Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Wednesday, April 11, 2012

surat aku untuk diriku 2

......

ketahuilah hati bahawa dunia ini terlalu penuh kepuraan sehinggakan kita sendiri tidak dapat membezakan akan kedustaan dan kebenaran,lantaran membuatkan semua yang ingin dilakukan terbatas kerana sebab itu.Usah risau jangan takut,tidak ada yang perlu dikhuatirkan jika kauberserah segalanya kepada tuhan.Dia lagi maha mengatur segala urusan.sedangkan kita tidak tahu akan aturannya.

misteri itu adalah dirimu,
mereka tidak akan tahu jika kau tidak memberi tahu,begitulah sikapmu dari dahulu mungkin akan kekal.kerana kau tidak pandai berkata merayu luahan domba.kau lebih tahu apa yang kau lakukan sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka buat.percaya pada diri,bukan bangga sendiri.lupakan apa yang mereka kata,kau teruskan apa yang dilakukan.aku percaya dan yakin kau lebih dari apa yang disangkakan.

sekian sahaja cerita kita buat waktu ini,jika ada keizinan waktu akan dititipkan lembaran surat sebagai ingatan.aku sentiasa bersamamu di sisi.


salam dari insan yang menyayangi kamu.

No comments: