Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Sunday, July 27, 2008

apa punya kawan da..

kita selalu dengar kan perkataan kawan makan kawan,musuh dalam selimut,dan banyak lagi la perumpamaan yang lain yang membawa maksud yang sama kan..Aku pun tak tau la kenapa mereka sanggup lakukan sedemikian walhal akibatnya mampu mendatangkan satu masalah yang paling besar dalam hidup dia..ish-ish,manusia terlalu rakus mengejar sesuatu yang hanya sementara dan mustahil baginya untuk memilikinya..

ingatlah wahai teman,
jangan hanya kerana inginkan sesuatu yang tak pasti sanggup kau menganiaya a..tiada guna persahabatan yang di bina selama ini jika akhirnya kau yang menghancurkannya...

Monday, July 21, 2008

ADUH..

ya rabbi..
entah sma siapa lagi aku mahu mengadu segalanya..
sesmemangnya tiada tempat yg terbaik melainkan hanya pada-MU..
pecah segala otak aku memikirkannya..
aku mesti hadapi segalanya dengan hati yg tenang dan terbuka..
aku mesti laluinya..
TUHAN, berikanlah kekuatan kepada hamba-MU ini untuk mengejar cita-citanya selama ini..
amin..................................................................

Friday, July 18, 2008

jodoh kita..

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

Wednesday, July 16, 2008

sama siapa a??

entah sama siapa perlu di kumpul kekuatan..antara ya atau tidak,pada hakikatnya kita terlalu lemah dalam semua hal..kadang-kala aku menyalahkan kisah lalu namun sapa juga kisah tu untuk kita salahkan..hanya mampu duduk termanggu ja la..salah menilai membawa kepada padah,tetapi makin kusut fikiran dibuatnya..
aaaaaaaaa..

tekaaaaannaaaaaaannn...

Sunday, July 13, 2008

masalah o masalah...

aish,
masalah sentiasa mengejar kita walaupun di mana kita berada kan...hinggakan kita mati pun mesti di timpa masalah yang perlu kita tempuhi walau amat perit dan berat untuk kita laluinya..kepada yang tengah menghadapi masalah tu banyakkan bersabar ya namun kita jangan hanya bersabar sahaja,perlulah memikirkan sesuatu tindakan yang posiif untuk menghaapi dan menyelesaikan masalah tu..k..

ada sesetengah masalah hanya selesai jika kita duduk diam namun selesainya sampai mana?
sukar untuk kita menafikananya kan..

carilah jawapan dari soalan,jangan pula mencari alasan untuk menghindari dari masalah...alasan itu hanya menambahkan lagi masalah buat kita ya..

duduk biar berfikir...
jangan duduk hanya termenung..
tapi kalau termenung sambil berfikir adalah hebat...

Saturday, July 12, 2008

AYAT-AYAT CINTA FAHRI


nie merupakan watak utama dalam novel AYAT-AYAT CINTA..memang best la baca novel nie..tidak jemu dan bosan untuk kita baca berulang kali..

aku memang tabik spring la kat penulis novel nie..ada unsur-unsur dakwah..syabas..

aku mau jgk jadi mcm lelaki mcm MAS FAHRI nie..dia ada wawasan dan matlamat yang tetap..sma aku cemburu jgk la sma dia nie sebab memiliki dua cinta dalam satu masa..massyaallah..
hebat btul dia nie kan..

harap-harap aku akan menjadi orang macam MAS FAHRI nie..
AMINNN..
ahaaa..
perkenalkan team paling kuat d skul sya..haha..tidak la..paling kuat ketawa adala..jgn tgk sebelah mata ja..nie kumpulan yang tidak pernah kalah sepanjang game..na..paling macho dan nsem yg pakai baju putih tu la..bkn yang duduk atau yang berada di hujung tu tetapi yang berdiri di tengah-tengah tu..

hahaha..
itulah aku...ya..aku..wahahahha..
jangan mara ya member..

kisah MULa.


kenangan mengamit jiwa..
waH..
nie la rupa aku ketika masi remaja suatu ketika dulu.Nampak jambu kan..hehehe..
memang kalau tengok balik kn macam mau ja p masuk ke dalam gambar tu..
hahaha..tetapi kenangan tinggal kenangan..

menjadi sisipan dalam kalam kenangan...

semoga jumpa lagi teman...

Thursday, July 10, 2008

aaaaa..
manusia kini amat sukar kita jangka kan,jika dahulu boleh lagi kita menjangka sesuatu yang berlaku namun kini tk tau la..aku pun hairan la...nie la dunia,makin hari makin menjadi..ada ketika kita akan merasa terlalu bodoh dalam membuat penilaian tanpa hasbab...aku pun rada begitu bha kadang-kadang la..hehehe...

di sebalik awan


pernah ada,
sejuta rasa yang pernah dirasa,
namun kini ia telah hilang entah di mana??
adakala ingin aku merasa ingin berselindung,
di sebalik awan itu,
agar tidak derita aku melihat semuanya,
aku biarkan cahaya itu menyinarinya,

Sunday, July 6, 2008

kita menilai dari pandangan,
kita berfikir dengan fikiran,
ada ketika kita terleka,
terlepas dari pandangan,


aduuuhhh..
akuuu bingunggggg..