seandainya aku temui kau awal dari terdahulu
pasti keindahan kehidupan ini mungkin bermakna
bukan ku katakan hidup ini tiada makna
tetapi serinya biarlah secantik kau
aku tidak kenal siapa diri itu kerana aku tidak mengenali
aku jua tidak tahu budi dan kejinya kerana aku tidak menyelami
yang aku tahu,
miliki bukan hak kita untuk dicaturkan tetapi percubaan mencari nasib
tidak salah untuk kita bersama tetapi salah untuk kita memutuskan
maknanya teruskan dan teruskanlah apa yang sudah ada
aku tahu,
semua kita adalah insan yang baik.
kejahatan timbul saat kita melakukan kesilapan
tetapi itulah jua pengajaran dan tauladan
bukan untuk dikesali namun untuk diubah menjadi lebih baik
ada mungkin benar kata kawan teman sahabatku,
gadis yang cantik semuanya sudah berpunya
akhirnya aku akui pada mitos yang di katakan
kebenarannya jelas dan nyata
kita siapa untuk meminta yang cantik baik dan mulus
bila kita tahu siapa diri kita sendiri untuk memilikinya
kita siapa jua untuk mengidamkan dan menetap apa dan bagaimana
namun tidak salah untuk kita memilih,kerana itulah hak kita
ingin aku berpesan disebalik keheningan malam ini,
tidak semua yang kita impikan adalah seperti yang kita harapkan
selalunya kita tersalah sangka,
kita tersilap anggap,
realitinya,terimalah hakikat bahawa keadilan itu ada di mana-mana
berhentikan pada khayalan itu
kerana itu semua adalah dusta semata-mata
kembali pada kenyataan
pasti ada hikmah disebalik itu
No comments:
Post a Comment