Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Monday, April 9, 2012

Cukuplah sekadar untuk merasa

Jika kita tanya pada diri ini,dia bilang biasa

Jika pula kita tanyalah hati,dia hanya memberi rasa

Tapi jika aku tanya pada perasaan,aku gembira dan aku kecewa

Tidak pun aku tidak kau kenali cubalah untuk tahu

Bayang-bayang yang ada aku berikan bukan bayangan gurauan

Untuk kau lebih menyedari akan adanya seorang insan ini

Aku bukan pengemis

Aku bukan peminta

Aku jua bukan perayu

Aku tahu setelah aku mengintai di balik laman dunia

Kau memiliki Dan sudah dimiliki

Jika aku seorang pejuang,perang akan tercetus

Tapi aku seorang penjaja sahaja

Yang menjaja kata kata untuk mereka mengerti

Katakan lah pada dunia ini semua sementara

Biar alam khabarkan nanti aku mencari waktu itu

Tahniah dan terima kasih buat kamu

Kembalikan segelumit rasa yang pernah aku rasa

Senyuman dahulu terukir saat tatapan kertas potret wajah

Ada apa pada gambarmu

Kerana itu hanya hati sahaja tahu

Tersenyuman dan teruskan pada senyuman

Siapa tahu senyuman itu adalah sebahagian daripada insan

Andai kau tahu,bacalah untuk pengertian.

No comments: