lagu dialunkan seirama susunan melodi indah...
ada apa pada lagu asyik berkumandang...
baitnya sama berputaran berulang..
melodinya?
mungkin..
alunan asyik mengasyikkan..
seakan-akan ingin menyampaikan sesuatu..
lalu,
yang indah itu pada apa?
masih tercari,
lantas aku berkata..
lagu ini indah kerana kenangan..
lagu ini menyedihkan disebabkan kenangan..
dan,
kenangan diceritakan pada lagu...
buanglah kemana sahaja,
pasti tidak akan luput hilang iramanya..
lagu tidak hilang kerana hati masih ada...
lagu tercipta kerana hati..
hati tenang kerana lagu..
lagu indah kerana hati..
tetapi hati menangis kerana??????
No comments:
Post a Comment