Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Wednesday, January 27, 2010

Gosekan biola irama nasibku..

salam,


apa khabar kalian,semoga sihat hendaknya..hehe..
aku selama 2 hari beturut-turut berjalan sahaja,kelmarin syukurla siap urusan aku kat dewan bandaraya kota kinabalu,DBKK dan pegi bank membuat pembayaran kereta beliau aku,memang penatlah sesampai sahaja aku kat rumah terus tidur sampai jam 9 malam..huhu..dan tadi pula lagilah memenatkan dengan keadaan cuaca yang agak panas..mantap nie bui..tadi pula aku pegi bank jgk..alhamdulillah selesai juga tugasan yang diberikan..yeah~!!!
sebenarnya urusan itu semua bagi aku tidaklah sepenat mana pun tetapi ke tempat yang di tujui itu memerlukan khudrat aku..al maklumlah,aku nie tak punya apa pun,kereta pun takda apatah lagi memiliki lesen..nasib badan la..

al kisah hari ini,
ketika dalam perjalanan pulang(berjalan kaki masih) hendak pergi stesen bas,aku pun ternampak seorang lelaki duduk kat tepi tangga,rupanya lelaki itu seorang tukang kasut.Kebetulan kasut usangku ini juga nak terbuka tapaknya jadi aku pun mendapat khidmat pak cik tue..aku tanyalah berapa kadar yang dikenakan makan pak cik pun bg aku rm12 sahaja untuk gam dan jahit keliling balik..kira ok la tue..

ketika aku dalam penantian menunggu sambil duduk-duduk kat tangga kedai tue,entah tetiba aku terdengar bunyi biola yang dimainkan..pelik,di tengah hari begini ada orang mainkan biola??
irama yang dialunkan sungguh syahdu seakan menceritakan sesuatu..fuuuhh!!

aku pun berganjaklah dari tangga tue dan tengok kat luar,rupanya kelihatan seorang lelaki tua yang kudung kedua kakinya sampai ke pars lutut sahaja..aku pun tersentak melihat lelaki itu dengan alunan yang dimainkannya itu,dia memainkan biola itu di tempat awam sambil mengemis..PERSOALANNYA,adakah apa yang dia lakukan itu mengemis ataupun memberi perkhidmatan??? antara mengemis dan perkhidmatan...

errmmm..aku tertanya??

Saturday, January 23, 2010

ada apa pada senyuman?



ada apa pada kata jika tidak pada makna,
ada apa pada senyuman jika tidak pada maksudnya..


betul ada atu tidak apa yang diperkatakan di atas?? hehe.. semestinya jawapannya YA.

aku ingin berkongsi rahsia disebalik senyuman yang mungkin tidak orang ambil kisah pun,

selalunya bagi lelaki kan jika ada seorang perempuan senyum kat mereka,dorang akan cakap begini, "wah,awek tue kat aku aa,mungkin dia nampak aku macho nie"..aha,wahai para lelaki sekalian,benar atau tidak??? sila jawab,hahaha..

ok,
selalunya kita senyum di sebabkan ada perkara yang membuatkan hati kita terusik dan melucukan,lantas wujudlah seutas senyuman yang penuh bermakna..

Bermakna?
setiap senyuman mempunyai maksudnya yang tersendiri,tafsiran senyuman yang diberikan itu hanya kita sendiri sahaja yang tahu kerana kita yang menciptakan senyuman itu.Senyuman juga ada pelbagai jenis,ada yang senyuman sinis,senyuman manis,senyuman terpaksa,senyuman sahaja..pelikkan,senyum pun berbagai jenis,ingatkan manusia sahaja ada bermacam-macam jenis.hehehe..

buat kalian,

teruskanlah mencipta senyuman mu itu kerana memberi kekuatan pada mereka.siapakah mereka? mereka adalah orang yang disekeliling anda.Anda tidak tahu mungkin ada diantara mereka sedang berduka,tatkala melihat senyum dan keriangan anda pasti mereka turut merasa gembira dan kesedihan itu akan berkurang..setidak-tidaknya mereka dapat meringankan sedikit rasa duka itu kn..

teruskanlah pada senyuman kerana senyuman kamu itulah penyeri hidup kamu.Bayangkanlah jikalau hari-hari anda di selebungi murung sahaja,adakah anda rasa gembira? adakah anda akan dapat merasa nikmat kehidupan? jawapan yang sudah pasti adalah TIDAK...maka,senyumlah..dan senyum aa..hehe..

Thursday, January 21, 2010

jawab persoalanku ini~

Pernahkah ada diantara kalian membacakan puisi cinta kepada kekasih anda?

Pernahkah kalian menghadiahkan rantai ataupun cincin kepada kekasih anda?apakah responnya?

Disaat anda merasa sangat memerlukan si dia,adakah dia ada bersama anda? apa yang dia lakukan?

OooooOOPPPPPSSSsss!!! cukuplah!!

eh kenapa dengan aku nie aa? macam ada sesuatu yang mengganggu pemikiran aku kala ini,huh!

acap kali,hanya soalan itu yang membelenggu aku..

aku kira sudah sembuh dari segalanya tetapi rupanya tidakkkkkk!! tidak sepenuhnya.
masa oh masa,detikmu aku terpaksa harungi..




Monday, January 18, 2010

Laskar pelangi,akan ku kejar pelangi




persembahkan LASKAR PELANGI,

Aku baru sahaja habis menonton cerita laskar pelangi nie kat youtube,fuuhh! mantap la cerita nie dengan tajuk cerita sahaja mampu membuatkan kita tertanya kisah cerita ini..
aku diperkenalkan dengan cerita ini oleh kawan aku yang belajar kat sarawak,dia kata kalau tengok cerita ini confirm bersemangat,sungguh benar apa yang dikatakan itu..

maka,aku pun mencarila kat mana boleh aku download cerita nie tetapi aku hampa,semuanya berbayar..huuhuh..tapi alternatif lain aku tengok la kat youtube..hehehe..

laskar pelangi,
sebuah kisah yang mencerita tentang semangat anak-anak kecil yang mahukan ilmu dan keteguhan hati para pendidik yang mengajar sebuah sekolah yang hanya ada 10 orang pelajar sahaja..wah! hebatnya mereka..
bayangkan seorang anak kecil jika mahu ke sekolah,dia mesti menunggu seekor buaya melintasi dulu jalan itu baru dia boleh melaluinya..tidakkah dahsyat tue? seekor buaya tue,bukan calang-calang..


ayat yang paling power aku dapat hari ini adalah
"kejar pelangimu sampai ke hujung dunia,jangan pernah menyerah.."

apa-apa pun kepada korang,tak rugi kalian menonton cerita ini..
sungguh~~~!!!

Wednesday, January 13, 2010

anak buang ayah??

sungguh mengejutkan,!!



myMetro | Buang ayah tepi jalan


selama ini kita hanya mendengar kes-kes ibu buang anak tetapi kali ini bapa pula yang dibuang anak..apa sudah jadi dengan dunia ini,semakin hari semakin menjadi..

kita lupakan dahulu perihal tentang ibu buang anak,berbalik kepada topik tadi aku sendiri tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh anaknya..khabarnya si anak yang derhaka itu tergamak melakukan perkara sedemikian adalah disebabkan isterinya..ah?? isteri??

Para suami sekalian,adakah kalian lemah sehinggakan ke tahap ini anda sanggup patuh dengan arahan isteri yang tidak masuk akal...

Tuesday, January 12, 2010

DIET?

salam..

aku selepas kahwin sepupu aku kat kampung,aku mula sedar dan menyedari bahawa AKU SEMAKIN GEMUK!!!!!..wei tak boleh jadi nie..dengan tekadnya aku berusaha untuk menurunkan kadar kegemukan aku..huhuu..

Alhamdulillah hari ini,aku dapat merasakan ada perubahan aspek fizikal aku.. tidaklah terus kurus mendadak ttapi berkurangan,hehehe..Mantap..

sekarang ini aku masih giat berusaha untuk meningkatkan lagi usaha aku ini..wawawawaa!
sebenarnya aku ingin berubah kerana...tunggu nanti aku ceritakan..hehe..sabar ya..

ramai orang cakap kalau mahu kurangkan berat badan perlu DIET..DIET??

Bagi aku kn,kalau diet jak tkda melakukan senaman macam takda guna juga,hasilnya memang ada tetapi lambat la..

DI sini aku ingin berkongsi sedikit hasil kajian aku tentang kesihatan ini,khusus jika ingin mengurangkan berat badan..

ok,menurut kajian aku{macam doktor la pula} sebenarnya kita mampu mengurangkan berat badan kita sekurang-kurangnya 1kg dalam masa satu minggu..seminggu tue.!!
tetapi dengan syarat,

1.mind set anda ingin berubah..

2.mulakan dengan mengubah cara pengambilan makanan,kuantiti makanan..

3.bersenam..iaitu berjogging ka,teka tubi ka,dan sebagainya..PENTINg~

4.disiplin..


jika anda dapat menunaikan syarat-syarat ini,konsistenkn cara ini..InsyaALLAH BOLEH!!!!YEAAHHH!!!...

Saturday, January 9, 2010

pendaftaran oh pendaftaran

salam buat kalian,

hari ini agak kepenatan mengurus pendaftaran aku kat UNITAR..Penatnya bukan kerana pasal mengurus tetapi kerana kepanasan yang agak menusuk ruang-ruang liang romaku..aduh!

semuanya selesai sudah tetapi hanya aku sahaja yang mungkin belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi semester baru nie..huhuhu...
Setakat ini alhamdulillah aku masih boleh berdiri tidaklah seutuh mana pun.Result yang aku dapat pun sekurangnya aku bersyukur tidak perlu mengulang subjek,nasib-nasib wei...orang kata besyukur pada yang ada kn..hehehe..

ohohoh next monday start sudah kelas nie,makanya bermulalah kembali perjalanan hidup seorang pelajar kolej,belum lagi boleh dipanggil budak U nie..huu..sabar,berusaha,berdoa..

Thursday, January 7, 2010

jika tidak kerana waktu itu

jika tidak kerana waktu itu
pasti kita masih bersama...

jika tidak kerana masa itu
pasti hari ini hari kasih sayang kita...

sungguh aku merindukan.
sungguh aku menginginkan.

jujurku,
sayang masih padamu..
cinta rasa merasa dihati..

tapi,
kau inginkan perpisahan ini..
kau memintaku..
kau meninggalkan aku..
tanpa alasan yang kukuh..

aku?
hanya merelakan..
aku redha..
hatiku menangis..

kau?
mungkin lebih merasakan kebebasan hati..
tidak terikat pada cintaku..
tidak merana diri kau melayanku lagi..

perlukah wujud rasa benci ini?
haruskah aku mengenangkan kau sedangkan kau meminta semua ini?

jika tidak kerana waktu itu,
aku tidak akan sedar..
bahawa aku tidak mampu memberikan kebahagiaan padamu..
aku sedar..
aku bukan seperti yang kau impikan..........

Tuesday, January 5, 2010

kita harus yakin~

aku terus istiqamah dalam menerajui hati,
mencuba dan terus berusaha..
katanya masa akan akan melewatinya,
bisiknya sabar akan menenangkan..

ah! sampai bila lagi perlu aku bertahan?
kenapa perlu aku terus terpunguk di tepian kesedihan?
tidakkah masa adalah emas yang dicari?
perlukah aku membiarkan hati aku terus luka dengan hirisan kesedihan?

oh! aku tidak mahu begini..
aku ada jalanku sendiri,
yang perlu aku teruskan tanpa bertoleh..
aku mahu berubah!
aku mahu buktikan!
aku mahu segalanya!

percayalah wahai insan,
tidak kita dilahirkan untuk terus bersedih..
tidak ada ibu bapa yang mahukan anaknya gagal,

ayuh!
kita cipta kejayaan daripada kegagalan itu..
kita lupakan segalanya yang menyedihkan,
kita mampu..
kita hebat!!!!!!!

Monday, January 4, 2010

aku anak seni~!!!!!!

salam,masih belum terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU buat kalian,semoga apa yang kita harapkan ingin dicapai bagi tahun 2010 ini akan menjadi realiti..AMIN~

Masuk tahun baharu ini aku mahu kembali aktif mengiatkan diri ke dalam bidang seni.Hari demi hari setelah mengalami kejadian yang amat menyedih bagi aku,kini aku sudah pulih dari kesedihan,kecederaan,dan kehampaan hati walaupun tidak sepenuhnya namun sekadar untuk memujuk hati ini..

Berbalik kepada seni ya,di sini ingin aku titipkan hasil seni aku..

PERSEMBAHKAN:




macam???
ada seni ka???