Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Saturday, January 28, 2012

apa makna semua ini?

masih ada tulisan yang belum kering atas tinta itu
kerana aku guna pena yang lama
mencoretkan tentang perkara lama
mengungkitkan kisah lama
cuba untuk melakar panji kemenangan diri
tetapi rapuh di dahan realiti
tolong jangan calitkan apa-apa
kerana ini semua bukan kau yang punya

aku meniup-niup tulisan berdakwat putih
sambil-sambil aku fikirkan makna aku tulis
sendiri aku mengeja mencari suku kata silang bahasa
apa makna semua ini?
apa maksud ini semua?
apa ertinya semua ini sekali
tulisanmu putih tanpa warna,bukankah putih itu juga warna
ayat katamu bertingkat-tingkat,bukankah mudah untuk kau baca
silap bukan salah
salah tidak silap
undur jangan kebelakang
depan bukan di sana.

Wednesday, January 25, 2012

tahun 2012

salam buat kalian,

telah terlambat bagi aku untuk mengucapkan selamat tahun baharu 2012.Lambat atau tidak itu tidak menjadi soalnya yang penting kita terus bersyukur dengan berdiri kita ini dengan ada apanya.

lebih aku utama adalah diri ini yang terlalu jauh daripada sanubari yang kebelakangan.akan dicuba untuk kecapi kembali apa yang tingga.

teruskan berbahagia buat kawan sekalian,tiada apa yang mampu aku bekalkan melainkan memberi kata-kata yang lebih bermakna untuk kita mengerti.

semoga kita sukses selalu.jangan mudah berputus asa.