kerana namamu ila
barangkali aku tidak akan lebih mengenali kau
jika tidak kerana namamu ila
barangkali jua aku tidak akan mendekati dirimu
hanya kerana kita tidak saling berkenalan ila
ila,
gadis asalan kampung yang hijrah mencari nafkah
membawa diri tanpa kekuatan yang hanya ada baginya Allah dan Rasul
kerana impian dan masa depan itulah pegangannya
sambil ayah dan bonda mengirimkan titipan doa buatmu
siapa sangka gadis yang penuh dengan senyuman
murah dengan tawa dan keriangan disebaliknya penuh dengan kedukaan
dendam lama menjadi imbauan dan ingatannya
seperti hantu yang datang tanpa diundang
seakan bayangan yang mengiringi jenak langkahnya
ila,
ketabahan kau menghadapi kehidupan kau jalani mengkagumkn aku
sampaikan saja aku tidak menyangka ada jua insan seperti mu
sangkaan aku semua ini hanya berlaku dalam cerita kisah dan wayang
realitinya ternyata ada ia adalah kau dan dirimu
ila,
kita tidak sempat berceritakn akan masa depan
kerana ianya terlalu jauh antara kau dan aku
masa itu bukan milik kita
sebegitu juga masa depanmu bukan ada bersama aku
cuma yang ada adalah kenangan kita
No comments:
Post a Comment