Aku takut untuk menghadapinya
Akan berlaku sebuah kehilangan besar,salah satunya
Acap kali teringat kembali keadaan ini,aku teringat masa lalu
Umur berlalu mengorak lebih dari masa
Tanpa aku sedar tanpa kita duga
Kita terus hadapi hari-hari dengan ketabahan dan cubaan
Kawan,
Tolong jangan berubah..
Aku takut perubahan itu tidak seperti yang diharapkan
Drastik dramatik menyayatkan
Kalau kau pergi pada cara yang baik,aku tetap sokong kau
Jika kau sudah lupa alpa dan leka pada apa yang diubah,aku tetap sokong kau
Jangan pula nanti kau bertanya akan kehilangan jauh ini
Sebabkan nanti aku katakan kerana kau sudah tidak seperti yang dahulu kau janjikan
Sahabat,
Makin kedewasaan ini aku kira kita semakin matang
Sangkaan ku harapkan semoga tidak meleset di dinding harapan
Cara yang kau lakukan itu bukan rasionalnya namun fantasi yang bersalut kan dendam jahanam
Saudaraku,
Masih kau ingat saat susah senang kita bersama
Lekang waktu sahaja memisahkan kita andai terpaksa
Kami ini tempat kau bermadu kasih menduakan perasaan untuk melegakan rasa
Tapi akhir-akhir kami bukan lagi seperti yang kau anggap dahulu
Rakan aku sahabat aku kecewa atas tindakan
Dendam ego kepala ke atas,kau lupa siapa kami aku dan dia
Lebih kali kau kenalinya yang hanya sekadar seketika waktu
Kami aku dan dia,
Kawan itu sudah hanyut dalam lautan yang dalam,lemas di langit luas
Dia maha tahu dunia dia kaji alam dia terokai
Jika aku biarkan apa gunanya aku sebagai kawan benar
Tapi Kalau aku tegur buku kitab realit dibuka untuk keutuhan bukti rasionalnya
Akhirnya masing-masing mempertahankan kubu sendiri
Bergaduh berteriak kan dan memaki
Siapa mengalah? Baik tidak perlu berkata tentang itu jika ini natijahnya
Sudahlah,kita biarkan dia sampai mana dia mampu melakukan
Kita ini bukan siapa-siapa untuk menahan melarang dan menegur
Jika semua yang kita kata itu sampah buatnya
Mengalah dan terus mengalah
Daripada kehilangan,
Aku fikir baik aku hilang daripada aku terseksa
No comments:
Post a Comment