Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Tuesday, January 5, 2010

kita harus yakin~

aku terus istiqamah dalam menerajui hati,
mencuba dan terus berusaha..
katanya masa akan akan melewatinya,
bisiknya sabar akan menenangkan..

ah! sampai bila lagi perlu aku bertahan?
kenapa perlu aku terus terpunguk di tepian kesedihan?
tidakkah masa adalah emas yang dicari?
perlukah aku membiarkan hati aku terus luka dengan hirisan kesedihan?

oh! aku tidak mahu begini..
aku ada jalanku sendiri,
yang perlu aku teruskan tanpa bertoleh..
aku mahu berubah!
aku mahu buktikan!
aku mahu segalanya!

percayalah wahai insan,
tidak kita dilahirkan untuk terus bersedih..
tidak ada ibu bapa yang mahukan anaknya gagal,

ayuh!
kita cipta kejayaan daripada kegagalan itu..
kita lupakan segalanya yang menyedihkan,
kita mampu..
kita hebat!!!!!!!

No comments: