Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Tuesday, August 26, 2014

kadang itu mustahil bagimu



bila malam menjelma,
asyik sahaja aku memikirkn kamu
sedang ada buat apa
kacau jiwaku gelora hatiku
memikirkn mu adalah satu nikmat
terus aku mengklimakasikn dengan istighfar
boleh aku lali jika aku terus terbang
boleh aku zina jika aku lanjutkn

Namun,

tidak salah rasanya untuk aku bertanya akan khabar
sahaja bukan tidak sengaja
untuk hanya bertanya,
khabar baik kemudian apa lagi ceritanya
semuanya baik kemudian apa natijahnya
kalut anganku terus aku diam

dinding menjadi layar aku menonton
tontonan ilusterasi minda
yang tercipta hasil acuan minda
kadang nakal berakal
kadang risau gelisah

siliing berbayangkan tempias kipas
gelamun
terus gelamun
pernah aku fikirkn,
kalaulah dia yang akrab kali bertanyakn khabar selalu
bahagia wei!!!

sudahlah ui abang oi..
kembalilah ke hamparan lenamu
pejam mata kita cuba segalanya
apa mahu dicuba?
cuba tidur...

Sunday, August 10, 2014

ku tunggu jandamu

Ada apa dengan Janda
dia jua seorang perempuan
yang punya perasaan terlahir dari seorang perempuan

Janda,
berkahwin dengan lelaki kerana cinta
berpisah dengan lelaki kerana cerai

perempuan belum berkahwin adalah bujangan
perempaun sudah berkahwin perempuan
perempuan sudah kahwin cerai janda
perempuan belum kahwin tua andartu

perempuan selalu di istilahkan pada keadaannya

beza pada lelaki
 
lelaki belum kahwin bujang
lelaki sudah kahwin mengaku bujang
lelaki sudah kahwin cerai duda
lelaki belum kahwin tua bujang

nampak bezanya dimana dan bagaimana?

namun,
ku tunggu jandamu barangkali terlalu kurang ajar
kerana perempuan yang sudah berkahwin hanya akan menjadi janda bila tidak sudah bersama suaminya.benar.
maaf bila aku beritahu,
kerana kau janda pun sesiapa pun mahu,barangkali.

jadi jangan terus mengaku jodoh jika sudah berkahwin 
kerana boleh jadi jodohmu menjadi bodohmu
kita hidup dalam ketidakpastian
kadang aku ketawa sindir jika ada yang mengatakan dia jodoh aku,aku pasti.tiada lain.
Jap jap jap,
sedar diri dulu...
jodoh itu rahsia Tuhan cik dan abang 
tiada kepastian yang nyata dalam perihal sebegitu
boleh jadi kau akan dimadukan cik akak
boleh jadi kau akan bercerai dengan dia encik abang
siapa tahu? 
aku pun tidak tahu..

makanya,
fikirkan dan renungkan

* bukan aku mahu takutkan kepada akak dan abang yang sudah berkahwin tapi sebagai satu renungan bersama.kadang kita berlebih dalam perhubungan sehinggakan membuatkan orang sekeliling kita muak dan jangkal dengan antara kamu.manis madu lain dengan manis gula.

*buat yang berpasangan,jangan terlalu berlebihan juga takut nanti jika terlebih tertumpah rugi diri sendiri.kalau sayang jangan beritahu satu dunia,kau cinta jangan paksa dan kalau rindu cari.selesai.buat lelaki,jika kau rasa seorang LELAKI bertanggungjawab,Nikahlah.Apa lagi mahu ditakutkan dan ditunggu.buat perempuan pula,apa yang berlaku dan akan berlaku ingat mak bapa yang tersayang.

*buat yang bujang,berlaku adillah dengan bakal isteri/suamimu.siapa tahu ketika ini,bakal isteri/suamimu menjaga tatasusila dan perilaku mereka untuk kamu.siapa tahu.

*buat diri aku,bacalah untuk pengertian

luahan hati sang suami yang kehilangan isterinya

Aku tidak meminta kau untuk sentiasa berada didampingku
ku cuma mahu kau selalu ada untukku
kala aku membutuhkan tempat berkongsi segala rasa
jika mahu ku tuntut kata bicaramu kala dulu
aku pasti kau akan sendiri malu dengan apa yang kau lakukan padaku
kembalilah seperti kau yang terdahulu sayangku

Benar aku tidak mampu memberikan kau rumah sergam indah
namun apa yang ada ini cukup untuk kau melepaskn penat
berlindung dari panas dan hujan
tempat kau dan aku berdua menjalani kehidupan,bersyukurlah sayang

Apa yang ada ini sudah menjadikan harapan kita sayangku
walaupun kenderaan ku ini tidak semewah mana pun
namun inilah pemudah aku untuk mencari nafkah
kau selalu merunggutkan,kereta itu kereta ini
benar aku mampu,lebih dari kemampuan untuk memilikinya
tapi aku lebih memikirkan tentang kehidupan kita sayangku
bersabarlah sayang

sayangku,
dimana kau yang dahulu bukanlah yang sekarang
aku terlalu merindui manja mu
belai rayumu yang membuatkan aku ternoda dek khayalan
pada asa yang terbina bukan satu jaminan buat kita
benar bahagia kau lain rasanya
bahagia aku lain rasanya
tapi kita tetap sama dalam kehidupan

sayangku,
ayuh duduk didampingku
kita bicara yang baik-baik sahaja
tentang masa depan yang pernah kita rencanakan
perihal hidup yang tiada sesiapa pun tahu

Monday, August 4, 2014

ternoda dek hujan

selalu kita mengimpikan hujan yang redup
sedangkan hujan yang hadir terlalu kencang
deras derauan angin membiaskan air hujan yang hadir

sedar atau tidak
saat hujan turun wujudlah satu perasaan rasa
tidak akan dapat sesiapa terjemahkn
hanya kita diam
senyap dan mencari klimaks rasa
terbukam seketika rasa diri

apa cerita hujan pada diri kamu
ceritera pasti ada terpulanglah pada kamu
aku suka hujan
aku suka air hujan
aku suka angin hujan
aku suka akan suasana hujan

saat hujanlah kita akan senyap
berdiam
menikmati dan merasakan suasana sebenar dunia
jangan maki hujan
jangan mengeluh hujan
jangan marah hujan
hujan itu nikmat
suatu kurnia dari sang pencipta
berbahagialah