Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Sunday, August 10, 2014

ku tunggu jandamu

Ada apa dengan Janda
dia jua seorang perempuan
yang punya perasaan terlahir dari seorang perempuan

Janda,
berkahwin dengan lelaki kerana cinta
berpisah dengan lelaki kerana cerai

perempuan belum berkahwin adalah bujangan
perempaun sudah berkahwin perempuan
perempuan sudah kahwin cerai janda
perempuan belum kahwin tua andartu

perempuan selalu di istilahkan pada keadaannya

beza pada lelaki
 
lelaki belum kahwin bujang
lelaki sudah kahwin mengaku bujang
lelaki sudah kahwin cerai duda
lelaki belum kahwin tua bujang

nampak bezanya dimana dan bagaimana?

namun,
ku tunggu jandamu barangkali terlalu kurang ajar
kerana perempuan yang sudah berkahwin hanya akan menjadi janda bila tidak sudah bersama suaminya.benar.
maaf bila aku beritahu,
kerana kau janda pun sesiapa pun mahu,barangkali.

jadi jangan terus mengaku jodoh jika sudah berkahwin 
kerana boleh jadi jodohmu menjadi bodohmu
kita hidup dalam ketidakpastian
kadang aku ketawa sindir jika ada yang mengatakan dia jodoh aku,aku pasti.tiada lain.
Jap jap jap,
sedar diri dulu...
jodoh itu rahsia Tuhan cik dan abang 
tiada kepastian yang nyata dalam perihal sebegitu
boleh jadi kau akan dimadukan cik akak
boleh jadi kau akan bercerai dengan dia encik abang
siapa tahu? 
aku pun tidak tahu..

makanya,
fikirkan dan renungkan

* bukan aku mahu takutkan kepada akak dan abang yang sudah berkahwin tapi sebagai satu renungan bersama.kadang kita berlebih dalam perhubungan sehinggakan membuatkan orang sekeliling kita muak dan jangkal dengan antara kamu.manis madu lain dengan manis gula.

*buat yang berpasangan,jangan terlalu berlebihan juga takut nanti jika terlebih tertumpah rugi diri sendiri.kalau sayang jangan beritahu satu dunia,kau cinta jangan paksa dan kalau rindu cari.selesai.buat lelaki,jika kau rasa seorang LELAKI bertanggungjawab,Nikahlah.Apa lagi mahu ditakutkan dan ditunggu.buat perempuan pula,apa yang berlaku dan akan berlaku ingat mak bapa yang tersayang.

*buat yang bujang,berlaku adillah dengan bakal isteri/suamimu.siapa tahu ketika ini,bakal isteri/suamimu menjaga tatasusila dan perilaku mereka untuk kamu.siapa tahu.

*buat diri aku,bacalah untuk pengertian

No comments: