bidadari syurga jelmaan dunia
kuusap lembut pipiku membelai lembut biar kasih
seakan memujuk agar tidak berkeadaan sebegini
hakikat dunia inilah realitinya
rentesan keadaan sekalipun tidak mampu mengubahnya
keperibadian yang ada membutakn mataku
seharusnya kau tidak perlu wujud di dunia yang nestapa ini
biar kau duduk di mahligai indah terus mengukir senyuman
kerana kau bidadari syurga
yang terjelma di dunia dikirimkn tuhan agar merubah hidup seorang insan
kaku lidah bicara tidak mampu ku jelaskn
asyik sahaja apa yang ada ku kira adalah kurniaan tuhan
jagalah dirimu bidadariku
aku tidak mampu bersama denganmu selalu
kini aku akan tidak bersamamu lagi
kerana kau miliki malaikat yang membuka pintu syurga itu
merenjiskn haruman syurga
dia tercipta untukmu,kau tercipta untuk dia
sebegitu adam dan hawa
bidadariku,
pernah aku nyatakan pada dunia bahawa ia akan menjadi milik kita
namun sedangkn taman kialilul itu tidak mampu aku siapkn
apatah lagi lembah kialilul yang terkontang kering
masakn dunia ini mahu aku miliki bersamamu
ternyata terdahulu ada seorang malaikat jelmaan insan datang menyinggahmu
kala pintu itu masih terbuka kau bukakn,siapa ketuk masuklah
sedang aku melihat pintu itu terbuka dan bertanyakn sahaja
tetapi malaikat insan itu lebih memiliki apa yang aku tidak miliki
bidadariku,
lihatlah pada langit yang luas itu
ada karyaku aku catitkn disana untuk titip kau
sengaja aku catitkan disana buat sementara
hanya seketika kerana selepas ini kau berada di dimensi berbeda
itulah ukiran yang terindah pernah aku ciptakn
hanya untuk bidadari jelmaan dunia sepertimu
bacalah
usah risau jangan khuatir,
hujan nanti pasti turun untuk memadamkn karya itu
kerana ia hanya seketika sahaja untuk kau mengerti
bidadariku,
berbahagialah pada apa yang kau miliki dan jagalah
selagimana taat dan setia itu kau kenali,
insha Allah syurga itu pada untukmu
bergembiralah
No comments:
Post a Comment