Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Saturday, May 17, 2014

selamat hari guru

rasanya masih belum terlambat lagi dan tidak terlambat bagi aku untuk mengucapkn selamat hari guru buat semua guru.sememangnya selayaknya mereka mendapat satu pengiktirafan untuk diraih kerana tanggungjawab dan tugas mereka mendidik anak bangsa kita untuk berilmu.

Aku mahu berkisah juga disini,
dahulu dari kecil citaku adalah mahu menjadi polis.kemudian menginjak darjah aku bercita mahu menjadi cikgu.berubah kerana faktor persekitaran,kenapa tidaknya,keluargaku kebanyakkannya bekerja sebagai pendidik dan secara tidak langsung aku terpupuk minat dalam bidang tersebut.

namun,rancang tidak selawan takdir.aku sekarang tidaklah berkerja sebagai seorang guru.tidak tercapai impian aku menjadi guru.aku masih bersyukur kerana sebenarnya guru bukan khusus sahaja dalam kelas.guru atau cikgu tugasnya pada asas adalah mendidik dan mengajar.secara tidak langsung aku jua seorang guru.ya aku juga seorang guru.aku guru kepada adik aku,kawan aku,insha Allah bakal isteri aku(doakn saya) serta insha Allah anak-anakku. dalam erti kata lain kita semua adalah guru dan cikgu.kalau begitu selamat hari gurulah buat semua.hehe.

pesanan aku buat anak-anak dan adik-adik yang masih belajar,
hargai dan hormati guru anda.

aku hadiahkan puisi karyaku buat guru..

selamat pagi cikgu
pagi riuhan setiap kelas pada permulaan pagi
mezahirkan rasa hormat kami buatmu yang ku hormati cikguku

terima kasih cikgu
titipan kasih kami lafazakan untukmu cikgu
kerana korban masamu dan ilmu yang kau curahkn buat kami
walau hanya sekadar A untuk Ayam, Z untuk zirafah

ada soalan?
faham?
siap kerja rumah?
siapa tidak hadir?

menjadi rutin pada setiap cikgu pada soalan sebegitu
sehinggakn kadang kami sebagai anak murid hanya tinggal menjawab

ada menjadi tiada
faham tidak faham
siap tidak siap
hadir tidak hadir

sebegitulah mereka bergelar cikgu
melayan telatah kami anak murid
yang nakal berakal jahat bersebab
maafkn kami cikgu

teringat kata cikguku dulu,
tiada harapan lain dari seorang cikgu-cikgu melainkn melihat kejayaan anak muridnya
jika tidak berjaya pada kertas soalan tapi berjayalah dalam kehidupan
betapa penuh makna dan maksud
ku ucapkn buat semua para pendidik
Selamat Hari Guru buat kalian
semoga Allah memberi rahmat dan kebahagiaan kepada cikgu di dunia dan akhirat


Ahmadishary

No comments: