Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Wednesday, August 21, 2013

apa khabarmu ila

aku tahu akan kamu membacakan perihal aku dalam tintaku ini
walau keadaan sekarang sudah berbeda antara aku dan kau
dunia ini tidak mampu membuktikn suasananya

Apa khabarmu disana?
dalam keberadaan perbedaan yang sangat membataskn
benar.aku tahu kamu siapa dan punya siapa
kenapa kehadiran mu dahulu masih menghantui aku?
pergilah bersama janji yang akan ditanya kelak nanti
bersediakah kau dengan jawapan di muka pengadilan abadi?
atas apa yang kau janji dan kau lakukan pada insan yang hina ini

bagaimana dengan hidupmu?
adakah seindah seperti impian yang kau impikan?
seperti khayalan pada langit yang selalu kita ingin cerahnya
adakah hidupmu seperti pengaturan permainan dunia yang kau rekakn?
atau lebih dari apa yang kau impikn barangkali kau dapat..

sengaja aku soalkn disini kerana pada awal pertanyaan aku adalah khabar
skop meluas pada kehidupan dan perjalanan kau di muka bumi Tuhan yang smentara ini
pasti kau bertanya akan aku kenapa perlu aku bertanyakn tentang itu,
aku beri jawabannya kerana aku tahu kau tidak punya damai disana benar..

mari aku perjelaskn disini,
asyik kali aku bermimpi akan diri kau muncul pada lenaku yang damai
bertanyakn akan khabar padaku,tapi aku jawab semuanya Alhamdulillah
diakhirnya kau meminta aku untuk memaafkn kau.dalam mimpi.
kau merayu agar aku memaafkn kau atas semua itu,namun aku lebih pantas berdiam diri
jika hanya sekali barangkali hanya kebetulan,namun berulang kali punya sebabnya benar.
tanyalah diri sendiri

aku membuat nilai atas kelogikan akal dan ilmu
bahawa,
kau kini menjadi hamba pada cita-cita yang kau rakus mengejarnya
setelah apa yang kau lalui setidak sama seperti yg kau harapkn
kau menjadi pelakon dan terus berlakon untuk menampakkn bahawa semua ini baik sahaja
pada realitinya hanya kau dan tuhan saja yang mengetahui
semua ini tiada apa perlu dilakukn hanya kau redho pasrah dan menyerah

jika kau meminta maaf dariku,
maaf itu bukan ada pada aku
karma itu adalah hadiah kiriman tuhan
ia tidak diberi serta merta tapi secara perlahan dan peringkat

kisah kita,
masih belum ada yang selesai antara aku dan kau
selagi mana ada yang perlu aku tunaikn
aku akan laksanakn
kerana aku punya impian,
aku punya harapan dan cita-cita
rasanya tidak salah untuk aku tunaikn terlebih dahulu
sebelum keterlewatan waktu
agar aku tidak pernah akan menyesal dalam hidupku

berbahagialah
dan bergembiralah



No comments: