bunga layu dipohon dahan
tanpa diendah tanpa dikisah
walhal
bunga mekar dipohon ranting
lagi dilihat lagi digilai
bukankah pelik tapi semuanya menjadi kabur
hilang kerana satu kecantikkan
bonda,
masih aku ingat katamu mengalunkn nada
ada tinggi ada rendah ada jua mendatar
menjadikn siapa yg faham siapa yg mengerti adalah kami
sambil-sambil aku menolehkn wajahku
namun telingaku tekun mendengar
kerana kau bondaku aku anakmu
ayah,
masihkah kau ingat pada hari aku pandai berdiri
kau bangga
kau gembira
hari ini aku sudah pandai berjalan
berlari mencari sebuah kehidupan seperti manusia lain di muka bumi ini
kau tetap ayahku aku masih anakmu
aku,
alangkah beruntungnya dalam keadaan sebegini
masihku dapat kucup tangan ayah dan bondaku
mendapat kasih mendapat sayang dari mereka
sedangkn ada yang lain hanya mampu mendoakn
terima kasih tuhan atas kurnia
No comments:
Post a Comment