Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Monday, November 11, 2013

Rindu

rindu,
suatu titip perasaan yang mengenangkan siapa dan bagaimana
datangnya rindu tidak berkira pada waktu yang tercegah
aku sendiri tidak mampu menahan itu rindu
lalu aku membiarkn sahaja rindu itu
waktu ia datang aku hanya merasakn,bila ia pergi seakan aku mengenangkn

ada orang kata rindu itu terbit kerana ingatkn kita akannya
sekuat mana rindu itu hanya aku dan kau saja yang mengerti
barangkali tepukan tanganku hanya pada sebelah tangan
sedang tangan yang sebelah lain tiada bertepi
angkat kepala tundukkn pandangan
kerana aku bukan siapa-siapa

rindu,
jika hadirmu sekadar menjenguh aku akan biarkn saja kau datang
kerana aku tahu kau akan pasti pergi
aku mohon sekali usah kau bawa kenangan itu lagi bersama aku
kerana aku tidak mahu sekali aku disakiti
silap aku untuk mengenali perihal perasaan mu
salah aku untuk menjawab rasa itu
namun khilaf aku kerana mengharapkn sesuatu
yang asalnya bukan milik aku

No comments: