Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Wednesday, March 7, 2012

sekian terima kasih

Assalamualaikum.

kehidupan perlu diteruskan itu adalah pasti.walaupun tanpa siapa yang berada menyokong akan tetap teguh dalam pencarian.

aku lihat,dunia ini terlalu banyak teka-teki yang sukar untuk dirungkai melainkan setelah kita hadapinya barulah kita ketahui perihalnya.siapa tahu tentang hal jika hanya aku sahaja yang mengetahui. Aku seorang pendengar tetapi bukan seorang penyerap.kerana aku tidak mahu untuk menyerap apa yang aku dengar,aku syukuri walaupun aku miliki pendengaran yang tidak sejelas nyata namun untuk aku dengar kata hati ini mungkin cukup.

keseorangan dalam pencarian,
jika dahulu walaupun bersama dengan seseorang yang istimewa pun aku seperti menelusuri dunia ini sendiri apatah lagi dengan keadaan aku sekarang ini.buang dibuang terbuang,apa tempat aku dimata mereka.siapa aku di sisi mereka.cukup kali aku hanya insan yang menumpang di sudut dunia ini.adanya aku umpama tiada.lagi jelas aku hanya dinding pemberat.makan sisa-sisa serpihan kebahagian yang mereka jamah dalam kegirangan.

keputusan untuk tidak melahirkan reaksi yang dahsyat,
fikirlah semasak-masaknya jangan sahaja sampai hangus.kerana keputusan yang dibuat akan mengubah semua persepsi mereka yang mendengar.penerimaan antara YA atau TIDAK.kiralah segala aspek yang ada bukan hanya faktor semata-mata.mereka kata aspek adalah kekal dan faktor adalah sementara.perlu aku jelaskan?

sekian terima kasih.

No comments: