Berpesan-pesanLah kita~

Hargailah mereka yang kita cintai selama masih ada,jangan nanti menangis dalam ketawa


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-
Surah Al-Baqarah ayat 216


Saturday, September 20, 2008

jom berfikir 2

sambungannya..

jawapan dariku,
1-kita dikurnia kan hati untuk merasai dan memahami sesuatu yang kita rasa amat penting untuk di fahami.Hati sentiasa di sakiti kerana adakala sesuatu perkara itu tidak dapat diperjelaskan dengan mudah dan mungkin akan mengambil masa yang lama untuk difahami.Kesakitan yang di alami itu hanya dapat diubati apabila kita benar-benar mengerti apa yang telah berlaku.Pentingnya di sini adalah ada sesuatu perkara itu kita tidak dapat fahami..


2-sudah menjadi hukum alam bahawa setiap apa yang datang pasti akan pergi.namun begitu ubahlah sedikit pemikiran dan anggapan kita tu bahawa biarpun hukum alam itu telah di tetapkan,kita jangan lah hanya terpunguk di pada hukum itu..Lakukanlah sesuatu bagi memastikan setiap yang datang itu amat bermakna dan yang pergi itu akan di kenang buat selamanya..ingatlah wahai teman,kita ciptalah seribu kenangan namun jangan sesekali kita mencipta satu penyesalan...


ya..jawapan nya mungkin tidak tepat bagi sesetengah orang kan..makanya,

bacalah untuk pengertian..

No comments: