Jilka Ada yang bertanya tentang karya ini biar aku yang jawab
Pasti nanti Mereka akan Lebih mengerti perihal kata iTu
Atas penerangan iTu kamu Lebih bertanya Pada aku
Kenapa mampu kau cerita tentang cinta sedangkan kau tidak mengalaminya?
tidak semua ini perlu dirasa barulah dikejelaskan?
Sejenak masa untuk aku terangkan
Semua yang ditulis tidak hanya kerana merasa,
Aku lihat aku dengar aku tahu
Aku coretkan pada tinta yang ada ini
Kerana aku tahu aku buka seorang pembahas yang petah berbicara
Aku juga tidak tahu bagaimana untuk menyuarakan dengan berkata lisan
Maka aku biarkan jari jemari aku meluahkan kata yang ingin diperkatakan
Kalian ambillah hasil ini dan berikan kepada sesiapa
Untuk mereka faham lagi mengerti
Kenikmatan yang ada tidak semestinya untuk dirasa
Semua itu adalah luar daripada biasa
Namun,
Jika ada yang bertanya padaku untuk siapa ianya ini
Aku hanya diam dan aku terus berlalu
No comments:
Post a Comment