Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Friday, December 26, 2008

Apabila seorang lelaki jatuh cinta:

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada Kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan! kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnyakembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg palingdipercayainya dansanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlak! u curang kepada kekasihnyanamun jikalau dia diaberbuat demikian itu bererti hatinya belum 100peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA..

Saturday, December 20, 2008

namunku punya hati.......

namunku punya hati

Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini

Bukan kuminta
Kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua




hayatilah bait setiap lirik ini,dan lebih best lagi kalau dapat mendengar terus lagu ini bersama-sama dengan lirik..

sejujurnya,
jika aku mendengar lagu ini,air mataku akan berlinangan jatuh..entah mengapa begini..aku rasakan bahawa apa yang disampaikan dalam lagu itu menyedarkan aku bahawa aku bukan sempurna..hidup dalam serba kekurangan..sungguh..

mereka berkata aku mendengar...

aku tidak pandai berdikari..
aku masi lagi duduk dalam konkongan..
aku MAsih tidak boleh melakukan sendiri..

ya,apa yang mereka katakn itu adalah apa yang selama ini orang memperkatakan pada aku...Memang benar apa yang mereka katakan itu tetapi pada hakikatnya cuma aku saja yang tahu keadaan aku yang sebenar.Teman-teman yang lain mengatakan bahawa aku masih ......Aku mahu katakan di sini pun susah mahu di jelaskan..

BERDIKARI...
adakah aku tidak berdikari selama ini??
mungkinkah kerana aku di kawal dan dikonkong oleh keluarga meyebabkan mereka mengandaikan aku sebegitu??

aaarrrrggghhhh,.
aku tidak sanggup lagi..kadang-kadang aku malu...
cukup pedas sdh telinga aku mendengar semua ini..
macam aku sudah tidak ada apa-apa lagi,pendek kata la kan aku nie macam TIADA GUNA
KENAAAAPAAAAAA????????????

Friday, December 19, 2008

lagu tercipta untukku

tercipta untukku...

menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata
yang tak mampu kuungkapkan
kepada dirimu

Chorus:
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu


sangat berkesan bait-bait lirik lagu tercipta untukku ini.Setiap rangkap baris mempunyai sejuta maksud.Aduh,amat indah bisikkan lagu ini sehinggakan kita tidak akan muak atau bosan untuk mendengar lagu ini...hebat la..

Friday, December 12, 2008

Marilah merasa sunyi dan sepi...

Kadang kala kita akan merasa amat sunyi dan sepi tak kira di mana kita berada kan..tipulah kalau ada diantara kalian tidak pernah merasa sedemikian..kalau kalian tidak pernah merasa sedemikian bermakna peraaan anda sudah tidak berfungsi..hehehe..tiadalah Cuma gurau-gurau ja..

Sunyi dan sepi..
Sunyi dan sepi adalah dua perkataan dan perkara yang berbeza tetapi keadaan yang berlaku adalah sama.bagi aku,keadaan ini hádala sesuatu situasi yang amat menakutkan kerana jika kita berada pada tahap yang kritikal ini akan membawa kepada kematian..kematian???

Iya,
KEMATIAN HATI..
KEMATIAN PERASAAN..
KEMATIAN NALURI..
KEMATIAN RASA...
DAN banyak lagi la yang berkaitan...

Parah kan..

Namun,
Keadaan ini juga boleh membawa kebaikan dan kelebihan kepada seseorang..ini bergantung kepada tahap pemikiran..jika keadaan pemikiran seseorang itu kuat maka dia dapat menjadi seorang yang hebat..
ANTARA KELEBIHAN DAN KEBAIKANNYA ADALAH:
1.MEMBUATKAN SESEOANG ITU BERFIKIRAN MATANG...
2.MEMBANTU DALAM PROSES MENGENAL DIRI..
3.MENINGKATKAN DAYA PEMIKIRAN YANG LEBIH EFEKTIF..
4.MENGAJAR SESEOANG ITU BERDIKARI..

DAN..banyak lagi...

Maka,

Sunyi bukan bermaksud mati..
Sepi bukan bermakna penamat..

_bacalah untuk pengertian_

rimas..


Adakah aku amat merimaskan?

Satu persoalan yang sukar untuk aku memberi jawapan kerana aku sendiri tidak tahu keadaan yang sebenarnya.Mungkin hanya perasaan aku sahaja yang membuatkan aku amat merimaskan orang dan membebankan orang...entah lah,aku sendiri pun tidak tahu la..yang dapat memberi kepastian untuk penilaian adalah KAMU...kamu yang mengenali aku...aku hanya dengan watak aku yang sedia ada.

Bagi aku la kan,memang aku ini seorang yang merimaskan kerana ada saja songgeh yang aku mau buat...tapi aku buat pun bukan untuk apa juga,bersebab jugak..tapi takpa la,mungkin itulah aku yang adanya..

Ermmm...maka,BACALAH UNTUK PENGERTIAN...hanya itu yang di harap dapat memberi pemahaman yang jelas...........saLamm

Thursday, December 11, 2008

ENTAH APA.

setiap kali aku berbicara..
entah kata apa bicara,
aku semakin buntu dalam perbicaraan..
aku hilang dari kata,
ada ketika aku merasa sangat hambar pada dunia,
kerana apa yang ada tidak bagi aku,
ada waktu itu aku hanya diam,
tanpa bicara aku diam,
untuk menenangkan hati ini
inginku luahkan,
tapi pada SIAPA????
inginku mengadu tapi UNTUK APA????

Friday, November 28, 2008

usah menangis adikku

di saat kau sedar dari pembaringan,
aku menyedari kau menangis..
tanpa nada, tetapi mengalir butiran permata jatuh..
aku tersebak....

tiada kata..
tanpa bicara..
tanpa apa..

aku belai rambutmu,
agar dirimu tenang,
aku pujuk dirimu agar kembali tidur,
untuk menyambung kembali mimpi indahmu itu..


tidurlah adikku...


_bacalah untuk pengertian_

Tuesday, October 28, 2008

toLOng aku.

tolong sedarkan aku dari khayalan ini..
tolong bangunkan aku dari tidur yang tiada sudahnya..
tolonglah aku..
aku tidak mahu hanya duduk sebegini...
melihat tanpa berfikir..
mendengar tanpa memahami..
berbicara tanpa isi..
aku tidak sanggup sebegini..
ada ketika,
sejenak terlintas di benak fikiran,
ingin aku tewas dalam perjuangan ini..
aku ingin lepaskan semuanya..
aku mahu tinggalkan impian aku..
aku ingin membiarkan cita-cita aku selama ini tersia-sia..

namun,
aku tidak sanggup..
kerana aku ada mereka,
ibu bapaku,
adik-beradikku,
kawan-kawanku,
serta kekasihku,

kerana mereka aku mesti teruskan semua ini..
kerana mereka aku mahukan semua ini..
aku mau..
aku hendakkan..
aku inginkan..
aku harapkan..
aku doakan..

_bacalah untuk pengertian_

Thursday, October 23, 2008

siSA-sisa masa..

aku merentasi sisa-sisa yang ada
hanya menghintung hari dan saat
menelusuri jalan yang gelisah
aku harus menghadapinya walaupun payah
aku tahu dan aku menyedari
tiada apa perkara semudah A B C
tabah dan cekal dalam menghadapi
insyaallah,
kejayaan di hujung pengharapan...

mengeluh ya..

inilah manusia yang hidup di akhir zaman..sentiasa mengeluh dan terus mengeluh tanpa memikirkan sesuatu..

Apa yang mereka perlu tahu ya??
Jawapannya,

renungkanlah wahai mereka,jika kau hanya mengeluh sahaja tanpa melakukan sesuatu tindakan atas apa yang berlaku itu telah menampakkan kebodohan kau.

fikirkanlah,apa yang kau dapat jika kau mengeluh a??dapat menyelesaikan masalah tu??..kau hanya akan merasa amat marah dan geram saja kan..maka,berhenti mengeluh..

pastinya kau akan terfikir bahawa alangkah baiknya jika dapat menghindarkan segala ini...btul kan..ingatlah wahai kau,apa yang telah berlaku telah berlaku dan berlalu sudah..terima ja la..


buat mereka yang sering mengeluh...

berhenti mengeluh...
carilah jalan terbaik untuk menghadapinya...


_bacalah untuk pengertian_

Tuesday, October 7, 2008

saLam SYaWaL

selamat tinggal ramadhan..
syaWaL kembali..
alhamdulillah atas segalanya telah berlalu..kini tinggal satu misi dalam hidup..misi paling besar,iaitu,sTPm..
waduh2..
doakan kejayaan hamba ya..

Saturday, September 27, 2008

PARA PENGEBOM BERANI MATI...


ya...
perkenalkan sekali lagi,jejaka-jejaka terhangat di pasaran..wah..meh aku perkenalkan satu persatu k:
dari sebelah kiRI;
1.PARAJURIT HENRY KWANG..
2.PARAJURIT MOHD.MADZUAN SHARY.
3.PARAJURIT PHIL MELVIN..
4.PARAJURIT STEWART KOROM..
5.PARAJURIT RINOW SUALI..
6.PARAJURIT VALANTINO KATIB..


HAHAHAHA..mereka inilah telah mengegarkan sabah pada hari jumaat yang lalu,26hb 9
2008...
kami mencipta kenangan untuk cerita masa hadapan..
best nie kalau ingat kembali...
hahaha..
buat mereka yang telah menjadi mangsa korban kami minta maaf ja la a..terimalah dengan hati yang terbuka..ikhlas tu kami but khas untuk ANDA..
GAGAGAGA...

Friday, September 26, 2008

kian hampir..

aduh..
semakin hampir hari raya nie kan dan Ramadhan ini kita tinggalkan untuk setahun mendatang.Macam aku rasa tidak puas nie,cepat benar masa itu berlalu sehinggakan kita tidak menyedari bahawa Ramadhan akan berakhir dan Syawal menjelma.Aku harap Ramadhan tahun ini tidak sia-sia bagi aku...

_bacalah untuk pengertian a_

Saturday, September 20, 2008

jom berfikir 2

sambungannya..

jawapan dariku,
1-kita dikurnia kan hati untuk merasai dan memahami sesuatu yang kita rasa amat penting untuk di fahami.Hati sentiasa di sakiti kerana adakala sesuatu perkara itu tidak dapat diperjelaskan dengan mudah dan mungkin akan mengambil masa yang lama untuk difahami.Kesakitan yang di alami itu hanya dapat diubati apabila kita benar-benar mengerti apa yang telah berlaku.Pentingnya di sini adalah ada sesuatu perkara itu kita tidak dapat fahami..


2-sudah menjadi hukum alam bahawa setiap apa yang datang pasti akan pergi.namun begitu ubahlah sedikit pemikiran dan anggapan kita tu bahawa biarpun hukum alam itu telah di tetapkan,kita jangan lah hanya terpunguk di pada hukum itu..Lakukanlah sesuatu bagi memastikan setiap yang datang itu amat bermakna dan yang pergi itu akan di kenang buat selamanya..ingatlah wahai teman,kita ciptalah seribu kenangan namun jangan sesekali kita mencipta satu penyesalan...


ya..jawapan nya mungkin tidak tepat bagi sesetengah orang kan..makanya,

bacalah untuk pengertian..

jom berfikir 1..

marilah berfikir sejenak...

kenapa mata kita hanya dua tidak tiga or empat??
kenapa kita menpunyai tangan yang ada jari??

eh ndak mantap soalan begini..

ok,
kenapa kita dikurniakan hati tetapi sentiasa di sakiti??
kenapa perlu ada pertemuan jika akhirnya ada perpisahan??


bersambung..
ehehehe..


bacalah untuk pengertian...

Friday, September 19, 2008

aku mula menyedari..

aku sentiasa berharap..
aku sentiasa berkata..
aku diam ada makna..
hanya mereka saja tidak mengerti..
aku senyum penuh erti..
aku ketawa untuk kesenangan mereka..
aku tidak mahu mengulangi segala silapku dahulu..
aku sedar aku insafi..
berkata aku tiada makna..
senyum aku diprasangka..
ketawa aku hanya seketika..


bacalah untuk pengertian wahai teman..

Thursday, September 18, 2008

WAHAI HATI.

redhalah wahai hati..
atas segala yang telah terjadi..
setelah kau berusaha sendiri..
menghadapi suatu realiti..
ingatkan padamu wahai hati.,.
tUhan sentiasa ada di sisi..
memerhati lagi memahami..
Dia ingin menguji..
selama kau mengingati..
kuatkan hati insafi diri..
qada dan qadar atas segalanya..
berserah kepada TUHAN YA RABBI..
..

Monday, September 15, 2008

ya ALLAH..
andai aku silap dalam berfikir,
EngKAU maafkanlah hambaMu INI..
kerana aku sentiasa memikirkan yang terbaik bagiku...
sekiranya pemikiran aku itu membatasi keupayaan aku dalam bertindak,aku mohon padaMU berikanlah apa yang terbaik bagi untuk perjalanan ini..

ya TUHANKu,
cintakan aku pada kematian..
cintakan aku padaMU tuhan,
cintakan aku pada NAbiMU,
taatkan aku pada ajaranMU..
agar kau dapat menikmati erti kehidupan yang hakiki..


AMIN..

tatkala..

di suatu sudut..
aku menilai segenap kehidupan..
meniti mata terdahulu..
sebagai pengabdian kenangan...
igauan dan angaN menelosori pemikiran yang kabur..
ada ketika,
aku bertanya dan aku juga yang memberi jawapan..
andainya aku menjadi tidak waras..
mengertilah wahai teman...
bacalah untuk pengertian...

waduh-waduh

alhamdulillah sekarang nie dah masuk 15 Ramadhan..syukur..dah separuh bulan kn..tapi semakin hari semakin terasa bahang sTpM nie..gegar aku sekarang stress tahap kira boleh kawal lg la namun peritnya hanya tuhan saja yang tahu..

aduh..
mcm aku tidak mahu meneruskan lagi perjuangan aku selama ini tapi aku MESTI teruskan juga demi masa depan aku..YA ALLAH,BIMBINGLAH HAMBAMU ini..

aku tidak mahu mempersiakan Bulan yang penuh barakah ini..aku akan mengisi setiap ruang yang ada dan memanfaatkan masa yang ada untuk kali terakhir...semoga aku dapat melaluinya..

LaiLatuL qAdAR..


ku harap dapat menemui saat itu..



aMiiiinnn...

Tuesday, September 2, 2008

anak jati sabah..


perkenalkan..dari kiri:RINOW,VALENT,AKU(MaZ),PHIL,STEWART...
mereka inilah para peneraju dunia.hahaha..ok la,mereka nie adalah kawan aku kat sekolah la..member terdekat..penyeri kala kesedihan,ketawa sama-sama,dan bersama-samalah..moga2 persahabatan kami nie berkekalan..STpM bakal dihadapi bersama tapi result lain-lain la..biar pun result lain-lain pastikan CEMERLANG..
ya,CEMERLANG..

doakan kami ya..
ya..

Sunday, August 31, 2008

ramadhan kembali..

alhamdulillAh..
ramadhan kembali setelah ianya pergi.Wah bestnya,ini yang slalu aku inginkan bukan ingin kan makan time berbuka tetapi kelebihannya yang ada pada bulan yang mulia ini..massyaallah..datangnya Ramadhan nie juga menyedarkan aku baawa StpM semakin hampir..walalala..mati la..persediaan aku jika aku kira la kan boleh2 la..tapi aku kena giatkan lagi usaha nie..jangan hanya ada perasaan takut tetapi tidak mahu melakukan sesuatu..kn2..
heheh..

apa-apa pun SALAM RAMADHAN buat semua..
cailah kenikmatan yang ada dalam bulan nie a..
jangan ada niat tak baik ya..

wassalam..

Tuesday, August 19, 2008

yehaaaa..

hahaha..yup,lama tak menyumbang idea aku kat blog aku nie..aku semakin lupa la plk sama kalam kesayangan aku nie..huhhuhu..erm,kalau di hintung2 hari la kn sTpM tinggal 2 bulan lebih lagi o..Tolak cuti lagi..gila2..susah la klu gni nie tau..huhuhu..tapi aku tidak boleh putus asa..mesti berusaha nie..demi masa depan..

aku kena hadapi masa sekarang untuk masa hadapan..
aku usah terlalu memikirkan perkara yang rumit...
set dalam otak..AAAA..
wah tinggi o impian tu..huhuhu..
insyaallah bha.. kalau ada usaha boleh tu..

buat yang terdahulu..

terima kasih wahai sang bulan..
kerana menemani aku selama ini..
kini aku tidak lagi sesepi dahulu..
ada dia menemani aku..
di saat kesedihan dan kegembiraan..
selamat tinggal sang kecewa..
kini aku tinggalkan kau buat selamanya..
setelah aku temui sang bahagia..
namun aku tidak akan lupa jasamu..
mengajar aku erti hidup..
teruskanlah menyinari alam ini duhai mentari..
kerana kaulah aku masih hidup dan meneruskan hidup..
sinarkanlah lagi kegelapan dahulu..
wahai sang bintang,
tetapkanlah kau di sana..
bersinar berkedipan..
sebagai tanda dia masih di sisiku..
yang mencintaiku..
untuk selamanya..

Thursday, August 14, 2008

bicara dalam senyuman..

terima kasih kerana kembali mewarnai sekalian alam hidup,
takkala mentari kian hilang hangatnya,
datangnya untuk menyinari segenap pelusuk sanubari insan..
antara kata-kata yang tidak terkata...
sejuta bahasa untuk di fahami..
senyumlah dan terus tersenyum..
kerana itu adalah pemangkin inspirasi..
kata dan berkatalah,
kerana itulah rahsia dalam diri..

Friday, August 8, 2008

aaaaaa....

aku tidak pernah meminta..

cuma ingin di fahami..

aku sentiasa berharap..

namun tidak mengecapi..

Wednesday, August 6, 2008

sungguh aku tidak mengerti..

alhamdulillah..

selamat juga aku lalui exam excel aku ini minggu.waduh,amat berat rasanya otak nie tau..apa tidaknya,asyik-asyik buku ja jadi teman..wah..hahahah..tapi ada benda yang paling aku tidak suka sekarang nie tau,.bagus-bagus tiada pernah ada masalah tetiba ja timbul..menyampah tul.. aku bukan apa a, masalah tu bagi aku adalah lumrah dalam kehidupan la tetapi yang menjadi persoalan aku sekarang nie adalah punca masalah ini timbul..tidak aku faham eh..

Adakah sesuatu persahabatan yang selama ini terjalin menjadi hancur sebegitu sahaja gara-gara kerana CINTA BUTA??

adakah jika kita mahu menjalani persahabatan tu mesti ada SYARAT??

Sunday, July 27, 2008

apa punya kawan da..

kita selalu dengar kan perkataan kawan makan kawan,musuh dalam selimut,dan banyak lagi la perumpamaan yang lain yang membawa maksud yang sama kan..Aku pun tak tau la kenapa mereka sanggup lakukan sedemikian walhal akibatnya mampu mendatangkan satu masalah yang paling besar dalam hidup dia..ish-ish,manusia terlalu rakus mengejar sesuatu yang hanya sementara dan mustahil baginya untuk memilikinya..

ingatlah wahai teman,
jangan hanya kerana inginkan sesuatu yang tak pasti sanggup kau menganiaya a..tiada guna persahabatan yang di bina selama ini jika akhirnya kau yang menghancurkannya...

Monday, July 21, 2008

ADUH..

ya rabbi..
entah sma siapa lagi aku mahu mengadu segalanya..
sesmemangnya tiada tempat yg terbaik melainkan hanya pada-MU..
pecah segala otak aku memikirkannya..
aku mesti hadapi segalanya dengan hati yg tenang dan terbuka..
aku mesti laluinya..
TUHAN, berikanlah kekuatan kepada hamba-MU ini untuk mengejar cita-citanya selama ini..
amin..................................................................

Friday, July 18, 2008

jodoh kita..

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

Wednesday, July 16, 2008

sama siapa a??

entah sama siapa perlu di kumpul kekuatan..antara ya atau tidak,pada hakikatnya kita terlalu lemah dalam semua hal..kadang-kala aku menyalahkan kisah lalu namun sapa juga kisah tu untuk kita salahkan..hanya mampu duduk termanggu ja la..salah menilai membawa kepada padah,tetapi makin kusut fikiran dibuatnya..
aaaaaaaaa..

tekaaaaannaaaaaaannn...

Sunday, July 13, 2008

masalah o masalah...

aish,
masalah sentiasa mengejar kita walaupun di mana kita berada kan...hinggakan kita mati pun mesti di timpa masalah yang perlu kita tempuhi walau amat perit dan berat untuk kita laluinya..kepada yang tengah menghadapi masalah tu banyakkan bersabar ya namun kita jangan hanya bersabar sahaja,perlulah memikirkan sesuatu tindakan yang posiif untuk menghaapi dan menyelesaikan masalah tu..k..

ada sesetengah masalah hanya selesai jika kita duduk diam namun selesainya sampai mana?
sukar untuk kita menafikananya kan..

carilah jawapan dari soalan,jangan pula mencari alasan untuk menghindari dari masalah...alasan itu hanya menambahkan lagi masalah buat kita ya..

duduk biar berfikir...
jangan duduk hanya termenung..
tapi kalau termenung sambil berfikir adalah hebat...

Saturday, July 12, 2008

AYAT-AYAT CINTA FAHRI


nie merupakan watak utama dalam novel AYAT-AYAT CINTA..memang best la baca novel nie..tidak jemu dan bosan untuk kita baca berulang kali..

aku memang tabik spring la kat penulis novel nie..ada unsur-unsur dakwah..syabas..

aku mau jgk jadi mcm lelaki mcm MAS FAHRI nie..dia ada wawasan dan matlamat yang tetap..sma aku cemburu jgk la sma dia nie sebab memiliki dua cinta dalam satu masa..massyaallah..
hebat btul dia nie kan..

harap-harap aku akan menjadi orang macam MAS FAHRI nie..
AMINNN..
ahaaa..
perkenalkan team paling kuat d skul sya..haha..tidak la..paling kuat ketawa adala..jgn tgk sebelah mata ja..nie kumpulan yang tidak pernah kalah sepanjang game..na..paling macho dan nsem yg pakai baju putih tu la..bkn yang duduk atau yang berada di hujung tu tetapi yang berdiri di tengah-tengah tu..

hahaha..
itulah aku...ya..aku..wahahahha..
jangan mara ya member..

kisah MULa.


kenangan mengamit jiwa..
waH..
nie la rupa aku ketika masi remaja suatu ketika dulu.Nampak jambu kan..hehehe..
memang kalau tengok balik kn macam mau ja p masuk ke dalam gambar tu..
hahaha..tetapi kenangan tinggal kenangan..

menjadi sisipan dalam kalam kenangan...

semoga jumpa lagi teman...

Thursday, July 10, 2008

aaaaa..
manusia kini amat sukar kita jangka kan,jika dahulu boleh lagi kita menjangka sesuatu yang berlaku namun kini tk tau la..aku pun hairan la...nie la dunia,makin hari makin menjadi..ada ketika kita akan merasa terlalu bodoh dalam membuat penilaian tanpa hasbab...aku pun rada begitu bha kadang-kadang la..hehehe...

di sebalik awan


pernah ada,
sejuta rasa yang pernah dirasa,
namun kini ia telah hilang entah di mana??
adakala ingin aku merasa ingin berselindung,
di sebalik awan itu,
agar tidak derita aku melihat semuanya,
aku biarkan cahaya itu menyinarinya,

Sunday, July 6, 2008

kita menilai dari pandangan,
kita berfikir dengan fikiran,
ada ketika kita terleka,
terlepas dari pandangan,


aduuuhhh..
akuuu bingunggggg..

Monday, June 30, 2008

Lama dah aku tak isi blog aku nie kan ini disebabkan kesibukan aku dalam menuntut ilmu yang menghadkan masa aku untuk mengisi kotak-kotak blog aku di sini.Sekarang ini sudah hujung bulan 6 dimana tinggal 4 bulan lagi la jika di kira secara mata kasar bahawa saat peperangan aku untuk menghadapi STPM..Gerunnya..aduh.

baru-baru ini aku di hempap dengan satu perasaan atau tekanan yang amat memeritkan kepala otak aku yang sudah mau bengang ini.Apa tidaknya,ada satu subjek yang aku belajar selama ini gagal ja..
asyik2 gagal ja...
mana ada orang tahan tapi aku terpaksa tahan la dan melaluinya demi masa depan aku yang aku idamkan selama ini..

YA ALLAH,HANYA PADA-MU HAMBA MEMOHON...
KUATKAN HATI DAN DIRI INI MENEMPUH KEADAAN INI..
AMIN..

Wednesday, March 26, 2008


nA...
mai aku perkenalkan..
inilah salah seorang daripada member aku yang terbaik di dunia..
aku kenal dia sejak tingkatan 2 lagi la.Memang member karas la..gambar nie diambil ketika free time a..
tapi dia pindah sdh kat MELAKA..
ikut keluarga..
sedih jugak a time dia pindah tu..
apa pun hidup mesti di teruskan ma....
yup..

Saturday, March 1, 2008

marilah kita membenci...

Mengapa perlu ada benci walhal dalam diri masih ada cinta?
hahaha..ayat tu bha,

Ok,soalan ini di tanya juga oleh teman saya la.Mereka mengajukan soalan tu kepada saya dan mahukan soalannya secepat yang mungkin.Ketika itu saya tak ada idea untuk menjelaskan soalan tu dan setelah lama berfikir dan desakan teman tu maka jawapannya adalah:

Simpanlah kebencian yang ada itu dan peliharalah benci tu tetapi jangan sampai kebencian itu memakan diri.Guna kebencian itu ke arah positif walaupun kebanyakkan orang kata kebencian itu menghala ke arah negatif.Benar apa yang mereka katakan itu tetapi hanyamereka yang hebat sahaja mampu mengambilnya sebagai positif.Jadi,kepada mereka yang mengalami keadaan sebegini HEBAT sudahkah anda??buktikanlah jika anda hebat.....



ingat:

kebencian yang positif adalah HEBAT
kebencian yang negatif adalah BINASA


Saturday, February 9, 2008

mari kita renungkan bersama,

Mengapa mereka kekadang terlalu leka dalam kehidupan sehinggakan apa yang dilakukan akhirnya ia menyesal tidak terkata atas kelekaan yang dibuat???

_Kerana inilah suatu sifat manusia yang selalu mengambil mudah sesuatu perkara itu sehinggakan ia terabai.Namun apa bila kehilangannya baru kita sedar ia lebih berharga dan bernilai daripada segala apa yang ada pada masa itu.Pada waktu itu baru kita berfikir dan terfikir bahawa masa telah mendahului kita meniggalkan kita jauh.Segalanya sudah berakhir....

JADI?
apa lagi mahu kita tunggu...
segalanya sudah berakhir dengan penuh penyesalan.Ya,memang ada orang itu mudah melupakan dan menjalani kehidupan yang seperti sebelumnya namun ada juga yang tidak semudahnya untuk melupakan semua yang terjadi.Ada diantara mereka mengambil masa yang lama untuk menghilangkan rasa segala rasa.Ini disebabkan mereka merasa kehilangan yang teramat dan amat sukar untuk melalui kehidupan ini lagi.


nasiHAt saya la kan,

_kepada manusia-manusia yang mengalami situasi sebegini,ambillah sebanyak masa untuk menghadapi semua ini.Banyakkan aktiviti luar rumah jangan hanya terperuk kat rumah ja kerana dengan cara ini kita boleh membuka minda kita dengan lebih luas lagi dan di sana kita dapat menilai kehidupan yang sekarang ini,akan datang,dan mendatang.Selain itu,ingatlah kepada TUHAN kerana DIA lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu.Carilah hikmah semua ini.Ingatlah bahawa orang-orang yang beriman sentiasa di uji oleh ALLAH S.W.T.Jangan sesekali kita lemah dalam perjuangan hidup.



'manusia tidak akan lemah jika mereka tidak sendiri memikirkan mereka lemah'


"kehidupan kita ini umpama seorang pengembara,kerana dunia ini hanyalah sementara.Dan carilah bekalan untuk dunia akhirat.Seperti pengembara,kita perlu teruskan hidup untuk mencari apa yang kita cari..."

Tuesday, February 5, 2008

Dalam kita menjalani kehidupan di muka bumi ini,kekadang kita akan terfikir tentang sesuatu perkara yang amat luas pengertiannya.Perkara itu adalah sesuatu yang di panggil CINTA.Sememangnya cinta adalah satu perkara yang luas pengertiannya.Tanyalah pada sesiapa saja apa yang mereka tahu tentang cinta dan jawapan yang pasti di beri adalah percantuman perasaan antara lelaki dan perempuan yang bersatu di dalam satu alam yang di panggil alam kebahagiaan.Ya,memanglah itulah definasi cinta bagi sesetengah orang namun bagi aku yang telah menilai pelbagai istilah cinta dalam kehidupan ada maksud yang tersendiri.

Bagiku,cinta adalah satu asas yang mengenalkan kita tentang kehidupan yang lebih mendalam.Tanpa cinta,kita akan merasakan hidup kita sentiasa kosong dan sunyi.Cinta adalah asas dan tiang-tiang bagi asas ini adalah KEJUJURAN,KEIKHLASAN,dan KASIH SAYANG....
Kenapa saya katakan semua itu adalah tiangnya kerana:

Tanpakejujuran tiada kepercayaan dalam itu cinta walhal cinta amat memerlukan kejujuran serta kepercayaan untuk ia terus berkembang tanpa layu.

Tanpa keikhlasan untuk apalah erti cinta yang dibina?adakah cinta itu hanya sekadar mainan dalam kehidupan?

Tanpa kasih sayang apalah guna hubungan itu?bukankah cinta yang dibina atas dasar kasih sayang yang telah di meteraikan?..kasih sayanglah faktor yang paling penting cinta.Tanpanya tiada maknalah cinta yang di bina..

perbezaan

sesuatu yang mungkin berat untuk di ungkap..
namun mudah untuk melukakan..
antara pemahaman dan pengertian..
kata atau bicara..
budi atau jasa..
perbedaan yang amat ketara..
untuk dijelaskan sesuatu yang sukar..
tapi untuk di nilai seakan mudah..

Wednesday, January 23, 2008

aku kian JAUh

kadang kala aku merasa aku kian jauh
dalam perjalanana yang terasa sepi
dalam diam aku menilai sesuatu persoalan
ada ketika aku menangis dalam hati
untuk menenangkan kesedihan ini
entah sampai bila ia akan diubati
kapan mana akan mampu aku tunggu
jauhnya ku dalam pengelamunan
untuk menjejak tapak-tapak yang dahulu

Thursday, January 10, 2008

pergi,
datang,
berlalu,
bersendiri,

perkara inilah yang sentiasa bermain dalam fikiran ini..
mengharapkan sesuatu itu pergi,
namun ia datang tanpa diundang,

apabila ia telah berlalu,
kita merasa bersendiri di suatu sudut.

Memang tidak dinafikan kata di mulut berbeza dengan apa yang dikatakan dalam hati.Kata di mulut hanya untuk pengakuan namun manakala kata di dalam hati kita ini pula adalah harapan dan impian yang kita sering mempersoalkan keadaaannya.Bagi saya,sukar untuk menyamakan apa yang kita katakan dalam hati kita dengan di mulut ini.Tetapi jika ada tekad dan keyakinan yang teguh,insyaallah berhasil.Persoalannya di sini,MAMPUKAH ia untuk dilakukan dengan keadaan sekarang ini??

_mAz_

Sunday, January 6, 2008

dAlAm geLap kita berharAP


0913,
1072,
numbor inilah membawa seribu makna dan sejuta kenangan.Numbor ini juga mengajar aku tentang kehidupan yang terlalu luas.Aku pakai numbor ini ketika aku dalam tingkatan tiga.Ini numbor bertuah tau.Bagi aku memang bertuah la.Hanya sesetengah orang saja yang tau tentang kisah di sebalik numbor ini.Tapi apa-apa pun kan hidup mesti di teruskan numbor itu hanya angka kan.

Thursday, January 3, 2008

daLam diam kita berbicara

direnung hilang,
diLIhat puDAR,
dicapai jauh,
diidam harapan,
sehembur kata semanis bahasa,
keliling hanya tiada kata.
duduk diam menanti jawapan

usah di lihat jejak yang lalu,
biarkan ia tinggal di sana,
kadangkala jenguklah seketika,
sebagai pedoman kenangan bersama,
hapuskan duka ciptakan lara,
untuk cerita di satu di dunia...

selaMA ia berseri akhirnya menyePI bersama angin,
pernahnya hadir menambah seri dalam kedukaan,
namun pada penghujung jalan akhirnya derita,
atas keputusan aku mengerti,
kerana kehendak aku akui,
tusukan pedang itulah sebagai bukti kesan,
tidak hilang ia berbekas...