Sudah lama aku tidak begini
Senyum tidak ketawa,ketawa tidak seperti senyum
Berada antara kedua-duanya tandanya orang kata itu bahagia
Sambil itu aku sampulka perasaan aku yang gembira
Untuk siapa tahu akan membantu
Tapi bagi aku cukup mereka tahu untuk diberitahu
Alangkah indahnya perasaan ini,
Apa pada daya untuk mengatasi upaya
Maafkan aku wahai hati tidak sengaja aku untuk memperlakukan sedemikian
Niat ini tidak akan dihalangi atas sebab
Aku jua punya pendirian sebegitu aku perlu lakukan
Aku tahu setelah aku selidiki di laman cerita dunia
Bahawa dunia kami berbeza jauh berbeda
Akar tidak akan sama dipanggil buah
Disekebun bunga,bunga lagi memilih tuan
Maka aku simpulkan dalam kata aku untuk rayuan pada hati
Cukup Aku kembalikan perasaan yang pernah dilalui dulu hati untuk kau masih tahu rasa itu.oh hati,bergembira seperti kau gembira ini.kerana itu yang aku mahu.
No comments:
Post a Comment