Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Wednesday, March 25, 2009

waktu kini

dahulu
kini
dan
mungkin masa hadapan...


tiga waktu yang membuatkan kita berfikir lebih daripada biasa.Keadaan ini membuatkan kita merasa amat penat kerana terlalu mengambil tenaga untuk memikirkan tentang 3 perkara tersebut.

DAHULU..
apa yang kita fikirkan tentang dahulu selalunya tentang kenangan dan perkara yang pernah berlaku dalam hidup kita.Semua yang berlaku pada waktu itu tidak semuanya indah untuk dikenang walaupun semuanya yang selalu kita kenang tentang DAHULU adalh suatu kenangan yang indah saja kan.Hakikatnya tidak,ada ketika kita akan terfikir tentang satu perkara yang amat memeritkan dan menyedihkan dalam hidup kita.

kINI..
Kini adalah sekarang dan sekarang adalah kini,kita akan harus menempuhi yang ada kini untuk teruskan perjalanan kehidupan kita yang di lalui.

Thursday, March 12, 2009

kata hati..

seringkali kita berdiskusi dengan diri kita tentang apa yang kita mahukan dalam kehidupan yang kita tidak tahu apa yang dihujungnya.Ada ketika juga kita mengeluh dan mengeluh entah mengapa.

ada hati berkata TIDAK untuk meneruskan semua ini,tetapi ada hati juga mengatakan HARUS untk menempuhi semua ini.

bergantung pada diri,berjalan pada hati,bergerak dengan sanubari...


"kita sering mengharapkan sesuatu yang terbaik tetapi kenapa kita tidak berusaha untuk yang terbaik?"

Tuesday, March 10, 2009

untuk semua kalian..

alhamdulillah,semuanya telah ada jawapan daripada segala persoalan..apa-apa pun kita harus menerima realiti semuanya tanpa ada rasa negatif dalam diri.Memang kita akan merasa sangat hiba atas apa yang berlaku sehinggakan kita mampu hilang pertimbangan,namun usahlah sebegitu..apa yang mampu aku katakan di sini adalah,terima dan munasabah diri...berfikiran secara tenang dan jangan biarkan emosi menguasai akal pemikiran kita...hadapilah semua ini dengan senyuman walaupun perit untuk kita...teruskanlah hidup wahai sahabat,bukan ini noktah kehidupan....


buat temanku,
BACALAH UNTUK PENGERTIAN KERANA DISITU ADA KEPASTIAN...