Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Thursday, August 8, 2013

gadis bertudung biru

gadis bertudung biru 


lihatlah gadis itu,
dia punya kisah cerita 
aku ceritakn pada satu helai kertas ini sahaja

alkisahnya,
dia punya hati yang terlalu suci
kesetiaannya mengenggam cinta itu adalah taat
mengatakn sendiri pernah ia bersabar atas masa
impiannya cuma satu
seperti gadis anak sunti
mahu mencapai cinta sejati pada jangkauan hidup muda
bertahun setia pada dia lihat pada dasarnya
akhirnya ternoda kerana pihak ketiga,tiada ikatan tiada simpulan
dia tidak mahukn terima kenyataan nyata
merayu pada dunia yang hina
sungguh tidak menyangka
kerana terlalu cinta

mengubati hati itu tidak semudah memadam tulisan
seperti jua hidup dia teruskn sambil melihat dunia yg realiti bukan untuk dia
sambil membiarkn apa yang terjadi dia melepaskn apa yg ada
untuk mungkin membuka mata dunia yg sempit baginya

bertemu dengan insan yang mampu mematahkn keegoan hati bukanlah mudah
ada sahaja yang mencuba dengan pelbagai cara berbagai gaya
ketelusan hati itu lebih diutamakn
dia bertemu seorang insan dipersimpangan jalan yang dilalui
melalui kehidupan ketawa itu bahawa menangis itu derita
resam dunia insan yang bercinta
pagi menjadi malam yang berbintang
malam mencari pagi yang hangat
terbatas antara dia dan insan adalah kepercayaan pada yang satu
sehingga berdebatan membuka hujah,mempertahankn apa yang dipertahankn
akhirnya tinggallah suatu keputusan
berpisah bukan kerana cinta
berpisah bukan kereana rela
berpisah kerana kepercayaan

sekali lagi dan selepas itu berkali lagi
dunia dia lihat terlalu banyak lakonan yang membuatkn dia menangis 
sehingga mata yang indah menjadi hitam pada sucinya putih
doa menjadi sumber kekuatan
harapan terus membina impian

dalam waktu yang terjalani 
sebab dan asbab itu tiada yang ketahui
dipertemukn seorang insan yang dia tidak tahu siapa
dari temannya yang ada mengatakn ingin tahu cinta
lalu bertemulah di atas pertemuan yang dia dan insan itu tidak punya harapan
hanya bertemu atas dasar bertemu cerita dan berkisah
namun,
ternyata siapa sangka masing mereka sudah terjatuh cinta 
tanpa dipaksa tanpa diduga semua itu datang sendiri,kurnia dari Ilahi

bersama itu mereka mengenali antara satu dengan lain
berkongsi kisah hidup dan kisah cerita yang membuatkn hati mereka mengatakn satu pengertian
akhirnya masing mereka mengatakn hasrat untuk lebih membina mahligai
kelelahan yang selama ini mencari dan menanti
kesungguhan insan itu adalah pada kesabaran
ia meminta hanya kesabaran dan kesetiaan tidak selebih dari itu
doa menjadi hubungan pengikat antara dia dan insan 
kerana bagi mereka cinta itu terlalu suci 
keindahan makna bercinta itu adalah selepas nikah
jarak antara kebahagiaan dan kedukaan adalah kesabaran

namun,
hanya sekelip mata waktu tidak mampu menyelindung segalanya
semuanya tuhan memberi hikmah dari apa yang berlaku
tanpa sendiri gadis itu mengkhabarkn,terdahulu insan itu lebih tahu
akan perkahwinan itu pasti tapi bukan dengan insan
dengan insan yang lain
siapa tahu pengaturan tuhan,apatah lagi perihal takdir
rahsia tuhan itu terlalu luas dan dalam
gadis itu bernikah dengan insan yg pernah mencintainya
hanya kerana kemampuannya untuk bertemu keluarga gadis itu
insan yg tertinggal itu hanyalah berdiam 
meneruskn hari tanpa banyak bicara

inilah kisah si gadis bertudung biru
yang duduk dikerusi merah
bersama temannya dia ketawa dan bergembira
dialah gadis itu
sebegitulah cerita tentang gadis itu

aku lihat kembali gadis itu sesekian lama tidak kelihatan
pada wajah yang penuh dengan cerita dan kisah
akhirnya dia kini sudah bertudung
bersama dengan wajah yang mengambarkn kebahagiaan
dia cantik bertudung biru..
dia cantik dan sangat cantik..
maafkn aku untuk mengatakn akan kecantikkan 
 itulah kisah gadis bertudung biru
 

1 comment:

Tinta Si Mualaf said...

such a touched story .. sy kenal dia sy xclassmate dia,hanya dia seorang yang sy tiada contact,blh sy dpt cara untuk brhubung dgn dia?fb?email? thanks