajah

Senyuman yang terukir melembutkan kekerasan pada hati

Jiwa aku menjadi kacau,hati aku lemah selemah lembut angin berhembusan

Aku pernah mendengar cerita perihal bidadari syurga

Aku dibayang-bayangkan tentang keistimewaannya

Aku dikaburi dengan Keindahan dan kecantikannya

Sungguh!

Saat mata mula melihat dari itu,teringat aku cerita bidadari itu

Oh tidak,

Tidak perlu untuk aku menjelaskan lagi

Semua sudah terlihat lentang pada tingkap wajah

Sungguh aku sedar akan kebesaran Yang Maha Pencipta

Jujur kau sungguh cantik wahai gadis,

Tapi apa akan pada daya,inikan lagi untuk diusaha

Siapa aku?

Siapa aku?

Aaarrggh!

Tidak mengapa gadis itu,

Teruskan pada senyumanmu

Itu hidup nyawa insani

Jaga tertib tingkah laku

Agar Cantik tidak hanya pada wajah semata

Semoga kau berbahagia..


P/s:siapa yang mengenali dirinya,tolong sampaikan salam sejahtera buat dirinya dari diriku.sungguh ini.

 

Monday, April 23, 2012

Jangan memilih aku

Saat dunia terus menerus menunding jari aku

Perihal aku dan dia,tapi jangan membiarkan diri terus mengkehendak telunjuk

Aku jua tidak memaksa malahan menegaskan

Jangan memilih aku wahai gadis

Andai kau tidak sanggup untuk setia

Sekalipun kau kasksn cinta itu milik kita

Tapi aku lebih memilih kesetiaan

Kerana itu yang aku impikan

Kau jua punya impikan benar?

Aku hanya orang biasa yang tidak mempunyai apa-apa

Selain cinta dan usaha

Jangan memilih aku wahai gadis

Andai kebendaan material menjadi jaminan

Apa yang ada ini bukan milik aku,tuhan beri aku pinjam

Jangan kau dekat dengan aku jika begitu

 

Jangan memilih aku wahai gadis,

Tatkala aku ini semakin ingin jauh dengan kamu

Kerana aku sedar antara intan dan permata

 

Sunday, April 15, 2012

mereka yang kamu hina

atas dasar apa yang membolehkan mereka itu kamu hina
adakah kerana pakaian itu?
adakah disebabkan kerja mereka?
adakah kerana cara mereka?
ataupun kerana darjat mereka?
ataupun apa kerena apa lagi mereka kamu hina.

sebelum kamu mengherdik dan menghamun mereka pandang diri kamu
memiliki belum cukup untuk melebihi dan memang kurang untuk mengatasi

mereka kerja untuk mencari nafkah keluarga bukan mencari hal pada dunia
kerana itulah tugas mereka untuk dilaksanakan
sekurangnya mereka tidak lagi meminta mak bapa duit untuk dibuat belanja
mereka lagi memberi untuk kesenangan keluarga

tolonglah adik-adik yang kononnya memiliki IQ menara gading!
sudah-sudahlah atas apa yang kamu lakukan itu
cara itu terlalu lapuk untuk dilakukan
gunakanlah akal kamu untuk menyelesaikan seperkara itu bukan dengan cara itu

ingatlah pada mak bapa kamu,
mereka kerja untuk bagi senang dan makan kamu
tidakkah kamu fikirkan tentang mereka?
ada aku dengar,kau bayar denda berapa sahaja.banyak duitlah ceritanya.nanti balik minta sama mama bapa kau juga kan.bukan orang lain.KARUT!

mereka yang kau hina aku tengok penuh dengan kesabaran melayan telatah kebudakan kamu
lagak kamu yang macam pandai menampakkan kebodohan yang menjadi bahan kutukan
konon belajar tinggi-tinggi,

untuk seorang itu,
perlembagaan kau julang sampai dongak kelangit
kau terangkan perihal tentangnya
kau suruh orang baca habis tentangnya
bagaimana dengan diri kau?
sudah kau baca habis semua itu

aku bacakan untuk kamu,
dengar ok,

kepercayaan kepada Tuhan
kesetiaan kepada Raja dan Negara
keluhuran perlembagaan
kedaulatan undang-undang
kesopanan dan kesusilaan


kau cakap tentang perlembagaan tapi kau tidak cakap tentang yang lain
balik fikirkan dan renungkanlah
konon tahu semua

hafaz lafaz faham jangan hafaz lafaz tidak faham
biar faham jangan berkait-kait
tidak mahu kalah ego meruap-ruap

kalau ada bodoh tue jangan terlampau perlihara.
buanglah jauh-jauh
supaya anak cucu tidak waris.


Wednesday, April 11, 2012

surat aku untuk diriku 2

......

ketahuilah hati bahawa dunia ini terlalu penuh kepuraan sehinggakan kita sendiri tidak dapat membezakan akan kedustaan dan kebenaran,lantaran membuatkan semua yang ingin dilakukan terbatas kerana sebab itu.Usah risau jangan takut,tidak ada yang perlu dikhuatirkan jika kauberserah segalanya kepada tuhan.Dia lagi maha mengatur segala urusan.sedangkan kita tidak tahu akan aturannya.

misteri itu adalah dirimu,
mereka tidak akan tahu jika kau tidak memberi tahu,begitulah sikapmu dari dahulu mungkin akan kekal.kerana kau tidak pandai berkata merayu luahan domba.kau lebih tahu apa yang kau lakukan sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka buat.percaya pada diri,bukan bangga sendiri.lupakan apa yang mereka kata,kau teruskan apa yang dilakukan.aku percaya dan yakin kau lebih dari apa yang disangkakan.

sekian sahaja cerita kita buat waktu ini,jika ada keizinan waktu akan dititipkan lembaran surat sebagai ingatan.aku sentiasa bersamamu di sisi.


salam dari insan yang menyayangi kamu.

Monday, April 9, 2012

Cukuplah sekadar untuk merasa

Jika kita tanya pada diri ini,dia bilang biasa

Jika pula kita tanyalah hati,dia hanya memberi rasa

Tapi jika aku tanya pada perasaan,aku gembira dan aku kecewa

Tidak pun aku tidak kau kenali cubalah untuk tahu

Bayang-bayang yang ada aku berikan bukan bayangan gurauan

Untuk kau lebih menyedari akan adanya seorang insan ini

Aku bukan pengemis

Aku bukan peminta

Aku jua bukan perayu

Aku tahu setelah aku mengintai di balik laman dunia

Kau memiliki Dan sudah dimiliki

Jika aku seorang pejuang,perang akan tercetus

Tapi aku seorang penjaja sahaja

Yang menjaja kata kata untuk mereka mengerti

Katakan lah pada dunia ini semua sementara

Biar alam khabarkan nanti aku mencari waktu itu

Tahniah dan terima kasih buat kamu

Kembalikan segelumit rasa yang pernah aku rasa

Senyuman dahulu terukir saat tatapan kertas potret wajah

Ada apa pada gambarmu

Kerana itu hanya hati sahaja tahu

Tersenyuman dan teruskan pada senyuman

Siapa tahu senyuman itu adalah sebahagian daripada insan

Andai kau tahu,bacalah untuk pengertian.

Lama aku tidak senyum begini

Sudah lama aku tidak begini

Senyum tidak ketawa,ketawa tidak seperti senyum

Berada antara kedua-duanya tandanya orang kata itu bahagia

Sambil itu aku sampulka perasaan aku yang gembira

Untuk siapa tahu akan membantu

Tapi bagi aku cukup mereka tahu untuk diberitahu

Alangkah indahnya perasaan ini,

Apa pada daya untuk mengatasi upaya

Maafkan aku wahai hati tidak sengaja aku untuk memperlakukan sedemikian

Niat ini tidak akan dihalangi atas sebab

Aku jua punya pendirian sebegitu aku perlu lakukan

Aku tahu setelah aku selidiki di laman cerita dunia

Bahawa dunia kami berbeza jauh berbeda

Akar tidak akan sama dipanggil buah

Disekebun bunga,bunga lagi memilih tuan

Maka aku simpulkan dalam kata aku untuk rayuan pada hati

Cukup Aku kembalikan perasaan yang pernah dilalui dulu hati untuk kau masih tahu rasa itu.oh hati,bergembira seperti kau gembira ini.kerana itu yang aku mahu.


Wednesday, April 4, 2012

surat aku untuk diriku

kepada seorang aku yang memiliki diri sendiri tanpa siapa tahu tentangnya,

aku kirimkan surat ini untuk kau ingat aku saat aku semakin jauh meninggalkan diri mu.Menjarakkan keadaan sedang aku tidak sedar bahawa semua yang berlaku terlalu cepat tanpa kita sedari.Apa khabarnya kau di sana wahai dirimu? saat dunia ini semakin usang dengan keadaan merunsingkan.Seakan sudah jemu ianya menitip keruhan suasaan yang tidak mendatangkan apa-apa kepadanya.Aku harapkan agar kau baik-baik sahaja disamping keluarga yang tercinta.

aku disini berada dalam kegurasan perihal diri aku,setelah sekian lama aku melihat apa yang ada dihadapan dan aku hadapi,sungguh hanya dugaan dan cabaran.siapa tahu saat aku menulis surat ini tatkala aku sedar aku semakin lupa akan dunia ini terlalu banyak mengabaikan aku.maafkan aku wahai diri,aku hampir sahaja tidak mengingatimu tapi hanya kerana sebuah buku aku ingat segala tentangmu.

Bagaimana pula si hati kalbumu? adakah ianya sudah sembuh dari kenazakan dahulu.semoga ALLAH sentiasa menjaga dan memberi petunjuk padany.Aminn Ya Rabb..

wahai diriku,jangan kau lupa akan janjimu yang telah kau termeterai antara aku dan dirimu.Janji bukan sekadar kata yang kau ungkap semudah bicara tanpa kau fikir.masihkah kau ingat janji-janji itu lagi? atau kau sudah lupa akibat di mana kau berada sekarang ini?..jangan sesekali sebegitu hati.jangan.ingat pesan aku,janji itulah melihatkan siapa diri kita...

oh dirimu,sungguh aku kasih akan dirimu yang jauh sudah pergi tanpa kau membawa aku sekali.aku ingin berpesan padamu,bergantunglah kepada yang ESA,kerana dia lebih tahu perihal tentang kita.jangan pernah ingkari.Percayalah,dunia penuh dengan lakonan.Mintalah bantuan dan bimbingan petunjuk dari-Nya..semoga kita berada dalam lindungan-Nya...Aminn..

....................................
(sambungan.....)

Monday, April 2, 2012

Jangan pernah sesali

Semua itu kerana atas kejadian yang berlaku

Menghukum diri sendiri adalah bodoh kerana kebodohan

Mengisi ruang benam jiwa untuk menyesali adalah pengajaran

Tetapi tidak untuk selamanya disesali

Ya aku akui bodoh itu bukan milik sesiapa tapi milik dari aku

Tapi aku turut mengatakan adalah lebih perit segalanya bila kita mulai menilai apa yang berlaku itu atas dasar apa

Aku juga pernah katakan semua untuk kesenangan bersama

Walhal ya lebih menyenangkan pada sendiri pendirian sendiri

Usah pernah sesali

Jangan pernah akan untuk kembali

Bilalah semua itu datang dan pergi tanpa mampu kita halang

Lepaskan dan biarkan kerana itu adalah hak mereka

Yang ada pada kita adalah pilihan dan mereka miliki kebebasan

Aku akan kata,

Kerana ku sanggup

Kerana itulah aku lakukan semuanya membutakan mata menulikan telinga

Kerana aku sanggup

Kerana aku sanggup

Dan

Kerana aku sanggup

 

Sudah sesekian lama aku tidak mengutuskan tinta.seakan akan nanti aku akan titipan khabar tentang berita jangan khuatir dan janga risau.aku tulis aku kata kamu lihat kamu bacalah untuk pengertian.kelak nanti bila waktu itu tiba,biar apa yang aku harapkan dulu menjadi kenyataan.aku tidak kejam,tapi aku tuntut hak aku...