Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Sunday, April 15, 2012

mereka yang kamu hina

atas dasar apa yang membolehkan mereka itu kamu hina
adakah kerana pakaian itu?
adakah disebabkan kerja mereka?
adakah kerana cara mereka?
ataupun kerana darjat mereka?
ataupun apa kerena apa lagi mereka kamu hina.

sebelum kamu mengherdik dan menghamun mereka pandang diri kamu
memiliki belum cukup untuk melebihi dan memang kurang untuk mengatasi

mereka kerja untuk mencari nafkah keluarga bukan mencari hal pada dunia
kerana itulah tugas mereka untuk dilaksanakan
sekurangnya mereka tidak lagi meminta mak bapa duit untuk dibuat belanja
mereka lagi memberi untuk kesenangan keluarga

tolonglah adik-adik yang kononnya memiliki IQ menara gading!
sudah-sudahlah atas apa yang kamu lakukan itu
cara itu terlalu lapuk untuk dilakukan
gunakanlah akal kamu untuk menyelesaikan seperkara itu bukan dengan cara itu

ingatlah pada mak bapa kamu,
mereka kerja untuk bagi senang dan makan kamu
tidakkah kamu fikirkan tentang mereka?
ada aku dengar,kau bayar denda berapa sahaja.banyak duitlah ceritanya.nanti balik minta sama mama bapa kau juga kan.bukan orang lain.KARUT!

mereka yang kau hina aku tengok penuh dengan kesabaran melayan telatah kebudakan kamu
lagak kamu yang macam pandai menampakkan kebodohan yang menjadi bahan kutukan
konon belajar tinggi-tinggi,

untuk seorang itu,
perlembagaan kau julang sampai dongak kelangit
kau terangkan perihal tentangnya
kau suruh orang baca habis tentangnya
bagaimana dengan diri kau?
sudah kau baca habis semua itu

aku bacakan untuk kamu,
dengar ok,

kepercayaan kepada Tuhan
kesetiaan kepada Raja dan Negara
keluhuran perlembagaan
kedaulatan undang-undang
kesopanan dan kesusilaan


kau cakap tentang perlembagaan tapi kau tidak cakap tentang yang lain
balik fikirkan dan renungkanlah
konon tahu semua

hafaz lafaz faham jangan hafaz lafaz tidak faham
biar faham jangan berkait-kait
tidak mahu kalah ego meruap-ruap

kalau ada bodoh tue jangan terlampau perlihara.
buanglah jauh-jauh
supaya anak cucu tidak waris.


No comments: