Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Tuesday, February 9, 2010

warkah buat teman~

sejak kebelakangan ini aku merasa seakan hilang tepat aku berpijak.Entah bagaimana aku hendak perjelaskan pada diri aku sendiri tentang apa yang berlaku.Saban hari asyik mengenangkan kisah lampau aku,tentang kesakitan yang aku alami dan trajedi melanda hidup aku.Oh! ingatkan aku tentang matlamat hidup aku wahai diriku,sejujurnya setiap malamku aku meraung dalam hati menangisi kesudahan kisah aku.

aku mencuba untuk mencari ruang sudut kegembiraan dengan bertemu kawan-kawan kau tetapi masa lebih mencemburui aku.Ada ketika aku terasa macam aku sudah tidak mempunyai kawan seperti dulu kala.Kemanakah menghilang insan yang bernama kawan.???
bukankah orang selalu mengatakan kawan sentiasa ada ketika kita merasa amat memerlukan mereka,namun bagi aku yang ada buat aku adalah diri aku sendiri.

cukuplah selama ini aku menyusahkan mereka dengan cerita hatiku yang tidak ada penghujungnya,aku sudah merasa muak dengan perlakuan mereka.Selama ini sampai melupakan penat aku semata-mata kerana ingini bersama kawan aku,sentiasa ada waktu bersama mereka walaupun masa itu aku perlu lakukan kerja yang lebih penting..bak kata orang TIDAK MENOLAK BANGKAI..
namun kini baharu aku sedari setelah aku amati,
perbezaan antara kawan dan sahabat amat jauh berbeza..
sekarang ini haluan hidup adalah masing-masing,tidak macam dahulu.Jika dahulu,ketawa nada yang sama tetapi kini nadanya hanya aku yang bersuara.
aku teringat waktu ketika aku merasa sangat DOWN,sangat memerlukan sesuatu kekuatan..aku menipu diri aku sendiri untuk ketawa bersama mereka kerana aku tahu segalanya yang akan berlaku jika aku meluahkan..aku kECEWA dengan mereka...

aku berfikir,
jikalau aku membawa diri aku jauh dari mereka adakah mereka akan sedar kehilangan aku???
seandainya aku pergi adakah mereka peduli??
so,aku tanya aku jawab..
ya atau tidak adalah biar waktu itu.

aku mulai sedar,
aku akan mencari diri aku sendiri bermula dari SIFAR..permulaan yang akan aku buat demi hatiku,diriku,hidupku...
buat mereka yang bergelar sahabat,
aku tahu masa yang kamu adalah amat membatasi kita,teruskan perjuangan kamu kerana jalan adalah berbeza,aku kau berbeda yang kekal adalah sahabat.Bila waktu memperlihatkan segalanya,erti sahabat erti kawan kau akan tahu..

aku ingin kamu tahu,
sejak aku mengenali erti kawan,aku lebih menyayangi mereka melebihi diri aku sendiri,kamu tidak tahu kan??

Cukuplah aku kehilangan seorang insan yang paing aku sayangi,aku cintai,aku sentiasa merindui,walaupun sesingkat waktu itu aku sangat merasai kehilangannya tetapi aku tidak mahukan kehilangan sahabat aku yang tinggal adalh kamu..

aku malu dengan meminta waktu kamu yang terlalu mahal,aku rindkan waktu kita dahulu,aku tetapi aku menyesal menjadikan kamu sebagai SAHABAT AKU..

buat diri kau,
biar aku yang tahu isinya,biar aku sendiri menjejakinya..

5 comments:

KiTa_KaWaN said...

hmm...we're on the same page..

berhentilah mencari..mulakan menjadi..

biarlah kita kehilangan sahabt sejati..

jgn smpai ada sahabat yang kehilangan kita sebagai sahabat sejati..

kialilul said...

mereka tidak akan sedar dan tahu keberadaan kita,setelah kehilangan baru mereka tahu segalanya..
terima kasih atas nasihat~
teruskan perjuangan hidup ya~

My Book Writer said...

shary,
aku juga pernah merasa begitu. dibuang kawan tanpa sebab. sekarang biarlah mereka membuang... kita cari yang baru. jangan biar mereka menjadi bayang hitam yang bisa menakluk mimpi indah kita.

kialilul said...

s820,
kita serupa..hohoho..
yang penting kita ingat bahawa perjalanan antara kita dan mereka adalah berlainan,maka kita teruskan perjuangan kita..
chayo~

KiTa_KaWaN said...

hiduplh untk masa depan