Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Monday, August 26, 2013

aku impikan sebuah buku

Assalammualaikum buat kalian,

sambutlah salam dari aku buat kalian.semoga kalian dibawah lindungan dan rahmat Allah swt. tatkala kita semakin tua pada waktu,sedarlah bahawa tiada terlambat untuk kita memulakn sesuatu yang lebih baik untuk diri dan kehidupan kita.

aku ingin berkongsi sebuah cerita kisah pada realiti dunia yang diadaptasikn dari khayalan impian.sebenarnya ini adalah cerita impian aku sejak aku mula menulis dan berkarya.semoga kisah ini akan mampu menjadi titik tolak bagi kalian untuk melakukn apa yang kalian impian pasti akan tercapai.

kisah mulanya sebegini ceritanya,
 
aku mula berkarya pada umurku menginjak usia 15 tahun.Pada usia yang sebatang pinang yang baru sahaja menumbuh.dunia aku kenal hanyalah sedikit berbanding teman di waktu usia aku yang mereka acapkali membawa aku untuk bersama,namun aku terhadang oleh didikan dan ikatan orang tuaku.maklumlah,anak seorang pendidik seperti aku lebih ditegaskn.lantaran aku menyerahkn diri.

aku menulis kerana aku kenal itu cinta,kerana itulah aku banyak menulis perihal tentang cinta dan perasaan.pada jiwa yang memberontak,aku luahkn pada penulisan yang hanya aku saja yang tahu akan kisahnya.

itulah awal pada bagaimana aku mula berkarya dan sampaikn saat ini,Alhamdulillah aku terus berkarya.selagi mampu akan aku teruskn mencipta karya.

pada umurku 15 tahun,cikgu aku ada menceritakn bahawa perihal seorang penulis.terkenal hanya pada selepas kematiannya.selama hidup si penulis itu,dia ada menghantar karyanya ke akhbar namun ada yang menerima dan ada juga yang menolak.namun,dia tidak pernah berhenti berkarya.pada saat selepas kematiannya,keluarganya ingin mengemas kamar tidurnya lantaran menemukn karyanya di bawah katilnya yang dia simpan.ahli keluarganya tersentuh lalu membawa dan mengumpul karyanya itu untuk disiarkn sepertimana yang tertulis pada tulisannya itu.
karnya si penulis itu tersiar dan dibukukn bukan kerana apa,hanya ingin mencapikn impian si penulis yang terpendam selama hayatnya itu.
dan aku ada membaca karyanya.aku lupa akan judulnya apa.sungguh menyedihkn bagi aku untuk kelupaan ini.

selepas aku mendengar kisah itu,aku berfikir sedalamnya.
"..bagaimana pula keadaannya aku nanti dengan karya-karya yang aku punya?..adakah akan aku mengalami nasib yang sama seperti si penulis itu,atau sebaliknya..."

pada waktu itu jua aku menanam impian aku,bahawa aku akan membuat buku aku sendiri.hasil aku sendiri.

setelah 9 tahun,aku mencuba merealisikn impian aku.aku mahu punya buku sendiri.lalu aku kumpul karya aku,karya terbaru untuk aku simpan.print sendiri,kemudian aku buat macam folio.mungkin agak lucu bila aku melihatnya.tapi aku sangat bersyukur,kerana aku dapat merealisasikn impian aku,tidak pun menjadi buku.tapi sekurang ada rupa boleh jadi buku.cuma tinggal diberi kulit keras sahaja seperti tesis-tesis.cukup bagi aku.

kenapa aku mahu membukukn karya aku?
kerana aku mahu anak cucu aku tahu siapa aku,mereka belajar tentang hidup,perihal cinta,melihat dunia,memikirkn dunia melalui penulisan aku.mungkin kalian juga membaca karya aku,kerana itulah aku menamakn buku aku itu,
 "BACALAH UNTUK PENGERTIAN"

mungkin ada diantara kalian tahu bagaimana caranya untuk membuat buku,tolong beritahu aku.jimat dan terbaik.(aku tidak punya modal besar untuk membuat buku,tapi aku mahukn yang terbaik untuk buku karya aku)

teruskn berimpian kalian,teruskn mencipta impian.siapa tahu.selagi mampu kita lakukn dan laksanakn pasti inshaAllah akan berhasil.

buku aku print sendiri,kemudian buatkn seperti folio ini tidak pun seperti buku,tapi aku kumpulkn pasti akan menjadi buku.doakn aku berhasil kalian.





No comments: