Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Tuesday, February 5, 2008

Dalam kita menjalani kehidupan di muka bumi ini,kekadang kita akan terfikir tentang sesuatu perkara yang amat luas pengertiannya.Perkara itu adalah sesuatu yang di panggil CINTA.Sememangnya cinta adalah satu perkara yang luas pengertiannya.Tanyalah pada sesiapa saja apa yang mereka tahu tentang cinta dan jawapan yang pasti di beri adalah percantuman perasaan antara lelaki dan perempuan yang bersatu di dalam satu alam yang di panggil alam kebahagiaan.Ya,memanglah itulah definasi cinta bagi sesetengah orang namun bagi aku yang telah menilai pelbagai istilah cinta dalam kehidupan ada maksud yang tersendiri.

Bagiku,cinta adalah satu asas yang mengenalkan kita tentang kehidupan yang lebih mendalam.Tanpa cinta,kita akan merasakan hidup kita sentiasa kosong dan sunyi.Cinta adalah asas dan tiang-tiang bagi asas ini adalah KEJUJURAN,KEIKHLASAN,dan KASIH SAYANG....
Kenapa saya katakan semua itu adalah tiangnya kerana:

Tanpakejujuran tiada kepercayaan dalam itu cinta walhal cinta amat memerlukan kejujuran serta kepercayaan untuk ia terus berkembang tanpa layu.

Tanpa keikhlasan untuk apalah erti cinta yang dibina?adakah cinta itu hanya sekadar mainan dalam kehidupan?

Tanpa kasih sayang apalah guna hubungan itu?bukankah cinta yang dibina atas dasar kasih sayang yang telah di meteraikan?..kasih sayanglah faktor yang paling penting cinta.Tanpanya tiada maknalah cinta yang di bina..

No comments: