Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Monday, September 30, 2013

tentang syahdu

        "...pertemuan pertama untuk ambil tahu,pertemuan kedua menerbitkan rindu.."


aku amat tertarik dengan pada kata ini.hampir sahaja semua yang diperkataknnya itu semuanya penuh dengan makna yang menjelaskn keadaan kita.sambil itu aku ingin mencoretkn sebuah puisi tentang pertemuan antara dia dana ku yang pasti tidak mampu untuk aku lupakn kala ini..

antara ifand dan syahdu,aku ifand dia syahdu..

siapa tahu burung yang berkicauan itu adalah puisi
pada pagi memuji akan keindahan dan kecantikkan alam
maka seperti aku jua
siapa tahu lirikan matamu itu mempersonakn aku
aku membuka sebuah jalan untuk satu pertemuan
barangkali sudah takdir itu kita bertemu
barangkali jua semua ini adalah kebetulan

nama aku ifand itu
aku tahu darimu nama syahdu
memang benar nama kita tiada persamaaan
namun hati kita mungkin ada sama,iaitu cinta

cukuplah setakat di sini wahai kalian.sambutlah salam dariku buat kamu.nanti aku kisahkn lagi perihal mereka..

keajaiban cinta



kau katakan tidak akan menyerah
ternyata kata itu hanyalah kata
hanya bermainan dalam manisan bahasa janji
apa benar akan penyerahan itu ikhlas
mimpimu hanya khayalan ilusi
direalisikn adalah apa yang berlaku
apa setia itu bagimu

waktu telah membuktikn
sekalipun waktu itu berhenti sejenak seketika
ia akan terus berlaku
lagu mu itu hilang melodi
nadanya tidak senada cinta yang beralun
puisiku tidak punya makna
sehinggakn aku asyik saja membacanya
hanya airmata lebih mengerti

duhai sang pemilik cinta
adakah benar kata mereka cinta itu indah
sedang aku melihat sendiri cinta itu datang dan pergi
mungkin aku sahaja memahami

ajaibnya cinta datang tanpa diundang
ajaibnya cinta pergi tanpa dipinta
keajaiban inilah membuatkn lebih mengerti
bahawa semua ini bukan milik kita
hanya aku ingin katakn padanya
aku sayang kamu
maafkn aku

Monday, September 9, 2013

ada yang tiada

bunga layu dipohon dahan
tanpa diendah tanpa dikisah
walhal
bunga mekar dipohon ranting
lagi dilihat lagi digilai
bukankah pelik tapi semuanya menjadi kabur
hilang kerana satu kecantikkan

bonda,
masih aku ingat katamu mengalunkn nada
ada tinggi ada rendah ada jua mendatar
menjadikn siapa yg faham siapa yg mengerti adalah kami
sambil-sambil aku menolehkn wajahku
namun telingaku tekun mendengar
kerana kau bondaku aku anakmu

ayah,
masihkah kau ingat pada hari aku pandai berdiri
kau bangga
kau gembira
hari ini aku sudah pandai berjalan
berlari mencari sebuah kehidupan seperti manusia lain di muka bumi ini
kau tetap ayahku aku masih anakmu

aku,
alangkah beruntungnya dalam keadaan sebegini
masihku dapat kucup tangan ayah dan bondaku 
mendapat kasih mendapat sayang dari mereka
sedangkn ada yang lain hanya mampu mendoakn
terima kasih tuhan atas kurnia



Thursday, September 5, 2013

kerana namamu ila

kerana namamu ila

barangkali aku tidak akan lebih mengenali kau
jika tidak kerana namamu ila
barangkali jua aku tidak akan mendekati dirimu
hanya kerana kita tidak saling berkenalan ila

ila,
gadis asalan kampung yang hijrah mencari nafkah
membawa diri tanpa kekuatan yang hanya ada baginya Allah dan Rasul
kerana impian dan masa depan itulah pegangannya
sambil ayah dan bonda mengirimkan titipan doa buatmu
 
siapa sangka gadis yang penuh dengan senyuman 
murah dengan tawa dan keriangan disebaliknya penuh dengan kedukaan
dendam lama menjadi imbauan dan ingatannya
seperti hantu yang datang tanpa diundang
seakan bayangan yang mengiringi jenak langkahnya

ila,
ketabahan kau menghadapi kehidupan kau jalani mengkagumkn aku
sampaikan saja aku tidak menyangka ada jua insan seperti mu 
sangkaan aku semua ini hanya berlaku dalam cerita kisah dan wayang
realitinya ternyata ada ia adalah kau dan dirimu

ila,
kita tidak sempat berceritakn akan masa depan
kerana ianya terlalu jauh antara kau dan aku
masa itu bukan milik kita
sebegitu juga masa depanmu bukan ada bersama aku
cuma yang ada adalah kenangan kita